Sunday, May 19, 2013

Darah yang di derma

Akhirnya aku berjaya jugak untuk menderma darah ku hehehehe…dulu masa aku kat Lawas tak lepas sebab BP aku tinggi. Mungkin orang tak paham kenapa aku seronok sangat bila berjaya derma darah. aku susah nak cakap tapi, tiap kali lepas derma darah, badan aku rasa best semacam jer, di samping kepuasan dapat membantu orang lain dalam cara yang aku termampu. Kita tak akan tahu bila ia akan membantu orang lain tapi aku cukup gembira. Dengan setiap saat aku kena menjaga BP aku, sebab aku sendiri ada Hypertension, so bila aku berjaya menjaga BP aku untuk membolehkan aku menderma darah, kepuasan muncul di situ. Aku harap anak aku juga akan mengikut jejak langkah aku, suka menderma darah, atau dalam erti kata lain suka membantu orang sejajar dengan ajaran Islam dan cara hidup Nabi Muhammad s.a.w yang suka membantu orang lain. Aku harap dia akan mengerti yang setiap kebaikan yang dia lakukan akan mendapat ganjaran dari Allah.

Tuesday, May 14, 2013

Aku dan PRU13

Kita baru saja habis memilih kerajaan yang baru. Keputusan telah pun diketahui. Banyak tentangan mengenai keputusan pilihan raya ini dari PR terutamanya dari PKR. Perhimpunan rakyat bagi aku, sesuatu yang kita kena lihat, tapi kita juga kena lihat hasil yang kita dapat dari perhimpunan besar macam tu. Aku bersetuju dengan kenyataan orang nombor dua PKR, daripada demonstrasi jalanan lebih baik buat bantahan di mahkamah dan kemukakan semua bukti yang ada. Penangkapan rakyat Malaysia di Singapura juga memalukan. Tak malu ka buat huru hara kat tempat orang. Tapi ini lah kehidupan manusia yang tak pernah puas, manusia yang tidak dapat menerima hakikat. Aku suka dengan cara PAS, menerima dengan hati terbuka. Allah belum izinkan mereka. Sesungguhnya mereka pasti dengan ketentuan Allah yang menentukan hidup dan hala tuju kehidupan manusia keseluruhan nya. Bila Allah hendak member kuasa kepada yang Dia kehendaki, siapalah kita hendak menentangnya. Dari hal ini juga aku melihat kepada kehidupan aku sendiri, Allah ingin tunjukkan kepada aku sesuatu. Aku tahu aku suka mengatakan sesuatu dengan benar, dan kadang kadang kebenaran itu jugalah yang amat sukar untuk di telan oleh kita sekalian walaupun kita tahu kebenarannya. Juga amat menyakitkan kadang kadang bila kita seolah olah tidak wujud langsung di kalangan orang yang kita panggil kawan, orang yang kita anggap sama memperjuangkan sesuatu tapi pandangan dan sumbangan dari kita seolah ibarat menuang air di daun keladi. Mengaku kalah sebelum berjuang. Aku bukan nya macam itu, kalah sebelum berjuang bukan falsafah hidup aku. Aku selalu ambil sikap tidak ambil pusing dengan kata kata orang tetapi untuk pertama kali nya aku tertewas dengan kata kata orang. Kesalahan yang kecil bagi ku terlalu besar untuk orang lain. Aku seorang yang positif dan untuk pertama kalinya aku mengambil satu langkah negative untuk diri aku sendiri, untuk kepentingan aku sendiri. Bini aku sokong aku 100%, dia tahu apa yang aku buat. Berbalik kepada PRU13 secara kesimpulannya, dari keputusan pilihanraya PRU13 dan tindakan penyokong PKR membuat demontrasi di dalam & luar Negara telah menghilangkan imej Negara aman, imej Negara yang tiada demonstrasi jalanan..tapi itu lah yang di mahukan oleh Anwar…Chaos…huru hara…bukan kan Anwar seorang Islam? dan kalau dah ada semua bukti bukti itu kenapa tak bawa ke mahkamah?Fikir2 lah…

Thursday, May 2, 2013

Anniversary...

Sesungguhnya tanpa aku sedar dah 10 tahun dah aku kahwin. Esok adalah ulang tahun ke 10 perkahwinan aku yang mana untuk pertama kalinya aku akan sambut seorang diri. Perkahwinan yang banyak mengajar aku tentang kehidupan dan perkongsian. Hahahahaha aku bermadah pulak tapi itu adalah realitinya. Bagaimana aku berevolusi dari seorang budak menjadi lelaki untuk membuat keputusan tentang hidup, walaupun ada turun naiknya, tapi itulah asam garam rumahtangga. Kalau ada yang belum kahwin baca blog aku nie, aku ada satu nasihat. Jodoh kita akan bertentangan dengan apa yang kita mahukan. Kalau kita mahukan yang cantik mungkin kita dapat yang tak cantik, nak besar dapat kecik, nak lembut dapat keras, tapi itulah yang menjadikan satu pasangan itu pasangan yang ideal. Bagi aku tak akan ada pasangan sempurna atau perfect couple. Allah telah aturkan untuk kita sesuatu yang kita tidak nampak dan sesungguhnya Dia maha mengetahui. Maka dari jodoh itu kita akan dapat sesuatu yang bertentangan yang membuatkan nya menjadi satu kesempurnaan. Perkahwinan memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi, kalau kurang sabar mungkin akan jadi lah kes2 cerai berai, kes suami pukul isteri. Berkahwin bukan nya satu frasa yang sama dengan waktu kita sesi kenal mengenal atau masa bercinta lebih mudah orang Sarawak cakap bergerek. Ia adalah satu frasa yang berlainan memerlukan kesabaran dan tolak ansur yang tinggi, terutamanya kalau kena kalau salah satu pasangan kita seorang yang tidak suka beralah. Tapi apa yang pasti bila kita berada di satu persimpangan, di situlah peranan pasangan kita untuk membantu kita memilih dan berada di simpang yang betul. Jadi , kalau bini aku terbaca blog aku nie, selamat hari ulang tahun ke 10, semoga ia akan lebih panjang lagi dan akan lebih penuh lagi dengan pengembaraan dan kisah kisah lucu dari Nur Aleeya Najwa. Adios…