Tuesday, January 28, 2014

Sekeliling....

Satu hujung minggu yang mencabar sangat bagi aku. My wife pegi KL untuk sukan silatulrahim Jabatan Jabatan Agama Islam, tapi feedback yang aku terima macam tak silatulrahim sangat…Anak ku pulak demam panas dan landing jer bini aku kat airport , dia dah mengadu demam dan hari ini anak aku & bini aku dua-dua masuk wad kat rumah sendiri. Aku memang kepenatan tahap gaban tapi selepas mintak supplement dari doctor tadi rupa-rupanya badan aku kekurangan zinc… Tak sangka la pulak kan badan memerlukan benda besi untuk menjadi bertenaga. Memang best…aku dapat rasa kesan nya. Kadang kadang perkara kecik yang kita lepas pandang mendatangkan kesan besar kepada kita. Opis aku besok akan mula sunyi, teman sepejabat yang berbangsa cina akan mula bercuti untuk tahun menyambut perayaan tahun baru cina. Tapi kali ni macam ada kurang sikit bunyi bunyi mercun, di tempat aku tinggal memang ada kaum cina, tak ada masalah bagi aku dengan bunyi bunyi mercun. Seronok pulak ada. Bufdey wife aku akan di sambut next week, sama la dengan aku bertukar nombor hadapan. Hadiah aku dah kasi setel dan Alhamdulillah bini aku suka. Anak aku pun dah dapat hadiahnya dan aku cuma cakap kat dia supaya jadi anak baik dan belajar betul betul. Harap semua perancangan masa depan untuk aku untuk keluarga aku akan menjadi dengan izin Allah. Cuma masa nie susah hati jugak dengan keadaan di semenanjung Malaysia di mana provokasi agama semakin menjadi jadi. Semua sekarang nie aku tengok kat sebelah sana macam tegang jer…come on jadilah macam Sarawak..give and take ..paham memahami. Ingat lah Allah telah katakan dengan jelas dalam surah al – kafirun yang bermaksud :
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah, "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat., "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat., "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".
Fahami maksud ayat ini dengan jelas, sesungguhnya kita umat Islam adalah terpelihara kerana itu janji Allah, cuma tahap iman saja yang membezakan kita ….

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...