Saturday, July 30, 2011

Selamat Berpuasa

To all muslim bloggers...Salam Ramadan Al-Mubarak. Semoga puasa kita akan diberkati Allah s.w.t.

Thursday, July 28, 2011

Mari Makan Lagi...

Jumaat lepas , satu majlis makan malam penghargaan dari pihak SAINS untuk ICTU. So semua la warga kerja ICTU di jemput hadir . Seperti biasanya, aku pasal makan never say no..hehehehehe. Juga ada jugak cabutan bertuah untuk malam tersebut dengan hadiah utamanya Ipad2 16Gb 3g. Wasehhh…memang terbaekkk punya hadiah. So semua la pasang niat mau menang itu Ipad termasuk lah aku yang bukan kaki gajet nie. Yelah dah benda tu nak di beri percuma, sapa tak nak. Dan seperti biasa jugak lah, kalau bab cabutan bertuah yang aku jarang2 dapat bertuah, untuk ke sekian kalinya aku memang lagi set pinggan mangkuk..( sampai bini aku cakap aku muka mangkuk sebab tu selalu dapat benda alah nie..) . Rahim the lucky person yang menang Ipad, dah la dier baru beli satu beberapa hari sebelum. Murah rezeki wa cakap lu..
Then sapa la buat dajal cadang nama aku nyanyi satu lagu, aku tak kisah la bab “menyumbang” suara nie, tapi at least bagi la salam dulu. Lepas aku nyanyi , siap ribut pulak malam tu..hahahahaha. Memang “sumbang” betul suara aku. Tapi aku tak kisah, for fun beb….
Some pictures to share…




Friday, July 22, 2011

Aku berjalan..

Dalam aku ronda2 kat KL, aku terjumpa la dengan lukisan2 grafitti. Aku memang suka tengok lukisan grafitti. Masa aku naik monorel nak pegi medan tuanku stesen, ada satu bangunan nie yang dah tak guna , aku tengok banyak lukisan grafitti kat sana yang lawa2..tapi takder kesempatan nak singgah.
Few drawing yang ada dekat tempat aku tinggal, aku sempat ambik. Not a perfect art but still there is a beauty for me..





Aku juga suka dengan tattoo design, aku sempat ambik gambar dengan couple dari Jerman nie, kedua2 nya penuh dengan tattoo kat tangan dan kaki..


Masa kat bukit bintang hari tu pun jumpa mamat yang jadi statue kat sana, dua orang nie pernah kuar kat majalah 3 dulu, disebabkan kalau nak ambik gambar bayar RM2 dengan diaorang dan aku malas betol nak bayar ( memang tak sporting aku nie...)..kawan aku ambik gambar aku dari jauh, aku berdiri jauh sikit dari dua mamat nie..hehehehe


Tuesday, July 19, 2011

Aku di sana..Anfield, Bukit Jalil

Bila aku dengar Liverpool mau datang, dah tertanam dalam hati aku akan ada di Bukit Jalil. dan itulah yang terjadi...YNWA...best giler beb...tak sangka lak yang aku dapat tengok feveret team aku main depan mata.

First thing aku buat bila landing KL, pegi Pavillion. Geng aku cakap kat sana dah jadi Anfield. Kat Entrance Pavillion , dier buat benda nie...rasa macam masuk Anfiled lak aku hehehehe


Kat dalam aku jumpa nie, tak lepas peluang punyer...


Lepas tu, aku kena lak check in. Aku stay kat Anjung KL. Steady jugak tempat nie. Untuk 3 ari, aku bayar RM 100. Mat salleh banyak kat sini...



Wish aku boleh upload banyak gambar, tapi takder kesempatan..just a few to share..


Friday, July 8, 2011

Holiday aku..summary nyer..

Dah abis dah cuti aku n the family. Lima hari di KL, aku rasa anak aku dah cukup puas, aku bawak dier main kat Berjaya Times Square n Petrosains KLCC. Aku rasa yang paling dier enjoy mesti kat Times Square. Bini aku lak, dier ader rasa kureng sikit sebab tak sempat nak shopping tudung dier banyak2 giler. Untuk aku, semua ok. Memang exercise giler aku masa kat KL. Ye la jadi tukang angkut barang, angkat anak aku, angkat stroller dier..keluar muscle perut aku…Kena lak time pegi time Sales giler2 kat sana. Discount sampai tahap 80% pun ada, aku tak lepas peluang angkut baju banyak2, anak aku la paling untung sebab aku n bini aku banyak beli barang untuk dier. Bini aku siap angkut kain kat Jln TAR, tudung n baju kurung siap.
Aku dah hilangkan kerinduan aku nak lepak makan kat A&W..rindu beb layan rootbeer+float diaorang. So memang dah lepas gian giler la aku. Aku siap pi pekena nasi kandar kegemaran kue kat food republic. Pi bantai Nando’s. Pegi ke tempat2 nostalgia macam Pertama, Sg Wang, BB plaza..tempat port kue masa dulu2. Time pegi Sogo, aku rasa bini aku kat dalam dunia dier sendiri ( dunia wanita ), apa taknya dikelilingi oleh handbag2 yang lawa2 plus discount yang amat mangabur matanya hahahaha…
Stay aku kat Grand Millenium, boleh tahan jugak. Tapi yang spoilnya banyak Pak Arab time tu. Aku takder lah masalah sangat kat diaorang, Cuma masalah timbul bila aku tersama lif dengan pak arab yang ketiak hangit. Cipet betul..hijau biru muka aku senak tahan nafas..badigol punya pak arab muka hensem ketiak hangit. Munkin dier tak tau fungsi deodorant kot. Satu lagi yang tak best, pemandu2 teksi. Mentang2 la pak arab banyak time tu, tak nak ambik local. Ambik pun dier cas mahal giler. Berlagak betul pak teksi kat area bukit bintang tu.
Time balik Kuching memang cabaran, ye la bag ringan pastu jadi berat cam batu, tambah lagi dengan extra hand luggage, keluar lagi muscle perut aku pehhhh…nasib baik tak overweight sangat.
Overall, best sebab cuti ngan wife n anak aku. Until next time..tunggu anak aku besar sikit n dah boleh teman mak dier beli belah..




Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...