Monday, January 21, 2013

This is my year..

Cepat betul masa berlalu, sedar2 hari nie dah 21 hari kita dalam tahun 2013. Memang cepat. Hari sabtu lepas, hari jadi anak aku yang ke 6. Pun dah semakin membesar dah anak dara aku yang sorang nie. Yang best nya tahun nie, aku rasa ianya adalah tahun aku. Pertama sekali, tahun nie 2013, sama dengan tarikh lahir aku ada angka yang sama, manakala untuk tahun Hijrah pun ada kaitan dengan aku, no henpon aku di terbalik kan 1434. Fuhhh ..seronok jugak kan. Tapi itulah yang aku buat bila tengah boring2 macam nie. Orang cakap Monday blues, nak buat kerja semuanya rasa malas. Minggu depan lak, aku akan pergi bercuti. Lamanya aku tak pergi bercuti..gelorat asa nyawa kata orang Sarawak. A very wonderful 1 week holday dengan family aku. So, aku kena prepare mind aku, tak boley pikir pasal kerja..focus utama bila masuk minggu depan adalah cuti. Tahun nie, Sarawak bermain agak baik dalam Liga Perdana, aku harap persembahan mereka semua akan berkekalan sehingga akhir musim, dapat lah naik lagi Liga Primier kan. Pemain import Sarawak time nie memang tengah in form, Ivan Babic sekali dengan Bobby Gonzales. Last season Sarawak takder striker . Ngap sayot lah tahun nie…. Hari khamis nie pulak Maulud Nabi, selawat kita semua ke atas Nabi junjungan kita. Truly he is my idol, semoga Allah akan perkenankan aku supaya berakhlak seperti nya. Insya Allah…sesungguhnya yang baik itu semuanya dari Allah..

Monday, January 14, 2013

Mi Brunei...

Selepas mendengar nya beberapa kali, akhirnya aku berpeluang untuk merasa sendiri makanan yang di gembar gemburkan oleh isteri ku ini, Mi Brunei. Mi ni di buat dari mi kuning, kuah nya sup berwarna hitam, dengan rasa yang manis. Tapi ianya disertakan sekali dengan cili. Mula mula bila aku rasa kuah mi nie, memang tak best di sebabkan manis. So bini aku cakap, cili tu hendaklah di campurkan sekali. Pada masa tu baru aku dapat rasa yang berlawan manis serta pedas yang betul betul membangkitkan selera. Layan wa cakap lu mi nie. Harga semangkuk RM5, kalau nak carik pegilah kat kantin muzuim Tun Abdul Razak. Kedudukan kantin agak tersembunyi . Terus terang aku cakap memang berbaloi makan mi nie.
Selamat mencuba.

Saturday, January 12, 2013

Lepas geram

Well…tiap sesuatu itu ada batasannya. Dan batasan kesabaran aku hari ini baru jer terlepas. Kita tau semua kita kena jaga booth kat agenda DBKU tu, masa boss ada korang semua tunjuk muka jaga booth, siap senyum manis coba promote itu & ini, tapi bila bos hilang korang semua hilang, korang semua hilang sampai tinggal aku sorang kena jaga booth. Nasib baik kawan aku kameraman tu ada, kalau tak naya aku. Bagi aku sudah cukup lah perangai macam tu, perangai korang tu buat kompeni hilang peluang nak perkenalkan barang baru.Mungkin pelanggan. So bila boss dua dua tu datang aku terus report apa yang terjadi. Aku bukan nak kipas sapa2 tapi cukup cukup lah aku rasa. Sesungguh nya mereka semua nya bermuka muka bila boss ada, bull shit u….korang semua do bayar lebih dari aku kenapa pulak aku perlu buat kerja lebih..mungkin masa untuk aku berdiam diri dah abis dah. Mungkin masa untuk aku bertindak sekarang, kalau tak…entah lah…..now puas dah hati aku.

