Monday, December 29, 2014

Tahun 2014..Tahun yang mencabar ...

2014 menghampiri hujungnya. Tahun yang agak mengejutkan bagi aku, dengan peristiwa peristiwa besar berlaku kat negeri aku Sarawak.Sarawak mendapat Ketua Menteri yang baru, menamatkan segala teka teki yang bermain di dalam kepala orang ramai bila Pehin Sri Taib Mahmud akan berundur.
Tahun yang menyaksikan negara aku Malaysia menghadapi dugaan yang sungguh besar dengan kehilangan pesawat MH370. Belum lagi selesai, bencana kedua pula muncul bila MH17 pula di tembak jatuh di Ukraine, mengorbankan semua penumpang. Dengan cerita MH370 belum lagi ada penamatnya, Malaysia di landa pulak banjir besar di negeri Pantai Timur, dengan skala banjirnya memang di luar jangkaan.
Dan sekali lagi Malaysia di kejut dengan kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 iaitu penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada 28.12.14.
Bencana sebegini yang mengundang penyatuan hati seluruh rakyat Malaysia, walaupun ada lagi di kalangan rakyat Malaysia yang sempit akalnya dengan mengaitkan perkara perkara ini dengan politik.
Sesungguhnya sesuatu perkara itu tidak akan terjadi dengan izin Allah s.w.t. Di kurniakan Nya kita bala, adalah untuk kita kembali kepadaNya. Dengan lebih banyak berdoa dan memohon kepadaNya. Anggaplah ini adalah ujian Allah semata mata kepada kita rakyat Malaysia kepada bumi bertuah Malaysia, semoga kita akan lebih bersatu hati tanpa mengira bangsa, berdoa supaya kita di lindungi Allah sentiasa, semua apa saja musibah yang Allah kurniakan kepada kita adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali...Innalillahhiwainnailaihirajiun...

Monday, December 22, 2014

Piala AFF Suzuki 2014

Bola itu bulat. Apa apa pun boleh jadi dalam bolasepak. Dan peminat pasukan kebangsaan Malaysia baru saja merasainya 2 hari lepas. Piala Suzuki AFF 2014 seolah olah sudah dalam genggaman, tapi akhirnya terlepas dengan 2 gol jaringan Thailand dengan baki perlawanan 15 minit. Kejam..? Boleh dikatakan kejam. Tapi aku suka tengok sokongan penyokong tegar Malaysia. They have my full respect. Gol jaringan Shafiq & Indra Putra memang terbaik. Tapi agak anti klimaks kan. Mungkin keputusan berbeza sekiranya Afif & Indra masih dalam padang. Mungkin..sapa tau kan? Sebab bolasepak adalah permainan berpasukan bukannya individu. Malaysia banyak pemain muda yang berbakat, kenapa tak di guna pakai? Kenapa cuma pemain dari Malaysia Barat jer? Kenapa takda dari Sabah & Sarawak. Malaysia sepatutnya sebuah pasukan yang menarik bila merujuk kepada bolasepak. Katakan semua pemain dari seluruh Malaysia di gunakan, kita mungkin dapat melihat penggunaan cara yang berbeza dari setiap pemain. Pasukan mana di dunia ini yang dapat meletakkan berbagai kaum dalam satu pasukan. Lihat saja Filipina, Singapura bila mereka menggunakan pemain yang berbilang bangsa, mentaliti permainan sungguh berbeza. Lihat apa jadi dengan Singapura bila mereka mengguna pemain sebangsa sahaja, mereka tidak menyerlah tahun ini. Mungkin apa yang aku katakan ini cuma teori, tapi mana satu ia adalah salah satu faktor kejayaan Malaysia, jika di guna pakai dengan sebaiknya. Mungkin Dollah Salleh boleh cuba formula ini..

