Monday, June 27, 2011

10th Anniversary Dinner..


The annivesary Cake..nyaman oooo



Pada malam Jumaat yang lepas, Opis angkat aku menyambut ulang tahun yang ke 10 penubuhannya. So satu majlis jamuan makan malam diadakan secara sederhana di Pullman untuk meraikan ulang tahun tersebut. Aku baru 2 ½ tahu jerk at unit nie. Aku ada a great boss, down to earth punya orang, memang gua suspect ngan dier.
So, majlis makan malam tu juga mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang orang lama ICT yang akn terlibat dengan pertukaran pekerja dengan kerajaan persekutuan untuk 2 tahun dan akan bertugas di Putra Jaya.
Memang enjoy banget malam tu, gua jadi emcee. Lepas tu lak bertukar jadi penyanyi, salah seorang “penyumbang” suara malam tu. Aku bawak 2 lagu, Slumber( OAG ) & cant buy me love ( beatles ). Saja jer aku layan2 nyanyi, setengah dari diaorang memang talented, ada bakat menyanyi.
To my Opis angkat, Hepy 10th Anniversary.

Aku tengah get ready untuk me"emcee"










Thursday, June 23, 2011

Release tension …….

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.

Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.
Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt
satu window tanya password..

"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.

"Yes boss?"

"Sini wifi aper dia punya password?"

"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt
window mintak password.

"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"

"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam
nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.

Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.
Lantas gua tekan 'OK'

Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.

"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"

"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"

"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2
sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.

"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.

Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
'tujuh empat kali' boleh tak?"

Monday, June 20, 2011

Baikkah aku sebagai kawan..

Selain daripada family aku, satu bahagian hidup yang amat penting bagi aku adalah kawan2 yang aku ada. Sebab utama aku ada akaun FB, truly to get in touch with long lost friends ( selain dari main game  ). Bukannya aku busy body ka apa ka, aku cuma nak tau pa keadaan diaraong, sakit ke bagus ke..sebab aku selalu tertanya2 pa diaorang buat, apa aktiviti. Selalu jugak tertunggu2 panggilan atau jemputan dari kawan2 lama nak pegi lepak , main bola ke, or dok waterfront layan mata ka tapi selalunya takder. Mungkin semua sibuk ngan kehidupan barangkali.
Tapi beberapa kejadian yang berlaku semenjak dua menjak nie, buat aku terfikir. Adakah aku seorang kawan atau telah menjadi seorang kawan yang baik. Bini aku selalu cakap, aku jer keep on wondering apa diaorang semua buat but do they the same? The latest, satu kejadian tu yang aku dapat tau, it hurt me a bit. Seem they truly forget about me…tapi dalam hati aku cakap tak per tapi bila satu kejadian yang meilbatkan seorang kawan yang aku anggap my truly best friend, it really hurt me deep inside. Dia dah cakap reason dier, aku paham, sapa cakap aku tak paham. Tapi satu tindakan yang bagi aku a bit harsh, without letting me know about it. Dan yang dier cakap berlainan dari apa yang dia bagi tau kat aku. Betul2 buat aku berfikir. Aku dah tau dier dah lama dah, infact dia boleh cakap apa2 je kat muka aku , aku akan paham tapi tindakannya yang aku sedari baru2 ini memang mengecewakan. Dia ada banyak masa untuk bagitau aku tindakan yang dia buat tapi tak pernah nak cakap. Semua bermula dari orang keliling aku yang bagi tau, aku sangkal semuanya berdasarkan apa yang aku dimaklumkan sebelum itu, jadi aku tak percaya semuanya sehinggalah aku periksa sendiri, which is true. Damn …how can it be.
Aku dah tak marah lagi dengan dia, Cuma aku terkilan dibuat macam tu..truly it really hurt me deep inside.
Kawan baik, kalau kau baca entry nie..paham2 je lah k…

Friday, June 17, 2011

Majlis Tilawah..malam nie penutup..

