Tuesday, February 26, 2013

Blog aku dah 5 tahun

Siapa sangka, umur blog aku nie dah masuk 5 tahun dah. 2 Februari yang lepas adalah ulang tahun blog aku. Mula2 dulu, aku terima macam2 komen dari orang sekeliling aku, ada yang cakap cuma akan hangat2 tahi ayam, ada yang cakap aku cuma ikut trend ( time aku buat blog nie orang sibuk dok buat blog, kira tengah in la masa tu ), ada yang tanya kat aku ada ke bakat nak menulis? Macam2 la aku cakap. Tapi yang aku tau, semenjak kick start tulis blog nie, aku tak pernah toleh ke belakang. Full speed a head. Yang best nya ada blog nie ( pendapat peribadi ok ),level of tension aku berkurangan. Kalau meter tension naik, tak der tempat nak let go some stim, so I write in my blog. Sapa tau kan, blog aku nie akan berterusan sampai aku jadi warga emas…in sha Allah. Yang aku suka sangat tapi bini aku bengang tahap gaban adalah nama blog aku. Bini aku cakap aku perasan jadi orang Itali tapi bagi aku tidak, bagi aku itu lah cara aku menghargai nama aku yang agak unik yang lain2 mamat melayu tak der, kira nya boleh lah aku aku cakap macam nie kat diaorang…Ko ader?????? Hehehehehe..tapi taklah sampai macam tu sekali, itu bukan aku punya perangai. Mana la tahu kan, mungkin satu hari nanti aku boleh trademark kan nama blog aku nie…aku cakap kat bini aku, kalau aku dah bersara nanti aku nak bukak café, namanya pulak mungkin Malay with Italian Nama : The Café…bini aku terus cakap in my dream sambil jelir lidah hahahahahha…well aku cakap balik kat dia, mungkin kalau di izinkan oleh Allah..amin.

Saturday, February 23, 2013

Macam itu ka...?

Sekali lagi Sarawak menang dalam perlawanan Liga Perdana malam tadi. Menang bergaya mengalahkan pasukan yang di gelar Manchester City Malaysia iaitu Johor FA dengan jaringan 3-2. Agak bertuah musim nie, Jospeh Kalang Tie bermain untuk Sarawak, sirih pulang ke gagang kata orang. Seorang midfielder yang baik. Dengan kemenganan ini, Sarawak terus mengekalkan rekod tanpa kalahnya. Harapan aku semoga prestasi berjaya di kekalkan sehingga ke akhir musim. Agak melucukan bagi aku bila terkenangkan satu peristiwa, yang membuatkan aku tergelak sorang diri dan macam mana reaksi seseorang bila konsep mereka tidak dapat di terima oleh orang lain. Dengan mudah pulak mengatakan sesorang itu sombong hanya kerana orang lain tak dapat menerima konsep mereka. Tidak semestinya jika seseorang itu enggan menerima seseorang luar yang tidak dikenali , boleh terus digelar sombong. Bagi aku sesetengah orang tidak sukar privacy mereka di ganggu. Tidak mudah untuk menerima seorang luar tanpa di kenali secara mendalam sebagai tetamu. Aku hormat dengan orang dengan pendirian begitu kerana hak mereka dan tidak sewajarya di gelar sombong berdasarkan pendirian berikut. Disebabkan sering membuat perjalanan jauh , tidak semestinya seseorang itu lalu berhak menggelarkan diri mereka pakar atau tahu apa hendak di buat, jadi orang perlu ikut nasihat dia , itu dan ini. Aku percaya pada prinsip, tiap seseorang itu ada gaya dan cara pendekatan diri masing2 dalam menghadapi sesuatu perkara. Kita kena hormat dengan prinsip dan pendapat orang lain. Kesimpulannya, tidak semestinya dengan tidak mengikut cara seseorang itu yang dikatakan berpengalaman menyebabkan kita tidak dapat mencapai apa yang di kehendaki. Lain padang lain belalangnya kan..so tolak ansur lah…don’t jump to conclusion…adios miskin kot ?

Wednesday, February 20, 2013

Tengok nie...aaa sini, my new button...so follow me at webstagram muahahahahahahhaa....

