Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya

To all yang merayakan Hari Raya..Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin..yang lain selamat hari kemerdekaan

Thursday, August 25, 2011

Raya Mode


Betul2 raya mode is in the air now. Jalan time turun keja mula lengang, opis dah mula sunyi. Lagu raya dah makin hebat kat radio dan jugak dah makin hebat dimainkan kat opis.
Aku kali nie ambik cuti yang agak panjang untuk Hari Raya. Kira 2 minggu lah aku rilek sambil makan kuih termasuk serdak2 nya sekali. Beberapa kawan sepejabat dah pun mula cuti raya. Cuma tinggal aku dan 2 lagi yang belum mula cuti raya.
Zakat aku dah setel. Alhamdulillah. Nie resit rasminya. Mesti simpan punya untuk deklarasi masa income tax nanti.

Terawih, setakat malam yang ke 25 aku belum tinggalkan lagi and aku perform full punya tiada buat lapan. Alhamdulillah lagi sekali.
Aku mau Ramadhan kali ini akan jadi Ramadhan terbaik dari aku.


Opis aku pulak ada satu korner yang ada kad raya. Seronok pulak tengok masih ada lagi wujud orang gunakan kad raya. Teringat lak masa dulu2, hias rumah dengan kad raya, siap aku dengan adik beradik, angkut pasu bunga ke rumah untuk gantung kad raya. Betol2 nostalgia wa cakap lu.

Anyway, yang pastinya aku akan sibok hujung minggu nie untuk kemaskan rumah. Well, gentleman stary ur engine...

Wednesday, August 24, 2011

Maths homework...

A little boy was doing his maths homework.
He said to himself, "Two plus five, the son of a bitch is seven.

Three plus six, the son of a bitch is nine..."
His mother heard what he was saying and gasped, "What are you doing?"

The little boy answered, "I'm doing my maths homework, Mom."
"And this is how your teacher taught you to do it?" the mother asked.
"Yes," he answered.

Infuriated, the mother asked the teacher the next day, "What are you
teaching my son in maths?"

The teacher replied, "Right now, we are learning addition."
The mother asked, "And are you teaching them to say two plus two, the son
of a bitch is four?"

After the teacher stopped laughing, she answered,

"What I taught them was, two plus two, THE SUM OF WHICH, is four."

Wednesday, August 10, 2011

Sama bunyi nya tapi berlainan...


Ada baca akhbar, pasal budak yang mati akibat keracunan barang makan yang di beli kat bazaar Ramadhan tu? Aku memang kesian betul dengan budak tu & family dier. Bila baca berita tu pagi tadik, teringat la aku kat kueh yang aku beli semalam. Dah nak basi. Yang satu tu pulut sambal & yang satu lagi roti yang digoreng tu berintikan sardine aku rasa. Dah lah rasa nya teruk, macam rasa kueh semalam. Saiz pun cinonet jer. Kalau saiz aku tak kisah la, kira anggap aku paham la kan harga barang2 asas nak buat kuih dah naik, tapi pasal kebersihan nie aku ada bengap sikit. Ye la, kalau nak jual barang yang orang ramai makan ..jagalah sedikt kebersihan kan ke baik. Lepas nie, memang aku dah ula was2 nak beli kuih, ye la takut terkena kuih basi lagi…
Sekarang nie dah masuk hari ke 10 puasa, tinggal la 20 hari lagi nak raya..yee haa…semengat beb. Seronok raya sebab layan anak aku la..time nie dier cakap dier puasa yang yok, time dier berbuka pun bila dier rasa lapar, lepas tu sambung balik puasa..kalau la aku boleh puasa camtu kan ke bagus hahahahaha….
Hari Sabtu lepas aku pegi la ke Kem Penrissen, nak carik lauk buka puasa menu dari Semanjung. Yang aku mesti beli adalah ayam percik, bini aku lak mesti pekena nasi kerabu makcik yang jual kat situ yang sedap hingga menjilat pinggan bini aku cakap.
Kat situ jugak ada jual nasib Ambeng, makan dari Johor yang dah siap campur2 lauk tu. Nampak sedap jugak nasik Ambeng nie kan..bila tengok makanan nie, aku cakap lah kat bini aku kat Sarawak ada jugak benda yang hamper sama nama , jugak sedap yang aku tak boleh nak explain..kita sarawakian cakap ”Embeng”..Abis je aku sebut tu, satu tamparan hinggap kat bahu aku, hadiah bini aku..sambil cakap kurang la pahala puasa aku psal sebut benda tu ….( Jgn marah geng…hehehehehe..)..


Ni la rupanya Nasi Ambeng tuuu



Anyway, perut aku dah berbunyi dengan hebatnya sekarang ie sebab sahur magi sup je pagi tadi..rasa2 nya aku akan melahap tahap gaban la petang nie…
Selamat puasa and jangan lupa bayar zakat tahun nie ok..sorang RM6.20 untuk Sarawak…


Wednesday, August 3, 2011

Kisah aku bengang di bulan puasa..

Hari pertama puasa, aku pegi la jalan2 kat e-Mart, nak tambah stok barang makan. Memang berlambak manusia time tu, kira dah boleh buat jualan murah dah. Bila aku langkah masuk ke dalam e-mart, walauwehh,…siap dah main lagi raya yang ada cakap mintak mak kuih sepotong dah , saya mahu makan kerna perut kosong. Aku naik converse ( confius & perlu reverse sikit ), puasa first day baru jer masuk 10 jam, lagu raya dah siap berkumandang dah kat supermarket. Betol2 potong stim…Kalau ye pun naik main lagu raya, tunggulah abis puasa hari pertama dulu kan..
Dan satu lagi yang aku bengang kalau pergi e-Mart nie, tempat parking kereta dah kenak take-over oleh pegerai2 yang jual buah durian, benda2 panggang la, jual baju murah ke. Aku tak kisah la nak jual camtu, tapi yang buat aku kisah bila parking lot sampai 7 lot dia ambik, tak bengang apa nama tu. Belum kira yang di ambik oleh pegerai yang lain lagi. Dah la kawasan nie tumpuan ramai, kereta banyak.nie tempat parking pun dah kurang. Apa la MPP macam nie? Takder penguatkuasaan langsung..duit nak , keja tak buat.
Apa2 pun , dah masuk ari ketiga dah puasa ari nie, Alhamdulillah posa aku menten. Anak aku cakap dier puasa tapi makan, tapi bila suruh makan dier marah la pulak..betul2 buat aku geli hati. Time nak berbuka, kalau dier makan dulu, dier cakap dah masuk waktu. Aturcara bulan puasa nie, Jumaat nie ada majlis berbuka puasa dengan State Secretary di Dewan Majlis Islam yang baru. Yes ada lah pesta makan nanti..
Aku nie bukan apa, sajer jer nak release stim nie..so taklah marah2 kan..Sekali lagi untuk yang berpuasa, selamat berpuasa hendaknya..Nie lah time untuk orang2 yang chubby macam aku nie nak diet sambil beribadah. So until next time…

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...