Friday, December 5, 2014

Bersyukur

Aku baca surat khabar 2-3 hari ni . Aku tak pastilah samada kenyataan itu dibuat oleh pihk akhbar atau datang dari mulut mangsa itu sendiri. Dua kenyataan tersebut adalah satu dari mangsa banjir yang berlaku tiap tahun kat Selangor, aku lupa nama tempatnya, mangsa mengatakan dia bimbang mana nak carik duit untuk beli perabot yang rosak. Satu lagi mangsa samun kat Kelantan, dia bimbang nak memikirkan kos untuk merawat mukanya yang cedera. Mungkin akan ada orang akan cakap, aku tak di tempat dia orang, pasal tu aku berani komen. Tujuan sebenarnya aku nak komen, alangkah baiknya sekiranya kedua dua mangsa tersebut, lebih bersyukur kepada Allah atas selamatnya mereka dari bencana tersebut. Di anugerahkan kepada mereka berdua umur yang panjang, selamat dari bencana. Jadi bukankah bersyukur itu lebih baik. Kebetulan kisah mereka berdua ini aku baca di dada akhbar, tetapi ini adalah senario sebenar yang berlaku dengan masyarakat kita atau umat Islam kita sekarang nie, lebih bimbang akan perkara duniawi. Mereka tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menyelamatkan mereka, yang telah mengasihi mereka supaya terselamat dari bala bencana. Sesungguhnya rezeki tiap manusia telah di tetapkan. Pernahkah kita terfikir, seandainya kita lebih bersyukur dengan anugerah, keselamatan yang Allah anugerahkan kepada kita, limpah nikmat dan kurnia dari Allah akan lebih berlipat kali ganda. Sesungguhnya perkara ini juga akan menjadi peringatan kepada aku sendiri, supaya sentiasa bersyukur akan nikmat Allah, sentiasa bersyukur akan keselamatan yang Allah kurniakan..

Friday, November 28, 2014

Reunion

Tahniah kepada anak buah aku yang baru melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lepas, mungkin belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat pengantin baru kepada As & Hakimi.
Yang pasti, Laut China Selatan bukan penghalang kepada jodoh yang Allah tetapkan pada hambaNya. Aku berdoa semoga jodohnya kekal sampai akhir hayat, hingga ke jannah. Paling menyeronokkan , aku dapat peluang berjumpa dengan sanak saudara, ibu , saudaraku , sepupu-sepupu aku dan adik beradik aku yang mungkin jarang berjumpa disebabkan tugasan, komitmen dan kesibukan masing masing.

Thursday, November 20, 2014

A lesson well taught...

Alhamdulillah..itu yang mampu aku katakan. Tanpa bantuanNya, kerja aku mungkin tidak akan selesai. 8 minggu yang memenatkan. 8 minggu yang mengajar dan menguatkan lagi erti kesabaran dan mengukuhkan keimanan dalam hati aku. Preventive Maintenance di Hospital Ipoh mengajarkan satu dua perkara yang membuatkan aku insaf dan membuatkan aku rasa syukur kepada Allah. Tugasan ini membuatkan aku masuk kesemua wad yang ada di Hospital Ipoh. Dalam banyak banyak wad itu, 2 tempat yang meninggalkan kesan yang amat besar dalam hati aku sendiri. Bila aku memasuki wad ICU, aku melihatkan keadaan pesakit yang bergantung dengan bantuan alat perubatan untuk hidup, menyebabkan aku berasa bersyukur, rasa bersyukur kerana Allah kurniakan aku kesihatan yang baik, kurniakan aku kekuatan untuk beribadat. Tidak di nafikan, kita kadang kadang lupa dengan nikmat yang sebenar iaitu diberikan kesihatan yang baik dalam kehidupan. Kita jarang mengucapkan syukur atas kesihatan yang baik yang Allah kurniakan kepada kita. Melihatkan pesakit di wad ICU ini, benarlah kata seorang ustaz yang pernah aku dengar, kita akan menyesal bila kita sakit, kita akan berdoa kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik, bahkan kita berjanji kepada Allah akan sentiasa beribadat jika kesihatan kita pulih, tapi kita akan lupa segala janji kita. Satu lagi wad yang aku masuk, wad bersalin. Aku melihat kelahiran insan insan baru ke dunia. Menangis kerana di sentuh syaitan. Berbeza, di wad ini aku melihat kenikmatan yang Allah beri kepada hambaNya dengan kelahiran cahaya mata, darah daging sendiri. Aku melihat Allah kurniakan kesedihan & kegembiraan kepada hambaNya, supaya kita sentiasa bersyukur selalu kepada Nya. Sesungguhnya hidup dan mati itu, satu kejadian nyata dalam kehidupan. Setiap yang hidup pasti akan mati, itu adalah lumrah hidup. Sesungguhnya aku bersyukur kerana anugerah kesihatan yang di kurniakan kepada aku.

