Friday, June 27, 2014

Ramadan is coming...

Itulah yang dikatakan rahmat Allah s.w.t menjelang Ramadan. Minggu ke 4 kat Ipoh, aku cuma temui hujan pada malam dan petang hari masa aku sampai dulu, 2 hari yang pertama, selepas itu takda lagi hujan. Aku tidak pernah mengeluh, sebab semua nya itu adalah kehendakNya. Dan malam tadi, malam Jumaat yang mulia, dan juga di pagi Jumaat , pada hari penghulu segala hari, Allah turunkan hujan untuk menyejukkan suasana, betul betul sehari saja lagi nak berpuasa. Maka terbuktilah kata kata Allah dalam surah ar-Rahman, ayat 13 yang berbunyi :
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan 55:13)
Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
Jadi cuaca yang panas kat Ipoh nie, memang sesuai benar dengan pengertian Ramadan, bukan sahaja di Ipoh, aku rasa di Kuching pun sama di sebabkan oleh fenomena al-Nino. Semakin tinggilah nilai puasa seseorang dengan cabaran cuaca sebegini..wallahulam. Dan hari Sabtu nanti, akan bermula lah solat Tarawih. Mungkin aku tak mampu nok buat sampai habis, cuma mampu berdoa semoga Allah akan permudahkan untuk aku.
Semestinya aku amat bersyukur kerana di panjangkan usia untuk bertemu Ramadan pada kali ini. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam...semoga Ramadan kali ini penuh berkat dan puasa kita akan bertambah nilainya ...

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...