Friday, February 7, 2014

Apa dah jadi...

Pada pendapat akulah, Teresa Kok tu sebenarnya nak jadi pelakon filem kot. Bagi aku tak perlu lah buat drama pendek semata mata nak sampai kan mesej dia kan. Dan orang macam itulah yang orang hendak jadi pemimpin, mewakili suara mereka di peringkat atasan. Memang merugikan dan membuang masa jer mengundi untuk Teresa Kok nie. Jadi aku haraplah David Teoh kalau nak buat movie baru, ambik lah Teresa Kok itu.Apa dah jadi dengan keharmonian kaum sekarang nie? Semenjak ISA di mansuhkan, semakin banyak pulak orang tunjuk taring. Semakin banyak orang menjadi keyboard warrior. Untuk apa? Untuk populariti? Bagi aku sungguh menjengkelkan. Di saat manusia semakin maju dengan kemodenan, manusia semakin bijak, masih ada lagi manusia yang suka merendahkan bangsa lain. Apa kah yang mereka dapat selepas membuat perkara begini? Kenapa tiada kompromi langsung. Aku suka Sarawak sebab dengan masyarakat yang majmuk , kami masih mampu untuk minum dan makan semeja. Semua sudah mengerti apa yang boleh dan tidak boleh. It is a mutual understanding. Silap cakap, bergaduh merupakan perkara biasa ibarat sebuah keluarga. Dan di laman social facebook sekarang nie wujud pulak satu page yang terang terang menyatakan mereka anti Sabah & Sarawak. Salah satu lagak keyboard warrior. Megapikan sentiment kebencian supaya berpecah belah , apa yang kita dapat? Malaysia terlalu cantik dan terlalu istimewa. Jangan lah selepas kita kehilangan baru kita nak hargai sesuatu yang hilang itu. Aku cuma rakyat biasa yang cintakan kedamaian seperti mana yang Islam, agamaku sarankan. Mereka yang sukakan kekacauan, aku berani katakan yang mereka tidak mengamal dan memahami Islam sepenuhnya. Dan negaraku Sarawak akan mendapat Ketua Menteri yang baru. Sesungguhnya aku yakin dengan perancangan Allah ke atas Sarawak bumi bertuah ini. Semoga ia akan kekal aman di bawah pemimpin dan ketua yang baru. Maju Sarawak….

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...