Friday, November 7, 2014

Apa khabar

Sibuk..sesuatu yang tak pernah habiskan..! Bila kita bekerja, kekadang kita akan kesuntukan masa untuk melakukan sesuatu yang kita suka. Aku terdetik nak update blog nie, pasal banyak sangat kes kes buli yang terjadi sekarang nie, terutamanya yang keluar kat Youtube, berita perdana dan di dada surat khabar. Persoalan aku, kenapa la budak budak sekarang nie semakin kurang akalnya, semakin kurang ajarnya ? Adakah salah ibu bapa, salah percampuran dengan rakan-rakan ? Ataupun sekadar nak tunjuk kuat? Apa yang mereka dapat dari semua itu? Glamor yang hanya seketika, lepas tu kena buang sekolah, maka cacatlah masa depan nya. Aku bersyukur, sebab aku tak pernah mengalami benda tu semua, dan dengan izin Allah, semoga anak aku juga akan di jauhi dari perkara sedemikian. Mungkin inilah yang kita dapat dalam mengejar arus kemodenan, kita kehilangan sopan santun di kalangan generasi muda. Mungkin juga ini adalah bayaran yang kita harus terima, dalam kita mengejar dunia untuk memenuhi keperluan, hingga kita terabai dengan tumpuan terhadap anak-anak kita. Dan sekarang nie, dengan aku jauh dari keluarga dek kerana kerja, semoga semua urusan anak & isteriku di jaga Allah. Apa yang aku harapkan sekarang adalah aku akan kembali ke tempatku..so that, i can say this to my daughter and wife " Ayam Kambing Bag "...anybody knows the meaning...:)

Wednesday, October 15, 2014

My love for motorcycles

Ini antara motorsikal yang aku jumpa sekitar Ipoh, kegilaan aku terhadap motorsikal tak pernah. Mungkin benar orang kata, bila menunggang motorsikal nie, kita macam bersatu dengan alam. Dengan posting ini, aku mencapai satu tahap lagi dalam sejarah aku buat blog nie kerana ini merupakan post aku yang ke 400.

Tuesday, September 23, 2014

Bila bekerja dengan orang yang hati keras...

Bila kita ada menghidapi sesuatu penyakit, kita akan sampai ke tahap kita akan ada ke tahap di mana setiap yang kita buat akan ada hadnya. Bagi yang menghidapai penyakit darah tinggi, paling penting kita kena kurangkan stress, kita kena jaga tidur dan rehat. Mungkin timbul persoalan kenapa aku jarang duduk lepak bersama dengan kawan kawan aku semenjak 5-7 tahun yang lepas. Jawapannya, kerana aku terpaksa jaga rehatku, tidurku dan kesihatan aku.
Aku dah sampai pada satu tahap di mana hati kata boleh buat lagi, tapi badan aku tak mengizinkan. Bila kerja, aku akan buat sedaya upaya aku supaya aku stress free, kurang marah, kurang tertekan dengan cara aku sendiri. Dan di sini di tempat aku kerja sekarang nie, aku di letakkan di tempat di mana aku boleh stress dengan cepat dengan keranah manusia manusia yang bagi aku, walaupun banyak yang berpendidikan tinggi tapi kurangnya adab dalam berhubung sesama manusia. They say what they please. Aku hadapi semua ini tiap tiap hari semenjak 4 bulan yang lepas.
Aku jenis yang tak suka komplen. Tapi jika keadaan memaksa, jika bagi aku seseorang itu terlalu buta untuk melihat, aku akan bertindak, untuk membuat mereka melihat. Bila tiba masa, aku akan bersuara. Tapi aku yakin, bila aku bersuara nanti , aku akan di anggap seorang yang suka beri alasan, seorang yang besar kepala. Macam yang kawan aku cakap, what comes around goes around.
Dan aku yakin dengan Allah, yang tidak akan mensesiakan doa seorang hambaNya.

Thursday, September 18, 2014

It's been a while...

Kita biasanya akan dan semakin merindui orang yang dekat dan rapat dengan kita bila kita berjauhan dari mereka. Aku sendiri, bila terkenangkan kaki aku yang sakit dan membengkak akibat seliuh nie, semakin teringat kat bini aku yang jauh. Kalau kat sana, dia lah yang akan tolong hantar aku ke pejabat kalau aku tak berapa sihat ke, atau sakit ke. Sekarang ni, dah lah takda orang yang hantar, terpaksa la pulak mengayuh basikal. Sememang, aku hilang the other half of me. Kalau bukan the other half, mungkin sepertiga dari aku, sepertiga lagi anak aku. Barulah kami semua jadi satu.
You + Me = couple and you + me + Aleeya = Us
Damn, i hate being away too long. I already missed out about 4 months of my daughter growing time, couldn’t attend her first sport day. Sometime , it make me question myself, does it worth it ?
Dear Allah, do give me strength...

Friday, September 12, 2014

Bocor punya kes...

