Saturday, February 23, 2013

Macam itu ka...?

Sekali lagi Sarawak menang dalam perlawanan Liga Perdana malam tadi. Menang bergaya mengalahkan pasukan yang di gelar Manchester City Malaysia iaitu Johor FA dengan jaringan 3-2. Agak bertuah musim nie, Jospeh Kalang Tie bermain untuk Sarawak, sirih pulang ke gagang kata orang. Seorang midfielder yang baik. Dengan kemenganan ini, Sarawak terus mengekalkan rekod tanpa kalahnya. Harapan aku semoga prestasi berjaya di kekalkan sehingga ke akhir musim. Agak melucukan bagi aku bila terkenangkan satu peristiwa, yang membuatkan aku tergelak sorang diri dan macam mana reaksi seseorang bila konsep mereka tidak dapat di terima oleh orang lain. Dengan mudah pulak mengatakan sesorang itu sombong hanya kerana orang lain tak dapat menerima konsep mereka. Tidak semestinya jika seseorang itu enggan menerima seseorang luar yang tidak dikenali , boleh terus digelar sombong. Bagi aku sesetengah orang tidak sukar privacy mereka di ganggu. Tidak mudah untuk menerima seorang luar tanpa di kenali secara mendalam sebagai tetamu. Aku hormat dengan orang dengan pendirian begitu kerana hak mereka dan tidak sewajarya di gelar sombong berdasarkan pendirian berikut. Disebabkan sering membuat perjalanan jauh , tidak semestinya seseorang itu lalu berhak menggelarkan diri mereka pakar atau tahu apa hendak di buat, jadi orang perlu ikut nasihat dia , itu dan ini. Aku percaya pada prinsip, tiap seseorang itu ada gaya dan cara pendekatan diri masing2 dalam menghadapi sesuatu perkara. Kita kena hormat dengan prinsip dan pendapat orang lain. Kesimpulannya, tidak semestinya dengan tidak mengikut cara seseorang itu yang dikatakan berpengalaman menyebabkan kita tidak dapat mencapai apa yang di kehendaki. Lain padang lain belalangnya kan..so tolak ansur lah…don’t jump to conclusion…adios miskin kot ?

No comments:

Perjalananku ke Pulau Pinang

Assalamualaikum… salam sejahtera. Apa khabar semua? Semalam baru jer keputusan SPM keluar, tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang, ya...