Friday, March 21, 2014

Anything goes for today...

The best lead so far, itu lah yang aku dapat katakana berhubung dengan penemuan objek oleh pihak bekuasa Australia semalam. Mungkin ya atau mungkin tidak benda itu adalah serpihan MH370 tapi sekiranya benar, sekurang kurang nya keluarga2 mangsa dapat ketenteraman. Yang pastinya doa seluruh rakyat Malaysia bersama dengan pasukan pencari. Apa2 pun yang pasti, dalam kesedihan ini, aku rasa gembira untuk 2 perkara, apa lagi kalau bukan pasukan fevered aku, Sarawak & Liverpool. Keduanya menang perlawanan masing2 minggu lepas. Minggu ini , Sarawak akan jumpa Pahang, main away. Semestinya aku berdoa supaya kemenangan kepada pasukan Sarawak. Aku selalu baca kat internet, sapa yang lahir dan hidup pada era 80an, 90 an adalah generasi terbaik. Aku mungkin setuju sedikit pasal nie kerana itu adalah transition period kata mat salleh. Masa di mana teknologi, muzik dan peradaban manusia berkembang pada tahap yang terbaik. Masa aku melanjutkan pelajaran, aku rasa itulah masa terbaik dalam hidup aku yang dapat aku rasakan. Aku membesar dengan muzik terbaik, jenama terbaik dan masa yang terbaik. Jangan lah ambik hati sangat, ini adalah pendapat peribadi aku.
Aku pakai jenama Alien Workshop, Airwalk, Converse & Doc Mart. Halwa telinga pulak melayan seperti Nirvana, Soundgarden, Pearl Jam, MC Hammer,Vanilla Ice, Green Day, Smashing Pumpkin. Itu adalah artis barat. Kalau local pulak aku follow OAG, Butterfingers, Caburator Dung, The Pilgrim dan banyak lagi.
Kalau aku buat senarai mungkin tak cukup pulak. Gigs pulak memang aku tak pernah miss especially yang local, aku masih ingat lagi gigs yang pertama di Dewan Masyarakat Padungan. Memang best giler wa cakap lu. Aku tak pernah kesal dengan apa yang aku alami sebab ia mengajar aku tentang kehidupan. Semua nya aku jadikan sempadan dalam hidup aku sekarang nie, aku berusaha dengan sebaik mungkin untuk menjadi a good muslim, a good servant to Allah. Semua pengalaman itu membantu aku dalam membesarkan anak aku. Well, never look back... Dan jangan lupa #pray4MH370

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...