Soalan bocor UPSR ? Siapalah yang punya kerja nie? Menteri Pelajaran cakap perbuatan pihak tertentu nak buruk kan kementerian dia dan buruk kan integeriti dia. Jadi siapa yang kita hendak persalahkan ? Membaca komen komen marah dari pihak ibu bapa di laman sosial, aku tumpang simpati dengan dia orang dan kesian dengan budak budak yang ambik UPSR. Dalam usia muda mereka dah menghadapi ujian hidup yang sebenar, iaitu sikap tamak sesetengah manusia yang mengerjakan kekayaan segera dengan menjual dan mengaut keuntungan. Aku juga bersetuju dengan setengah dari komen di laman sosial yang orang yang bertanggung jawab dalam hal ini di berikan yang keras sebagai amaran kepada orang lain di masa hadapan. Penjara, buang kerja adalah tindakan yang patut di ambil sekiranya dalang sebenar adalah dari kakitangan kerajaan. Kalau setakat tindakan disiplin jer, baik tak payah kan. Aku belum tahu lagi apa reaksi aku, kalau ia terkena pada masa anak aku nanti. Aku simpati dengan tekanan yang di hadapi oleh budak budak tu, tekanan pasal UPSR, tekanan dengan reaksi ibu bapa masing masing. Aku tak mampu nak komen lebih, kita ada undang undang. Tapi akan nampak lah lepas nie urang akan cakap semua ni pasal UMNO, pasal BN, pasal PKR. Kalau betul apa yang aku cakap nie berlaku kat media media sosial, maka aku kasihan kan mereka yang berbuat demikian kerana sempit nya pemikiran mereka.

Friday, September 5, 2014

Entah apa apa lah

Aku terkejut bila baca kat internet , ada seorang pendakwah Mesir buat fatwa, boleh intai tunang mandi. Apa masalah ulama tu? Yang pastinya tunang itu belum lagi halal untuk seorang lelaki, kalau putus tunang apa nak jadi ? Bukan ia akan menggalak kan maksiat, timbul syawat ? Kalau orang yang lemah iman, habislah jawab nya. Dan di UK, kalau panggil isteri kita gemuk, kita akan di dakwa di bawah akta keganasan domestik. Sebabnya memanggil isteri dengan panggilan gemuk merupakan satu bentuk penderaan psikologi, dan untuk itu kita boleh di penjara. Aku hairan , kenapa semakin pelik benda yang terjadi sekarang nie. Fatwa tu walaupun ulama tu cakap mesti ada niat suci, takkan syaitan nak duduk berdiam diri. Dia lupa pasal orang yang ketiga nie ke? Kenapa buat fatwa yang menggalakkkan dosa mata. Dari mata bukan turun ke hati? Bila dah bersarang di hati bukan ke tak baik ? Dan kalau isteri kita gemuk, dan kita nak bagitau dia yang dia dah gemuk, takkan tu pun kita kena penjara ? Kenapa tak boleh terima hakikat yang sememangnya dia dah gemuk. Tak ke bodoh jawab nya tu. Apa nak jadi dengan dunia nie sekarang ? Banyak benda remeh temeh yang lebih jadi perhatian. Banyak lagi benda yang kita boleh buat sebagai undang undang, banyak lagi benda lain yang lebih bermanfaat yang kita boleh buat fatwa. Semoga iman aku terjaga dengan izin Allah s.w.t.

Thursday, September 4, 2014

Rindu

Aku betul betul tak suka, tiap kali lepas balik dari Kuching masa cuti lepas tu sambung kerja kat Ipoh, aku mesti akan kena sakit rindu rumah aku, homesick. Betul kata kawan aku, pada usia aku sekarang 40 an, bila dah jadi family guy, berjauhan dari keluarga bukan sesuatu yang aku gemar sangat. Biasa buat sesuatu tu bersama dengan anak dan isteri, bila buat aktiviti tanpa diaorang memang akan jadi sesuatu yang menjengkelkan. Macam aku punya korum tak cukup.
Sejujurnya, aku harap aku tak akan berada lama kat sini. Being away from them seriously it is a major test for me from Allah. May He will make me strong enough.
Dan aku ingin ucap kan tahniah kat anak aku sebab dapat kedudukan yang baik dalam kelas. Walaupun bukan dapat nombor 1, aku bagi tau kat dia yang kedudukan dalam kelas bukan nya tanda kejayaan seseorang dalam hidup. Isteri aku cakap , nasihat yang aku bagi tu terlalu berat untuk budak yang baru umur 7 tahun, tapi aku yakin dia akan faham apa yang akan aku cakap sekarang nie lambat laun nanti.
Tahniah..

Monday, August 18, 2014

Dah bermula nya saingan

Liga Premiere English a.k.a EPL dah pun bermula. Serentak dengan itu bermula lah jugak aku suka carik gaduh and sakat penyokong Manchester United. Di laman sosial sekarang nie pun dah mula ejek mengejek, tapi setakat tu saja lah. The mocking make the social media the best way to get to others supporters. As usual , team aku, Liverpool, dengan sokongan padu dan tanpa kelibat Luis Suarez, menang 2-1 lawan Southhampton. Hopefully it will be a good ending as well as how it started. Sturridge dan Rahim Sterling score gol untuk Liverpool. Seronok..semestinya. What an intersting it will be for the next 8 months...

