Wednesday, January 29, 2014

Sarawak 3-0 KL Sime Darby (Liga Super 2014 )

After 2 games both loses to a very good team, finally Sarawak managed to win their first matched last night with a clean 3-0 win against KL Sime Darby. Yeee haaaa memang rasa nya sungguh gembira. Aku pasti malam tadi memang akan mengangkat moral pemain pemain Sarawak am nya. Jaringan Joseph Kalang Tie sebelum di keluarkan, Gabo & Janjus melegakan kem Sarawak. Permainan keras dari Sime Darby tidak mengurangkan tumpuan Sarawak. Gol jaringan Janjus melalui sepakan percuma merupakan gol yang cantik. 2 pemain Sime Darby pulak kena buang padang dapat kad merah sebab bantah keputusan pengadil. Dan untuk aku, memang satu kepuasan. Jangkaan penonton akan berkurangan di sebabkan 2 kekalahan awal Sarawak ternyata meleset. Permainan pemain import Sarawak, Gabo aku lihat makin serasi dengan pasukan Sarawak. Dan salute untuk semua supporter Sarawak semalam, u guys are the best.

Tuesday, January 28, 2014

Sekeliling....

Satu hujung minggu yang mencabar sangat bagi aku. My wife pegi KL untuk sukan silatulrahim Jabatan Jabatan Agama Islam, tapi feedback yang aku terima macam tak silatulrahim sangat…Anak ku pulak demam panas dan landing jer bini aku kat airport , dia dah mengadu demam dan hari ini anak aku & bini aku dua-dua masuk wad kat rumah sendiri. Aku memang kepenatan tahap gaban tapi selepas mintak supplement dari doctor tadi rupa-rupanya badan aku kekurangan zinc… Tak sangka la pulak kan badan memerlukan benda besi untuk menjadi bertenaga. Memang best…aku dapat rasa kesan nya. Kadang kadang perkara kecik yang kita lepas pandang mendatangkan kesan besar kepada kita. Opis aku besok akan mula sunyi, teman sepejabat yang berbangsa cina akan mula bercuti untuk tahun menyambut perayaan tahun baru cina. Tapi kali ni macam ada kurang sikit bunyi bunyi mercun, di tempat aku tinggal memang ada kaum cina, tak ada masalah bagi aku dengan bunyi bunyi mercun. Seronok pulak ada. Bufdey wife aku akan di sambut next week, sama la dengan aku bertukar nombor hadapan. Hadiah aku dah kasi setel dan Alhamdulillah bini aku suka. Anak aku pun dah dapat hadiahnya dan aku cuma cakap kat dia supaya jadi anak baik dan belajar betul betul. Harap semua perancangan masa depan untuk aku untuk keluarga aku akan menjadi dengan izin Allah. Cuma masa nie susah hati jugak dengan keadaan di semenanjung Malaysia di mana provokasi agama semakin menjadi jadi. Semua sekarang nie aku tengok kat sebelah sana macam tegang jer…come on jadilah macam Sarawak..give and take ..paham memahami. Ingat lah Allah telah katakan dengan jelas dalam surah al – kafirun yang bermaksud :
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah, "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat., "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat., "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".
Fahami maksud ayat ini dengan jelas, sesungguhnya kita umat Islam adalah terpelihara kerana itu janji Allah, cuma tahap iman saja yang membezakan kita ….

Tuesday, January 21, 2014

Tazkirah 2 ehem...

Hati…apa ada pada hati? Bak kata kata orang melayu “ kalau ikutkan hati memang…..”. Tapi inilah yang terjadi sekarang ini. Orang lebih menggunakan hati & dan perasaan dalam membuat keputusan. Akal memang lansung tidak berguna pada manusia pada zaman sekarang ini. Kebanyakkan yang berjaya di luar sana adalah orang yang menggunakan akal , yang berjaya mengaut keuntungan, semua nya orang yang menggunakan akal. Kita sepatutnya tidak boleh menggunakan hati bila membuat keputusan. Rasa malas, rasa lemah, rasa mau tidor itulah tindak tanduk hati. Tapi bila akal bekerja, ia akan menjadi aku tak boleh malas kerana orang malas selalu rugi, aku tak mau tidor nanti terlebih tidor mata aku bengkak….itulah contohnya. Akal menyuruh kita maju ke depan bukan nya bermalasan, akal akan menyuruh kita pandai membuat penilaian yang mana baik dan mana yang buruk. Akal itulah kelebihan kita yang di kurniakan oleh Allah, yang membezakan kita dari generasi atau makhluk lain. Isteri aku selalu cakap mind over body…aku tak paham sangat maksudnya tapi bila aku berada dalam keadaan terdesak..otak aku akan ambil alih mengambil keputusan tepat di masa kecemasan. Jadi secara amnya yang aku ingin sampai kan adalah , jangan ikut kata hati nanti binasa….gunakanlah otal a.k.a akal kita untuk menterjemah setiap perkara….Assamualaikum untuk semua…

Tazkirah...

