Thursday, February 20, 2014

Kepada orang semenanjung

Itulah balasan Allah. Mereka tidak melihat begitu tapi bagi aku , itulah balasan Allah kepada mereka.Apa yang aku cakap kan ini? Aku merujuk kepada fenomena yang berlaku di Semanjung Malaysia sekarang ini. Mereka mempersendakan agama, bersumpah dengan al-quran, tidak kah mereka sedar yang perbuatan mereka itu mengundang kemurkaan Allah. Kepada saudara ku di seberang sana, ingatlah kepada Allah, sesungguhnya perbuatan kamu di sana mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Cukuplah dengan perasaan perkauman kamu, cukuplah dengan benang basah kamu. Bertaubatlah saudara- saudaraku di seberang sana.Allah berikan kamu kemarau kerana kamu berbalah balah.
Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).-surah Qaaf ayat 28

Monday, February 10, 2014

Sarawak...tanah tumpahnya darahku...

Semua mata memandang ke arah Sarawak pada masa ini. Semua yang menarik ada pada Sarawak. Berita panas dengan perletakan jawatan Pehin Seri sebagai Ketua Menteri Sarawak, penantian untuk pengumuman Ketua Menteri Sarawak yang baharu merupakan berita terpanas datang dari Sarawak yang ku cintai. Teka teki mengenai siapa yang bakal mengganti Pehin Sri Taib Mahmud bermain main di kepala semua rakyat Sarawak, di media arus perdana dan juga di media sosial. Pihak media sibuk menamakan calon pengganti Pehin Sri. Tapi aku ada sedikit pendapat berlainan, ini merupakan pandangan peribadi. Bagi aku tidaklah mustahil yang Ketua Menteri Sarawak yang baru merupakan seorang yang benar benar baharu dalam bidang politik tapi mempunyai keperibadian seorang pemimpin. Berkemungkinan juga bukan dari nama nama yang di sebut. Jawapan nya hanya pada Ketua Menteri kita Pehin Sri. Apa apa pun aku berdoa dan berharap, pengganti beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh seperti Pehin Sri sendiri, seorang yang amat cintakan Sarawak, yang mampu mengekalkan perpaduan rakyat Sarawak amnya.
Dan pada hari yang sama Pehin Sri meletak jawatan, seorang lagi anak Sarawak, Hafiz mencipta dan megharumkan nama Sarawak dalam persada seni Negara dengan memenangi banyak anugerah dalam bidang tersebut.
Juga dengan perkembangan yang amat baik dari pasukan bolasepak Sarawak, dengan penyokong yang terbaik setakat ini. Semua nya merupakan satu yang positif dan membanggakan.
Aku harap all the best untuk negaraku Sarawak. Semoga Allah akan terus memberkati tanahair Sarawak ke arah keamanan, kemajuan. Semoga kejayaan akan terus milik Sarawak, insha Allah…

Friday, February 7, 2014

Apa dah jadi...

Pada pendapat akulah, Teresa Kok tu sebenarnya nak jadi pelakon filem kot. Bagi aku tak perlu lah buat drama pendek semata mata nak sampai kan mesej dia kan. Dan orang macam itulah yang orang hendak jadi pemimpin, mewakili suara mereka di peringkat atasan. Memang merugikan dan membuang masa jer mengundi untuk Teresa Kok nie. Jadi aku haraplah David Teoh kalau nak buat movie baru, ambik lah Teresa Kok itu.Apa dah jadi dengan keharmonian kaum sekarang nie? Semenjak ISA di mansuhkan, semakin banyak pulak orang tunjuk taring. Semakin banyak orang menjadi keyboard warrior. Untuk apa? Untuk populariti? Bagi aku sungguh menjengkelkan. Di saat manusia semakin maju dengan kemodenan, manusia semakin bijak, masih ada lagi manusia yang suka merendahkan bangsa lain. Apa kah yang mereka dapat selepas membuat perkara begini? Kenapa tiada kompromi langsung. Aku suka Sarawak sebab dengan masyarakat yang majmuk , kami masih mampu untuk minum dan makan semeja. Semua sudah mengerti apa yang boleh dan tidak boleh. It is a mutual understanding. Silap cakap, bergaduh merupakan perkara biasa ibarat sebuah keluarga. Dan di laman social facebook sekarang nie wujud pulak satu page yang terang terang menyatakan mereka anti Sabah & Sarawak. Salah satu lagak keyboard warrior. Megapikan sentiment kebencian supaya berpecah belah , apa yang kita dapat? Malaysia terlalu cantik dan terlalu istimewa. Jangan lah selepas kita kehilangan baru kita nak hargai sesuatu yang hilang itu. Aku cuma rakyat biasa yang cintakan kedamaian seperti mana yang Islam, agamaku sarankan. Mereka yang sukakan kekacauan, aku berani katakan yang mereka tidak mengamal dan memahami Islam sepenuhnya. Dan negaraku Sarawak akan mendapat Ketua Menteri yang baru. Sesungguhnya aku yakin dengan perancangan Allah ke atas Sarawak bumi bertuah ini. Semoga ia akan kekal aman di bawah pemimpin dan ketua yang baru. Maju Sarawak….

Monday, February 3, 2014

Ooo..ikan duyung

Semalam aku menonton History Channel , rancangan bertajuk Mermaids: The New evidence. Sungguh memeranjatkan yang hidupan laut seperti manusia yang kita gelar ikan duyung rupa nya benar benar wujud. SubhanAllah. Tidak lah rupanya seperti ikan duyung yang sering kita gambarkan, seorang wanita cantik, berambut panjang tetapi rupanya lebih kepada alien atau makhluk asing dengan mata yang besar, setengah badannya seperti manusia dan mempunyai bahagian bawah yang berupa ekor ikan, mempunyai dua tangan yang mempunyai lima jari.
Penemuan ini dengan rakaman video yang nyata dan jelas betul buat aku kagum. Dan aku tertanya adakah itu hidupan laut yang akan muncul di akhir zaman seperti yang dinyatakan dalam Islam, aku pun tak tahu.