Friday, January 11, 2013

Wanita zaman sekarang...memang hebat

Pertama sekali aku nak ucapkan salam Jumaat. Dekat pejabat aku sekarang nie, Wisma Bapa Malaysia tangah havoc dengan acara Agenda DBKU yang akan berlangsung selama 3 hari. Kalau tak silap hari terakhir akan ada persembahan dari kumpulan Azlan & The Typewriter. Aku mula2 memang tak ada rancangan lah nak update blog aku pada hari ini, tetapi suatu tajuk akhbar dalam Harian Metro hari ini yang buat aku terpanggil nak update. Well, sharing is caring kan …. Berita yang aku baca nie kat bahagian global, berlaku kat Thailand, kisah nya 2 orang wanita ditangkap kat lapangan terbang Thailand sebab seludup 3000 pil syabu dalam kemaluan. Mungkin kurang jelas kan , so aku ulangi sekali lagi “ 3000 biji pil syabu dalam kemaluan “ …walauwehh…kalau korang imiginasi tinggi macam aku kan ( hahahahahaha…. ), korang bayangkan betapa besarnya lubang kemaluan 2 perempuan nie sampai boleh sorok 1500 biji pil tu sorang dalam kemaluan…fuhhhhh. Memang loose tahap gaban…entah2 apa lagi yang dapat masuk dalam tu kan hahahahahhaa…. Memang aku respek giler minah 2 orang nie, mereka berjaya memikirkan fungsi tambahan untuk benda alah tu selain untuk seks dan beranak. Hebat kaum wanita nie…wanita zaman moden la katakan.. Aku harap kaum wanita yang terbaca blog aku nie tak ambik hati sangat, baca dengan fikiran terbuka. Bukan bermaksud merendahkan mereka, sebaliknya aku salute kaum wanita nie..so jangan salah anggap dengan isi blog nie. Assalamualaikum…

Thursday, January 3, 2013

A True Malaysian Hero...

Sarawak di kejutkan dengan pemergian Kanang anak Langkau. A Malaysian Hero . A big salute to him. A real life Rambo, bagi aku lah. Aku tak dapat nak cakap banyak sebab aku tak tahu sangat cerita pasal Kanang tapi dia masih seorang hero, yang layak di sanjung kerana keberanian nya. Antara orang yang kalau di taip namanya , akan muncul kat Wikipedia. A big salute to a true Malaysian Hero.

Wednesday, January 2, 2013

Selamat tahun baru 2013..first blog update of the year

Selamat tahun baru 2013 kepada semua blogger, orang yang terbaca blog nie, juga kepada follower yang setia. Di harap tahun ini akan membawa kejayaan yang lebih kepada semua. Aku tak celebrate tahun baru, aku biasa2 jer dudok kat rumah. Makan makan kat rumah abang aku yang buat barbeque sempena kejayaan anaknya yan dapat straight A dalam PMR baru2 nie. Aku pun tumpang syok juga tengok resukt anak2 buah yang best2. Cuma sikit berita yang tak best, boss aku yang buat appraisal bagi markah yang mengecewakan. Bagi aku, boss aku, tempat aku melaporkan diri di kompeni aku tu, tidak dapat kenal antara pekerja yang pro aktif dan yang berlagak pandai atau nak nak jadi boss. Yelah apa nak buat kan, bagi aku , aku tak hormat langsung dengan manusia yang seperti tu. Kalau dia seorang pekerja biasa, aku takkan bagi muka langsung. My respect is only due to his post not the person himself. Aku dah tengok banyak dah, orang2 seperti tu, bila dah tak bekerja langsung tidak dipedulikan langsung. Sebab bagi sesetengah orang, mereka tidak layak di kenang , dan aku pun termasuk dalam golongan mereka yang tak akan mengenang mereka. Setengah boss memang layak dikenang sampai bila2. Cukuplah dengan cerita pasal boss nie. Aku tak nak lah apa yang terjadi nie mengganggu aku dalam pekerjaan aku. Kalau aku layan, memang demotivated gila la semangat aku ni. Tapi aku yakin what comes around goes around, when it’s time they will got what they deserves. Allah is great.