Monday, June 23, 2014

Bola, Bowling dan Bulan....

Satu lagi persembahan menarik dari pasukan bolasepak USA, pada perlawanan pagi tadi mereka seri 2-2 dengan Portugal. Hampir lagi memalukan Portugal, di mana Portugal hanya mampu menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir masa tambahan selepas tamat 90 minit. Nampak gayanya pasukan USA tidak boleh di pandang enteng. Tidak dinafikan mereka bagus dari segi tactikal, dengan jurulatih yang bagus, Jurgen Klinnsman. Mungkin sesuatu yang tidak mustahil jika mereka mampu meneruskan perlawanan cabaran hingga perlawanan akhir Piala Dunia. Dan dalam sibuk Piala Dunia, Hospital Ipoh bahagian admin menganjurkan satu pertandingan main bowling untuk unit admin & pengurusan. Alhamdulillah , aku dapat tempat ketiga, walau sebenarnya ada 3 yang dapat markah sama, tapi aku kalah dalam balingan syiling untuk tentukan tempat kedua. Aku tak kisah la sangat, aku bangga sebab dapat bantu unit IT dapat salah satu top three. I’m giving my best. Dapat hadiah cerek elektrik jer, tapi ok lah kan daripada tak dapat apa-apa. Apa apa pun ia merapatkan hubungan aku dengan mereka, boleh dikatakan ice breaker la.
Allah berfirman (yang artinya), “Hai orang-orang yang beriman telah diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa” (QS Al Baqarah 183)
Dan hujung minggu nie, akan tibalah Ramadan dan seluruh umat Islam akan memulakan ibadah puasa. Dan selepas 11 tahun, aku kembali menjalankan ibadah puasa seorang diri, tanpa isteri dan anak yang ada kat Kuching sana. Pastinya, feeling tu lain sikit, semua aku akan buat sendiri, sediakan lauk berbuka, untuk bersahur. Aku dah buat semua nie tapi yang buat nya lain, masa tu aku bujang trang tang tang...sekarang nie status lain. Dan cabaran berpuasa di Ipoh akan jadi berlainan... Aku bersyukur usiaku di panjangkan untuk bertemi Ramadan sekali lagi, semoga di panjangkan usiaku pada Ramadan ini, semoga aku akan berjaya menamatkan puasaku pada tahun ini dengan cabaran yang berbeza...

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...