Wednesday, October 15, 2014

My love for motorcycles

Ini antara motorsikal yang aku jumpa sekitar Ipoh, kegilaan aku terhadap motorsikal tak pernah. Mungkin benar orang kata, bila menunggang motorsikal nie, kita macam bersatu dengan alam. Dengan posting ini, aku mencapai satu tahap lagi dalam sejarah aku buat blog nie kerana ini merupakan post aku yang ke 400.

Friday, October 10, 2014

Just me..

Agak lama jugak aku dah tak update blog aku nie. Kawan kawan aku tanya, apa yang aku dapat dari update blog nie. Jawapan aku senang jer, aku gunakan cara ini untuk melepaskan apa yang terpendam, lagi pun aku suka menulis. Meluahkan apa yang terpendam kat dalam , tak sampai lah aku mengutuk orang cukup cukup. Orang baca ke tak, itu adalah perkara kedua. Janji aku dapat buat apa yang aku suka iaitu menulis. Pernah terfikir nak tulis sesuatu cerpen, tapi belum ada masa lagi. Mungkin satu hari nanti, bila aku betul betul ada banyak masa terluang. Matlamat utama aku sekarang, tumpu perhatian pada tugas aku sekarang nie, dan berdoa semoga aku segera kembali ke Kuching, semoga aku bersama kembali dekat dengan mereka. Aku rindu dengan suasana bersama dengan kawan kawan aku, minum sama, makan sama. Aku rindu duduk lepak kat Kuching Waterfront pada hujung minggu dengan isteri dan anak aku. Totally , my life routine has changed. No more adventurous working life in my diary. I’m a family now...miss my family so much...adios.