Wednesday, March 6, 2013

Daulat Malaysia

Korang minat dengan phone OS? Yang jenis open source ? aku memang dalam kategori follow benda2 macam nie. Dengan perkembangan terkini OS tepon pintar nie, akan wujud 2 lagi open source OS yang akan berlawan dengan Android. Satu akan di terajui oleh Samsung, iaitu Tizen ( nie yang kedua selepas kegagalan OS Badaa ) dan satu lagi OS dari Mozilla, Firefox OS, juga untuk tepon pintar. Aku still follow perkembangan 2 OS nie, yang pastinya ia akan memberi banyak pilihan kepada para pengguna macam kita nie.. Tadi tu cuma mukadimah jer, sebenarnya aku nak berkomen pasal pencerobohan yang berlaku kat Sabah sekarang nie. Semalam masa tengok berita, aku marah betol bila tengok tunjuk perasaan yang berlaku kat depan kedutaan Malaysia di Manila. Penunjuk perasaan tu tak baca suratkhabar kat tempat dia orang ka ? sukati jer nak tuduh kerajaan Malaysia tak buat usaha nak settle benda tu secara aman. Ambik sedap je kutuk. Siap pulak yang bini Sultan Kiram tu cakap, Allah tak suka apa yang kerajaan Malaysia buat bila serang penceroboh tu. Kalau bercakap dari sudut agama, kalau bini Sultan Kiram tu tak tau, Allah sendiri benci kepada penceroboh, dinyatakan dalam Al Quran Allah suruh perangi penceroboh. Dan siapa pulak dia nak cakap Allah tak suka dan suka. Kalau isteri Sultan Kiram tu nak tau, Malaysia nie Negara Islam, saudara seagama dengan dia, kenapa pulak nak buat huru hara ? Kalau nak cakap tu, tengok2 lah kiri kanan, jangan ambik cakap je…kalau betol Sabah tu hak dia orang, kenapa bila Sabah dulu dalam masa susah , kenapa masa buat Cobold survey dulu dia orang tak bangkang. Tak sedar kah dia yang nenek moyang dia dah serah kan Sabah tu kepada pihak British. Sedar2 lah wahai Sultan Kiram…bak kata kawan aku , muka dia langsung tak mencerminkan wajah seorang Sultan, macam orang kerja kontrak jer… Sekarang nie , MNLF pula cakap kalau serang Askar Diraja Sulu ( kononnya ), dia orang pun akan serang Sabah. Kurang ajar betol MNLF dan Nur Misuari, dasar manusia tak kenang budi, Malaysia bagi madu, dia balas dengan racun. Semoga Allah membalas kepada golongan munafik macam dia orang nie ( nie komen dah tahap marah ..). Apa2 aku tak hak untuk menghukum sapa2 pun, Cuma Allah yang layak selayaknya… Aku tak suka benda ganas2 nie, tapi aku sanggup tentang mereka yang suka buat kacau kat tempat aku. Semoga Allah lindungi semua askar & polis yang sedang berjuang di sana. Amin…

2 comments:

khairul onggon said...

Setuju ngan entry ni tuan :)

Uncle Seven said...

hahahaha...terima kasih

Perjalananku ke Pulau Pinang

Assalamualaikum… salam sejahtera. Apa khabar semua? Semalam baru jer keputusan SPM keluar, tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang, ya...