Thursday, September 29, 2011

Musykil..

Pernah kah anda bercinta zaman sekolah dulu? Masa tu semua nya best kan. Kalau sehari tak tengok, fuhhhhh nak kiamat rasa dunia. Kalau aku time tu, bawak motosikal lalu depan rumah, tak nampak bayang pun, nampak selipar or bumbung rumah pun dah ok. Sampai rumah, siap tepon cakap, baru jer lalu depan rumah,kenapa tak tunggu depan tingkap...fuhhhh..cintan wa cakap lu. Itu dulu, yang menjadi persoalan aku sekarang nie, kenapa feeling macam tu tak berapa nak strong sekarang kan...agak2 apa sebabnya ...?

Friday, September 23, 2011

Hari Raya JKM

So, Majlis Hari Raya JKM baru je abis, makanan sedap and aku menang hadiah sandwich maker hahahaha...just want to share some picture..





Tuesday, September 13, 2011

Aku dah kelija...



Selepas cuti yang amat panjang, semalam aku dah mula turun kerja. Sememangnya aku semalam kena Monday Blues… masuk2 opis dah banyak kerja menunggu. Kena buat penetapan minda yang cuti aku dah berakhir dan mind setup aku dah mula kerja. Banyak aktiviti akan bermula pada hujung September nie. Juga ada satu berita sedih kat opis aku, kawan sekerja kena keguguran. Aduh memang kesian, dah hamil masuk 6 bulan, selepas 5 tahun mencuba. Memang sedih lah aku dengar berita tu. Kesian3 kata Upin & Ipin.
Blog pun dah lama juga tak update. Kesibukan & kekeringan idea salah satu penyumbang. Tapi kemungkinan aku ada jugak cite rmenarik yang aku boleh kongsi. Yelah masa cuti ada dua kejadian pelik yang aku jumpa. Nanti aku citer satu persatu.
Sekarang nie aku nak sambung keja dulu…

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...