Monday, April 7, 2014

Langkawi

Akhirnya aku pergi bercuti. Destinasinya Langkawi. Banyak perubahan yang terjadi terutamanya kawasan pantai Cenang, best. Yang lain, tak banyak sangat berubah. Yang paling seronok pastinya anak aku. Kalau di ikutkan memang dah lama aku tak pergi bercuti, kira kira 2 tahun. Terima kasih kepada Air Asia sebab buat direct flight ke Langkawi. So tak lah penat sangat kena transit di KLIA. Perjalanan 2 jam 10 minit memang berbaloi. Pramugari Air Asia pun comel comel belaka hahahaha.... bini aku order makanan dalam flight, dan sesuatu yang mengejutkan aku, dia punya nasi lemak punya lah sedap. Kalau ikutkan hati memang aku dapat habiskan 2 bungkus. Lepas tu anak ku tak dapat nak habiskan nasi ayamnya, seperti biasa aku akan jadi tukang kasi licin. And surprisingly the nasi ayam pun tangkap layan. Kalau tak silap aku nasi lemak diorang adalah Nasi Lemak Pak Nasir dan nasi ayam pulak Uncle Chin...kalau aku tak silap lah.
Sampai Langkawi , bini aku pergi sewa kereta, dan sekali lagi aku kena kejutan katak, diaorang bagi aku Nissan Sylphy untuk 4 hari for RM 300. Memang berbaloi. Untuk 4 hari tu, minyak cuma aku pam RM70. Dengan kereta itulah habis Langkawi aku pusing. Aku sempat pergi ke Galeri Perdana, a must go place kalau korang nak pergi Langkawi. Naik sky cab, pergi underwater world,pergi Dataran Lang, pergi duck boat ride, pergi telaga tujuh, pergi ke Cenang Mall, ke Billion Mall, pergi pantai tengah. Aku paling suka bila singgah duty free shop carik curut. Aku bawak la sikit sikit untuk aku sendiri. Makanan kat Langkawi nie aku kira murah lah jugak, berbaloi. Bini aku banyak angkut coklat. Memang murah kat sini. Aku tak pergi makam Mahsuri sebab aku dah pergi. Cuaca kat Langkawi pulak ok, panas. And surprisingly , diaorang pun ada uptown & downtown. Apa2 pun aku enjoy the holiday....release tension aku...

No comments:

Perjalananku ke Pulau Pinang

Assalamualaikum… salam sejahtera. Apa khabar semua? Semalam baru jer keputusan SPM keluar, tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang, ya...