Thursday, August 14, 2014

My menu...

This has been my favorite breakfast menu for me since the last 2 weeks. Personally, the best coffee i've tested so far while in Ipoh. Aroma kopi nie saja dah cukup buat aku berselera, ditemani dengan setia dengan roti bakar, yang bagi aku di bakar dengan amat sempurna. Aku sering perhatikan cara pakcik tu buat kopi tu, siap kira berapa kali dia kacau kopi itu.Balik rumah cuba, masih lagi aku tak dapat capai rasa kopi yang pakcik tu buat. Ini baru menu pertama yang dah jadi kegemaran aku.
Aku pun dah cuba MR Cendol punya cendol dalam mangkuk. Not bad walaupun ada lagi yang lebih sedap. Worth every penny kata mat salleh. Penambah rasa untuk cendol nie pastinya Gula Merah yang cair tu, betul betul menyebabkan selera makan cendol nie bertukar dari normal ke mode lahap.
NZ Burger nie pulak merupakan salah satu menu makanan tengah hari aku, seminggu sekali kena. Burger nie memang sedap, aku cakap pun tak guna, baik korang datang Ipoh dan cuba. Burger nie pun ada kat Penang. Yang pasti boleh tahan "gedik" burger nie hahahaha
Yang nie pulak, the best ever Yong Tau Fu Soup yang aku dah makan kat Ipoh, lokasi kedai nya kat Kampung Sri Kinta, kedai jual Kuetiaw goreng. Rasa sup nie, lengkap, rasa rempah cukup,, memang terbaik bagi aku, sampaikan aku dapat habis kan dua mangkuk.
Jadi, tulah makanan kegemaran yang aku suka dah, kira dah jadi kemestian selama aku kat Ipoh.

Friday, August 8, 2014

The tragedy...bad moment for Kuching

Berita pembunuhan dua warga Britian di Kuching memang mengejutkan aku. Aku sebagai warga Kuching pastinya sedih dengar berita macam nie pasal hometown aku. Yang pastinya ia memberikan impak yang buruk kepada Kuching. Di tambah pulak dengan cerita cerita di dada akhbar, as if Kuching was such a bad place for tourist or traveller. Dari cerita yang aku dengar, cerita sebenar punca pergaaduhan tak pulak di sebarkan di dada dada akhbar, sebaliknya lebih ke berita simpati kepada mangsa bunuh. Dari berita yang aku dengar dan cerita , bagi aku kedua dua pihak bersalah dalam hal ini. Pertama , yang pasti kedua dua pihak mabuk, dua warga Britian tu pulak bergaduh sesama sendiri semasa dah mabuk. Dalam kes ini, yang aku dengar dan baca, budak budak tempatan itu mulanya meleraikan pergaduhan sesama sendiri warga Britian nie, tetapi response salah seorang dari mangsa bunuh pulak adalah menampar salah seorang budak tempatan tu sebab campur tangan. Dan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati. Bila dah mabuk, tambah pulak kepala high on methapetamine, maka hilang lah kewarasan akal hingga menyebabkan berlaku pembunuhan. Dari sudut cerita yang aku baca dan dengar, kedua dua pihak bersalah tetapi laporan di dada akhbar pulak menunjukkan seolah olah dua warga Britian tu langsung tak salah. Memang aku simpati, memang tak patut sampai ke tahap membunuh. Tetapi kita lihat dari sudut yang lain yang memainkan peranan ke arah berlakunya kejadian ini, iaitu alkhohol dan dadah. Bila dua elemen ini bergabung inilah akibatnya. Aku rasa akhbar tempatan patutnya lebih menerangkan cerita sebenar dari mengeluarkan cerita yang memberi simpati lebih kepada 2 warga Britian itu. Semua kita tak nak benda nie jadi, tapi aku berpegang pada prinsip, everything happened for a reason, samada ia akan membawa ke arah kebaikan atau keburukan, itu adalah kita sendiri, penduduk Kuching yang akan menentukan. Kuching adalah tempat yang selamat, itu yang aku pasti...Please control the selling of alchoholics drinks and more preventive on drugs, may be it will bring to a brighter and safer place for Kuching... Dan kepada keluarga mangsa, aku hulurkan rasa simpati kepada mereka...