Assalamualaikum... Dah masuk minggu ketiga Januari 2014…cepat sungguh masa berlalu. Dan anak aku baru je sambut hari jadi nya yang ke 7 Ahad lepas. Aku pun baru balik dari Mukah untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak. Kesibukan menyebabkan kita tidak berasa masa berlalu dengan cepat, tapi cepatnya masa juga adalah salah satu tanda akhir zaman. Kalau nak cakap pasal benda benda lain tanda akhir zaman pun dah banyak. Tak payah nak cerita , mata sendiri pun boleh tengok kat mana mana pun. Tapi , kita sebagai umat Islam , apakah persediaan kita terhadap datang nya peristiwa besar seperti yang di katakana oleh Nabi s.a.w. iaitu ujian besar ke atas umatnya iaitu fitnah dajjal. Aku petik salah satu kata Nabi s.a.w iaitu :
“Baginda bersabda, “Selain Dajjal ada yang lebih aku khuatirkan. Jika Dajjal keluar sedangkan aku masih berada di tengah-tengah kamu sekalian nescaya cukup aku sahaja yang melawannya tanpa kamu. Jika Dajjal keluar sedangkan aku sudah tidak berada di tengah-tengah kamu sekalian maka masing-masing mesti mempertahankan dirinya sendiri. ALLAH sebagai gantiku di dalam melindungi setiap Muslim.”
Sesungguh nya memang semua saudara saudara ku di luar sana sedang leka dek duniawi, di perlekehkan oleh musuh nyata kita , syaitan. Tidaklah aku mengatakan diriku sendiri yang terbaik kerana yang terbaik masih banyak diluar sana, sekadar mengingatkan diriku sendiri dan saudara-saudaraku. Aku juga bimbang yang aku akan terlalai dek duniawi tapi berusaha keras untuk menjaga diriku. Pada pendapat peribadi aku, sudah tiba masanya para ustaz, ulama dunia mengingatkan umat Islam tentang ujian besar ini. Memang kita dulu adalah yang terbaik di dunia ini, dengan ciptaan dan penemuan saintifik yang telah mengangkat martabat Islam, tapi biarlah ianya di jadikan sempadan dan peringatan. Sudah tiba masanya kita maju ke depan, menyediakan persiapan diri dan keluarga dari fitnah dajjal yang dasyat. Sebagai perkongsian, amalkanlah doa ini :
‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari azab Neraka Jahanam, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, aku berlindung kepadaMu dari fitnah al-Masih Dajjal, dan aku ber-lindung kepadaMu dari fitnah hidup dan setelah mati’.” ( HR. Muslim, no. 590)
Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,.
“Apabila salah seorang kalian telah membaca tasyahud hendak-lah memohon perlindungan kepada Allah dari empat hal, yakni dengan mengucapkan, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahanam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan sesudah mati, dan dari keburukan fitnah al-Masih Dajjal’.” (HR. al-Bukhari; 832 dan Muslim; 588.
Assalamualaikum untuk semua...

Monday, January 6, 2014

Kalau lah aku....

Kalau aku jadi pemimpin di Sarawak nie, dengan banyak nya pembinaan empangan-empangan yang akan menghasilkan elektrik, aku akan buat satu perkhidmatan keretapi elektrik. Sarawak bukan kah akan kaya dengan elektrik, pembinaan jalan akan mengakibatkan kerajaan negeri Sarawak terpaksa mengambil tanah penduduk Sarawak dan akan meningkatkan kos. Bayangkan kalau kerajaan Sarawak dapat membayar untuk kos membayar bagi pembinaan tiang tiang keretapi elektrik, jumlah nya jauh lebih kecil jika di bandingkan dengan pembinaan jalan raya. Jalan raya tetap akan di bina tetapi berperingkat-ringkat. Mungkin untuk percubaan kita boleh buat tren elektrik sampai ke Serian. Aku dapat bayangkan perkembangan ekonomi yang besar….tapi siapalah aku kan….

Selamat Tahun Baru 2014...

Selamat tahun baru 2014. Hari ini , aku baru jer turun kerja. Dan aku tertarik dengan satu cerita, bila seorang non muslim lebih tahu padahnya berhutang dari orang Islam sendiri. SubhanAllah, sesungguhnya malu lah kiranya jika seorang keluarga muslim yang berhutang itu diberikan ayat ayat al-Quran oleh seorang bukan Islam tentang pentingnya melangsaikan hutang. Tidak mereka tahu yang berhutang itu , tidak akan masuk syurga seorang muslim jika masih ada hutang di dunia walaupun seorang muslim itu berjuang di jalan Allah. Surah Al Baqarah ayat 282 memetik “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah di rencanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil disisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” Sesungguhnya janganlah kamu suka berhutang, dan jika berhutang bayarlah walau pun kamu menjadi papa kedana..