Monday, May 14, 2012

Last game of the EPL 2011/2012

Wow semalam memang satu malam yang amat menyeramkan. Apa tidaknya malam penentuan juara Liga Inggeris antara Manchester City dan Manchester United. Perlawanan antara Man City dan QPR aku rasa yang paling menarik, dengan QPR di ambang kemenangan yang amat bersejarah di Stadium Etihad Manchester City. Untuk makluman Man City belum pernah kalah di tempat sendiri semenjak tahun 2010, dan rekod itu hampir padam pada malam semalam yang boleh menyebabkan mereka kehilangan gelaran sebagai Juara Liga EPL. Tapi, memang betul pepatah bola itu bulat dan apa2 boleh jadi, and it happened at the very last minit, bila Man City Berjaya menjaringkan 2 gol dalam masa kecederaan dan membuatkan MU putih mata…jaringan dari Edzin Dzenko and Sergia Huero. Aku patut jugak salute to QPR , pasukan Tony Fernandez atas semangat melawan yang jitu dan hampir membuat Man City berputih mata. Dan keputusan semalam merupakan satu mimpi ngeri kepada Sir Alex Ferguson sebab kalah atas perbezaan gol. Dan untuk team aku sendiri, Liverpool, apa aku boleh kata..memang satu musim yang amat burok sekali. Cuma piala liga jer pengubat luka. Semalam kalah la pulak dengan Swaansea..entah apa2 lah. Tapi aku tetap menjadi penyokong setia, Liverpool ..YNWA.

Saturday, May 12, 2012

Satu petang Sabtu

Hari ini , buat pertama kali nya, anak aku ikut serta pertandingan mewarna kat Waterfront, Kuching, sempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Pebendaharaan Sarawak. Well, nampaknya memang ada bakat jugak anak aku, dia dapat tempat kedua dalam pertandingan mewarna, first time luck kata orang..
Takde lain aku nak kata, tahniah Nur Aleeya...proud of you...

Friday, May 11, 2012

Aku dah tidor dah tadi tapi terjaga balik di sebabkan oleh mimpi aku……pehhhhh…inilah first time aku update blog aku pukol 2 pagi. Pasal mimpi aku, aku termimpi kan mak saudara aku yang sedang sakit, aku tenampak la dia nie menangis2 dalam kesedihan kerana tak di pedulikan oleh anak-anak nya sendiri. Dan dia meninggal keseorangan. Bila sampai part meninggal tu aku terus terjaga dari tidur…sampai ni kan belum kagi dapat tidor balik sebab terkejut tadi.. Aku pun bingkas bangun ambik handphone, ingatkan nak tepon terus ke kampung tapi takut la pulak abang aku marah pasal telepon tengah malam….tapi memang tidak sedap hati lah dengan mimpiku itu…. <

Wednesday, May 9, 2012

Budi pekerti

Menang la pulak team aku malam tadi…Liverpool beat Chelsea 4-1, memang tak der nasib sangat lah masa final Piala FA 2012 ari tu, memang2 nasib Chelsea menang ari tu. Teringat aku pasal perbualan dengan rakan sekerja aku, betapa pentingnya “PR” or public relation bila berurusan dengan orang ramai. A simple switch of language pun boleh menukarkan yang buruk jadi yang baik. Sebagai contohnya kalau kita cakap customer tu komplen, kenapa kita tak cakap in the other way , customer tu komen…haaaa bukan kah menjadi manis jadi nya betul tak… Selalu aku dok perati dalam masa aku kerja, bila customer ada telepon, cakap nak sesuatu mesti aku perasan yang orang jawab panggilan tu akan cakap “ boleh telefon nombor nie tak ?”….Apa kes bro…apa salah nya ko cakap “ Saya ambik pesan, nanti saya sampaikan…”…tak ke manis nya kita buat macam tu kan… We Malaysia lah sepatutnya yang paling berbudi pekerti mulia…tapi hampehhhh..semua tu dah gone dah dek kerana BERSIH 3.0 …..ada kaitan …? Adios

Tuesday, May 8, 2012

Selipar Jepun vs Flip Flop

Masa aku kecik2 dulu, orang panggil selipar jepun. Memang femes la, especially time nak pegi surau. Macam2 brand yang akan jual kan.Antaranya ialah :
Antara fungsi selipar jepun time aku dulu, main segitiga :
jenama yang femes
Sekarang nie, pada abad yang serba moden dan canggih, selipar jepun dah kena buat rebranding. Semua kita sebut selipar jepun sebagai flip flop. Sapa sangka kan yang selipar jepun pun boleh bergerak bersama dengan masa kan ….
Jadi, which brand are you.....?????

Monday, May 7, 2012

Apa nak jadi

Apa nak di kata, team aku kalah kepada Chelsea pada perlawanan akhir piala FA malam lepas. Aduhhh kempunan lah nak menang dua piala tahun ini. Tahniah kepada Chelsea. Itulah penutupan kepada musim yang agak burok untuk team aku Liverpool, bukan saja Liverpool yang prestasi yang tak baik, team aku sendiri SAINS.com sekarang nie pun belum mencatat sebarang kemenangan tahun ini, mula2 ingatkan dah tukar jersi baru boleh menang tapi still seri jugak. Last sekali seri 5-5 dengan Jabatan Akauntan Negara. Biarpun leading 4-2 first half, masih lagi boleh seri at the end..memang belum ada nasib nak menang lagi. Banyak lagi perlawanan lepas nie nak di atur, harap2 ada lah menang kali nie. Cerita pasal wayang pulak, The Avengers..pehhhhhhhhhh memang layan wa cakap lu, The Hulk is the best, puas ati aku dah tengok. 10 of 10 aku bagi markah citer Avengers nie…tapi masa nak pegi tengok wayang tu, aku hampir2 nak kemalangan di sebabkan minyak tumpah kat jalan ..memang neves tahap gaban aku malam tuu…nasib baik takder apa2…sejuk kaki tangan bila keta out of control… Rasa2 nya aku dah takder lagi nak sembang, so adios laa …ingatkan nak update citer pasal eksperimen aku ari tu, tapi di sebabkan agak ganas jugak, aku terbantut pulak plan nak update citer tuu..
Gambar semasa penyerahan Jersey baru bersama Encik Junaidi

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...