Tuesday, February 19, 2013

Renungan untuk aku

Sepatutnya hari , aku sudah bergerak ke Long Lama Miri. Dan sepatutnya aku akan berada di sana untuk 5 hari. Tapi nasib baik di batalkan. Biasala kan program last minute macam nie memang susah nak jalan. Lokasi ke tempat itu sendiri cukup mencabar, namanya saja sudah menggambarkan perjalanan nya, Long Lama hehehehe…dah lah Long , lama pulak tu. May be Tuhan tak bagi aku pergi sebab bini aku tengah demam sekarang nie, kalau aku pergi sapa pulak nak tolong hantarkan anak aku pergi sekolah ? memang lah Allah is the best planner. Syukran jaziran … Kebelakangan nie aku terganggu dengan berita orang2 yang sakit, abang aku 2 orang kat Kuching nie pun sakit, sorang kencing manis, terok jugak, dah ilang 3 jari kena potong, abang aku yang tua kena stroke, dan sekarang nie risau jugak memikirkan kawan aku yang masih lagi koma semenjak 2 minggu yang lalu selepas buat pembedahan buang tumor kat kepala. Kawan yang sama membesar di sekolah, main sama2, cukup je lah..nak melawat jauh, dia kena admit kat Hospital Sungai Buloh. Jadi penghubung buat masa ini cuma beberapa kawan sekelas yang ada kat semenanjung. Seorang pulak kawan aku sekarang nie, kena buat cucian darah 3 hari sekali ( kalau tak silap) di hospital sebab sakit buah pinggang. Melihatkan semua benda nie buatkan aku semakin rasa bersyukur atas kesihatan yang baik yang Allah kurniakan kat aku. Aku tak der ayat nak aku gunakan yang dapat gambarkan kesyukuran aku padaNya. Yelah kalau ikutkan masa muda2 dulu, aku yang lebih nakal sedikit daripada dia orang semua, Tuhan tunjuk kat aku contoh2 yang amat baik, dan mengingatkan kepada aku supaya sentiasa bersyukur dan jangan lupa kat Dia dan jangan nak lebih2 sangat kalau enjoy tu. Walaupun aku dah kena masuk ICU dek kerana darah tinggi, sekarang nie aku tengah kawal, aku tetap bersyukur sebab masih boleh dapat buat benda yang aku suka, makan yang aku suka, apa je lah yang aku suka…again syukran jaziran. So, secara kesimpulannya, kesihatan itu amat berharga, sangat mahal kalau nak di bandingkan dengan Rolex, sangat mahal kalau nak di bandingkan dengan Ferrari apatah lagi kereta Viva Perodua. Dan sesungguhnya Allah telah nyatakan dalam al Quran yang manusia adalah sebaik2 kejadian yang pernah Dia cipta, dan dari itu juga aku dapat kesimpulan bahawa manusia tak akan sakit kalau sentiasa bersederhana dan mengikut apa yang termaktub dalam al Quran, sebab penyakit2 seperti sakit darah tinggi dan kencing manis terjadi bila manusia mula berlebihan. Sakit jantung jadi bila kita tak buat maintenance, untuk jantung kita cuma perlu bersenam, untuk buah pinggang minum air putih, senang nanti dia nak proses, kalau aku senaraikan memang takkan cukup. Seperti aku beri peringatan pada orang, aku juga kena mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersederhana. Well walaupun kadang2 aku nak juga berlebihan hahahahaha sebab aku cuma manusia biasa……adios until next post.

Tuesday, February 12, 2013

Cuti & Cabaran

Wow..what a busy week for me. Alhamdulillah aku dah selamat lah bercuti. Memang best lah Sabah, seronok banget cuti lepas berapa tahun aku tak pegi bercuti. Bersantai di pantai jauh dari kesibukan kota di Nexus Karambunai Resort selama 2 hari betul2 melegakan aku. Release semua tensen aku. Aku ambik kesempatan bermain di pantai la ..cantik pantai nya. Then for the next 3 days nya pulak aku di bandar Kota Kinabalu. Nanti lah aku citerkan dengan penuh details. Balik Kuching, 2 ari kemudian nya pulak aku kena berita tak baik, abang aku yang tua kenak serang angin ahmar. Aduhai sayang nya Allah kat aku, Dia bagi ujian kecik2 yang aku rasakan amat besar buat aku. So, untuk 2 malam nya aku berjaga kat Hospital Umum Sarawak, jaga abang aku. Adik mana yang tak sayang abang wooo….dia hilang kebolehan bercakap, dan aku jugak bersyukur dia kena serangan ahmar yang paling ringan, bukan yang jenis berdarah otak tu. Syukur Alhamdulillah… Dan sekarang nie, aku dengan adik beradik aku kena tolong abang aku yang sorang nie….banyak kerja tapi aku okay semua tu…Cuma doakan abang aku cepat sembuh ….adios

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...