Tuesday, July 22, 2014

For the moon, the star and the stripes...again

Sekarang nie, aku memang tak sabar nak balik. Perasaan kerja aku dah hilang masa nie, nak balik cuti raya jer. Tapi yang terbaiknya sekarang nie, badan la pulak dah rasa nak demam. Mungkin sebab nie lah kot, perasaan berhari raya tu semakin best sebab di perantauan. Aku juga bersyukur sebab niat aku telah di makbulkan oleh Allah s.w.t. Aku tau, aku belum lagi jadi hambaNya yang terbaik, masih banyak kurang itu ini, tapi nikmatNya, memang aku tak dapat nafikan. Melihatkan apa yang terjadi sekarang nie, dengan nahas terbaru MH17, aku rasa Malaysia sesungguhnya di uji sebagai sebuah negara. Perdana Menteri kita, di uji dengan hebat dengan cabaran ini. Dan ada pulak yang mengatakan ini adalah hukuman atas dosa dosa Najib. Biar aku bagitau, dalam Islam, dosa seseorang tak akan di balas ke atas orang lain, melainkan dia sendiri akan menanggungnya. So sapa yang buat statement bangang macam tu, baik pegi belajar asas asas agama Islam lagi sekali. Ini bukan nya masa nak kutuk, bukan masa nya nak cakap pasal dosa. Ini lah masanya kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersatu, stand as a nation. I say F**K to those only knows in condemning , who only knows that their are right, to those who is being ignorance. Pendapat peribadi, aku rasa Malaysia dah layak gunakan komandonya untuk ambil balik harta Malaysia. Malaysia sudah layak untuk mengangkat senjata untuk menuntut haknya di Ukraine. Malaysia sudah layak untuk putus kan hubungan diplomatik dengan Russia. Seluruh dunia tahu, yang melakukan itu adalah pemberontak yang pro Russia. There’s no need to point any finger, people’s knew. As Malaysian, aku berdiri teguh di belakang pemimpin tertinggi Malaysia. For the moon, the star and the stripes...

Monday, July 14, 2014

Tamatlah sudah

Maka dengan rasminya berakhirlah sudah Piala Dunia 2014 di Brazil. Jerman menjadi juara dengan mengalahkan Argentina dengan jaringan 1-0 , gol yang di jaringkan lewat masa tambahan. Pasukan Jerman kali ini adalah yang terbaik, dari segi penguasaan bola, serangan dan juga kualiti pemain. Dan untuk kesekian kalinya Lionel Messi hampir mendapat peluang untuk membuktikan bahawa dia salah seorang pemain terbaik dunia sekiranya Argentina berjaya mengalahkan Jerman pagi tadi, tapi hajat nya tak kesampaian.

Wednesday, July 9, 2014

Piala Dunia 2014..brazil...

Separuh akhir yang pertama antara Brazil lawan Jerman dah berlalu, semua orang tahu keputusannya. Jerman menang besar 7-1. Aku bukanlah penyokong Brazil, tetap aku bengang satu hal jer. Semua 4 gol Jerman, aku tak sempat nak tengok, sebab aku tengah buat burger untuk aku bersahur. Ada ka patut Brazil tak bagi aku tengok dia orang kena belasah. Aku rasa banyak jugak penyokong Brazil kecewa. Yang pastinya, imej budak yang menangis tengok pasukan dia kena belasah jadi femes ke seluruh dunia. Aku rasa Neymar beli replika palsu jer la lepas nie, sebab dia nak sangat piala tu. Besok pagi Argentina lawan Belanda, aku seorang penyokong Belanda. Jadi tak mustahil perlawanan akhir nanti akan menemukan pasukan Amerika Selatan lawan Eropah atau pertemuan dua gergasi Eropah. Jadi pagi nanti adalah penentuannya. Pagi tadi juga, Miroslav Klose mencatatkan namanya sebagai penjaring terbanyak dalam Piala Dunia dengan 16 gol mengatasi rekod Ronaldo. Persoalannya sekarang, mampukah Lionel Messi mengatasi The Great Klose.? Itupun kalau Argentina mampu ke perlawanan akhir. Ataupun mampukah Robbie Van Persie mengatasi Klose ? A very big question to be answer now. Itu pasal bola, kalau pasal puasa dah masuk 10 hari dah. Puasa di perantauan , aku jadi tukang masak makanan sendiri. Jadi rutin aku sekarang, sebelum balik kerja, surf internet tengok menu. Setakat nie, aku dah masak ikan yu masin masak cili, ikan goreng biasalah kan, sardin kari ( kemestian tiap kali puasa ), nasi goreng kampong stail Sarawak,ayam masak halia, sayur terong, ikan kembong masin dan juga sup ayam. Dalam perancangan sekarang nie, spaghetti, nachos dan juga ayam goreng madu. Semua nie buatkan aku teringat zaman aku belajar dulu.
Kalau dulu , masa aku masuk 18 tahun, aku didedahkan dengan hidup di perantauan, mengajar aku hidup berdikari dan menyediakan aku untuk kehidupan aku selama 20 tahun berikutnya. Dan sekarang pada usia aku mencecah 40 tahun, di mana orang selalu cakap life begin at 40, sekali lagi aku di perantauan, manalah tau menyediakan aku untuk cabaran kehidupan for another 20 years ahead. Wallahualam..hanya Allah yang tahu...

