Monday, February 10, 2014

Sarawak...tanah tumpahnya darahku...

Semua mata memandang ke arah Sarawak pada masa ini. Semua yang menarik ada pada Sarawak. Berita panas dengan perletakan jawatan Pehin Seri sebagai Ketua Menteri Sarawak, penantian untuk pengumuman Ketua Menteri Sarawak yang baharu merupakan berita terpanas datang dari Sarawak yang ku cintai. Teka teki mengenai siapa yang bakal mengganti Pehin Sri Taib Mahmud bermain main di kepala semua rakyat Sarawak, di media arus perdana dan juga di media sosial. Pihak media sibuk menamakan calon pengganti Pehin Sri. Tapi aku ada sedikit pendapat berlainan, ini merupakan pandangan peribadi. Bagi aku tidaklah mustahil yang Ketua Menteri Sarawak yang baru merupakan seorang yang benar benar baharu dalam bidang politik tapi mempunyai keperibadian seorang pemimpin. Berkemungkinan juga bukan dari nama nama yang di sebut. Jawapan nya hanya pada Ketua Menteri kita Pehin Sri. Apa apa pun aku berdoa dan berharap, pengganti beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh seperti Pehin Sri sendiri, seorang yang amat cintakan Sarawak, yang mampu mengekalkan perpaduan rakyat Sarawak amnya.
Dan pada hari yang sama Pehin Sri meletak jawatan, seorang lagi anak Sarawak, Hafiz mencipta dan megharumkan nama Sarawak dalam persada seni Negara dengan memenangi banyak anugerah dalam bidang tersebut.
Juga dengan perkembangan yang amat baik dari pasukan bolasepak Sarawak, dengan penyokong yang terbaik setakat ini. Semua nya merupakan satu yang positif dan membanggakan.
Aku harap all the best untuk negaraku Sarawak. Semoga Allah akan terus memberkati tanahair Sarawak ke arah keamanan, kemajuan. Semoga kejayaan akan terus milik Sarawak, insha Allah…

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...