Wednesday, July 2, 2014

Suatu pandangan...

Hari ke 4 dah berpuasa, aku tak boleh nak cakap apa, semenjak puasa bermula, Allah sungguh pemurah dengan nikmatNya. Ipoh sentiasa jer hujan dan sejuk. Mana lagi nikmat Allah yang hendak aku nafikan. Dan hari ini, aku terlupa nak bangun sahur, tetapi Allah gantikan nikmat bersahur yang aku hilang itu dengan menu berbuka yang sangat sedap, iaitu Nasi Arab dengan Kambing. Alhamdulillah, itulah yang aku katakan nikmat Allah itu kita tak akan nampak, jika kita terlepas sesuatu dalam hidup kita, yang pastinya Allah akan gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik. Mungkin orang akan cakap, benda biasa kat bulan puasa orang bagi sedekah. Tapi bagi aku, aku lihatnya dari suatu sudut yang berbeza. Jadi pengajaran yang kita dapat di sini, jika kita bersangka baik dengan Allah, maka yang baik lah kita dapat, dan begitulah sebaliknya. Sesungguh nya Allah maha pemurah dan penyayang kepada semua hambaNya. Alhamdulillah...Allahhu Akbar...

Monday, June 30, 2014

Hari Pertama Puasa in Ipoh...rasanya adalah..

Maka semalam rasminya tamat aku puasa pada hari pertama, di tempat orang. Janggal betul rasanya bila dah biasa berbuka dengan isteri dan anak. Sahur malam pertama, aku makan burger and roti paun jer, ingatkan nak buat telur mata, sekali telur tu dah busuk. Terbantut lah idea... Berbuka a.k.a sungkey, aku beli nasik goreng kampung , yang betul betul berminyak ( write off ), ayam percik yang terbaik aku rasa selepas pasar malam Jalan TAR di KL. Dia punya kuah tuu..memang sedap. Kemudian aku masak kerang rebus. Bila berbuka tu layan jugak makan kerang rebus cecah sos cili.
Satu yang berlainan kali ini, bazar Ramadan nya, aku jumpa makanan yang memang tak akan ada kat Bazar Kuching lah...tapi tak kisah la kan tukar angin. Tapi yang best nya jumpa air Katira, penjual tu cakap minuman nie adalah untuk buang panas. Ala lebih kurang macam Lai Chee Kang Suam la, untuk buangkan panas badan.
Aku jumpa antaranya Kebab Kambing bakar, tapai pulut, ayam percik, ikan pekasam yang memang sedap tu. Kalau ikutkan nafsu serakah, memang aku nak beli semua kan....
Suasana aku berbuka memang lain, sunyi memang sunyi, aku tak dengar suara anak aku yang paling sibuk nak makan apa, nak minum apa, tak dengar suara isteri aku yang akan sibuk nak tanya aku nak makan apa. Dalam aku layan perasaan, aku teringat kembali, masa aku mula join kompeni dulu, sapa sapa yang dah transfer awal, tak kan kena transfer lagi, sebab tu lah aku minta transfer pegi Sri Aman dulu untuk 2 tahun setengah. Sebab aku tak nak transfer bila aku dah kahwin. Tetapi persoalannya sekarang kenapa lak aku kena transfer lagi sekali untuk kali kedua. Kenapa kompeni tak hantar orang yangbelum lagi keluar dari comfort zone masing masing. Aku cuma sabar dan tengok dari sudut positf jer, harap semua nie akan membawa kebaikan bagi aku. Memang aku suka pergi tengok tempat orang, tapi bila aku ada seorang anak yang terbaik dari Allah, yang selalu tanya macam macam kat aku, yang aku perlu bimbing untuk jadi manusia dan hamba Allah yang baik...pada masa itu aku sedar yang aku mesti ada bersama dengan dia untuk beri tunjuk ajar..semoga aklu akan kembali dengan segera bersama mereka...insya Allah..

Friday, June 27, 2014

Ramadan is coming...

Itulah yang dikatakan rahmat Allah s.w.t menjelang Ramadan. Minggu ke 4 kat Ipoh, aku cuma temui hujan pada malam dan petang hari masa aku sampai dulu, 2 hari yang pertama, selepas itu takda lagi hujan. Aku tidak pernah mengeluh, sebab semua nya itu adalah kehendakNya. Dan malam tadi, malam Jumaat yang mulia, dan juga di pagi Jumaat , pada hari penghulu segala hari, Allah turunkan hujan untuk menyejukkan suasana, betul betul sehari saja lagi nak berpuasa. Maka terbuktilah kata kata Allah dalam surah ar-Rahman, ayat 13 yang berbunyi :
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan 55:13)
Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
Jadi cuaca yang panas kat Ipoh nie, memang sesuai benar dengan pengertian Ramadan, bukan sahaja di Ipoh, aku rasa di Kuching pun sama di sebabkan oleh fenomena al-Nino. Semakin tinggilah nilai puasa seseorang dengan cabaran cuaca sebegini..wallahulam. Dan hari Sabtu nanti, akan bermula lah solat Tarawih. Mungkin aku tak mampu nok buat sampai habis, cuma mampu berdoa semoga Allah akan permudahkan untuk aku.
Semestinya aku amat bersyukur kerana di panjangkan usia untuk bertemu Ramadan pada kali ini. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam...semoga Ramadan kali ini penuh berkat dan puasa kita akan bertambah nilainya ...

Monday, June 23, 2014

Bola, Bowling dan Bulan....

Satu lagi persembahan menarik dari pasukan bolasepak USA, pada perlawanan pagi tadi mereka seri 2-2 dengan Portugal. Hampir lagi memalukan Portugal, di mana Portugal hanya mampu menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir masa tambahan selepas tamat 90 minit. Nampak gayanya pasukan USA tidak boleh di pandang enteng. Tidak dinafikan mereka bagus dari segi tactikal, dengan jurulatih yang bagus, Jurgen Klinnsman. Mungkin sesuatu yang tidak mustahil jika mereka mampu meneruskan perlawanan cabaran hingga perlawanan akhir Piala Dunia. Dan dalam sibuk Piala Dunia, Hospital Ipoh bahagian admin menganjurkan satu pertandingan main bowling untuk unit admin & pengurusan. Alhamdulillah , aku dapat tempat ketiga, walau sebenarnya ada 3 yang dapat markah sama, tapi aku kalah dalam balingan syiling untuk tentukan tempat kedua. Aku tak kisah la sangat, aku bangga sebab dapat bantu unit IT dapat salah satu top three. I’m giving my best. Dapat hadiah cerek elektrik jer, tapi ok lah kan daripada tak dapat apa-apa. Apa apa pun ia merapatkan hubungan aku dengan mereka, boleh dikatakan ice breaker la.
Allah berfirman (yang artinya), “Hai orang-orang yang beriman telah diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa” (QS Al Baqarah 183)
Dan hujung minggu nie, akan tibalah Ramadan dan seluruh umat Islam akan memulakan ibadah puasa. Dan selepas 11 tahun, aku kembali menjalankan ibadah puasa seorang diri, tanpa isteri dan anak yang ada kat Kuching sana. Pastinya, feeling tu lain sikit, semua aku akan buat sendiri, sediakan lauk berbuka, untuk bersahur. Aku dah buat semua nie tapi yang buat nya lain, masa tu aku bujang trang tang tang...sekarang nie status lain. Dan cabaran berpuasa di Ipoh akan jadi berlainan... Aku bersyukur usiaku di panjangkan untuk bertemi Ramadan sekali lagi, semoga di panjangkan usiaku pada Ramadan ini, semoga aku akan berjaya menamatkan puasaku pada tahun ini dengan cabaran yang berbeza...

Friday, June 20, 2014

England oh England...

Keputusan perlawanan bolasepak Piala Dunia pagi antara England lawan Uruguay pun mengejutkan aku. Paling kurang aku ingat akan seri jer, tapi sebaliknya dah berlaku. Dan pemusnah nya adalah Luiz Suarez. Selepas mencemaskan dan memusnahkan gawang gol di Liga England, sekarang Luiz Suarez dengan kehebatannya memusnahkan pulak pasukan kebangsaan England. Jadi, persoalan nya, macam mana agaknya nanti penerimaan penyokong Liverpool dan penonton penonton di Englang bila Liga Premier English kelak bermula ? Peluang England masih ada sekiranya Itali mengalahkan Uruguay & Costa Rica , jadi perbezaan gol akan jadi penentu. Aku masih berharap ada harapan untuk England. Bagi aku banyak keputusan yang di luar jangkaan berlaku dalam Piala Dunia 2014 ini, ada beberapa keputusan mengejut berlaku. Jadi persoalannya sekarang, akan berlakukah perlawanan akhir Piala Dunia 2014 dengan 2 pasukan yang tidak di letakkan harapan akan bermain pada final ? Aku harap, diaorang kat sana jangan jadi bodoh lah pulak lepas nie, suruh penyu buat keputusan atau sotong..what the heck kan...

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...