Majlis Tilawah Al-Quran ke 54 dah pun nak abis, malam nie keputusan akan di umumkan. Untuk 4 malam gua berkampung kat Dewan Majlis Islam yang baru. Paling best memang la malam tadi, sebab dapat tengok dua2 johan menunggu qari & qariah memperdengarkan bacaan. Memang sedap, taranum bagus n suara yang merdu. Yang suweynya, ada la penonton yang datang tengok, bukan nya nak hormat orang baca Quran, siap dok sembang dari mula dier dudok kat kerusi sampai la nak habis. Aku tau la aku tak boleh nak kawal orang, tapi kita semua kan dah dewasa, so paham2 je lah, kalau nak borak pun kasi itu volume down sikit. Satu lagi kes, ada sorang warga tua nie, dier memang tangkap khusyuk bila dengar johan menunggu bagi peserta laki nie dok baca, aku pun kira tangkap layan jugak lah. Cuma yang spoilnya bila dah abis bacaan tu, warga emas nie siap angkat tepon call kawan dier kali. Dengar suara yang agak nyaring la dier tanya, ada ko tengok orang ngaji tadi and entah apa2 lagi lah. Aku dengan orang sekeliling dier senyum jer tengok telatah orang tua nie.
Cuma kehadiran malam kedua agak mengecewakan. Dewan agak lengang atas alasan hujan lebat. Hmmm itulah manusia kan, diberi sedikit rintangan dalam kehidupan dah siap ada alasan, hujan tu kan rahmat, tak baik buat hujan tu dijadikan alasan. Dugaan kecik je tu kalau nak banding dengan keberkatan yang kita dapat bila dengar orang baca Quran nie. Ye lah, tu la manusia kan? For sure atas alasan nobody perfect kan?
So, projek seterusnya..Green Lantern…yeeeehaaaaaaa…

Monday, June 13, 2011

My weekend..

Aku rasa hujung minggu aku kali nie paling happening la. Aku alami 3 persitiwa yang berlainan situasi untuk 2 hari nie. Yang first, masa aku n family makan kat Spring on Saturday morning, aku tengok couple gaduh. Ingatkan betul punya couple, rupa2nya pondan n bfren dier. Aku n yang lain mula tak perasan, tapi bila couple nie sampai kat depan The Spring nie, kat area Secret recipe. Si “makwe” siap main tunjuk2 muka budak laki tu, memang Nampak bengang la budak laki tu, then si pondan tu nak masuk dalam Spring, so balak nie ikut dari belakang, ingatkan nak follow masuk ke dlm, rupa2nya bila dier sampai sebelah pondan nie, dier siap pergi tarik rambut pondan nie bawak keluar n peluk leher pondan nie. Fuhhh…mengalah citer Tragedi Oktober wa cakap lu. Siap la diaorang dua tu perang mulut. Tapi yang bestnyer dalam kejadian perang mulut nie tengah panas, si pondan nie siap sempat nak mintak rokok sebatang dari budak laki tu, selamba jer budak laki tu bagi n lite the fire…then sambung balik gaduh. Aku memang blur tahap gaban peringkat 12. Alih2 pak guard terpaksa leraikan couple nie then diaorang blah pegi seberang jalan. Tak tau apa jadi pastu.
Yang kedua, aku minum pagi kat Planet Sambal. Ye la aku dating sana nak ilek2, minum pagi dengan tenang. Alih2 aku bengang disebabkan oleh owner Planet Sambal nie aku rasa yang dok lecture staf dier. Tau la staf u ada buat hal, tapi put priority to customer dulu la. Sebab owner dier nie sibuk nak check sapa dating n tak dating, nasi lemak bini aku yang simple hamper 20 minit nak tunggu. Kalau nak marah staf pun, bawak la masok opis woi. Ye la tak baik marah staff depan customer. Dari dier sibuk nak periksa sapa staf yang tak turun time tu, baik dier tolong siapkan pesanan customer pastu baru bantai staff dier kat dalam opis. Tak der kesedarn sivik langsung boss nie…
Yang ketiga, kenalan bini aku mati lemas kat kolam MASJA. Kesian aku dengar kisah nie. Ye la , umur muda lagi. Mati lemas sebab arwah nie berenang nak ambik bot control dier kat tengah kolam. Ye la, dah nak ajal kan. Kesian jugak bila dengar anak2 arwah nie sumer masih kecik. Kawan yang temankan dier masa kejadian lak tak tau berenang. Al-fatihah untuk arwah, semoga di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Amin.

Tu la kisah ujung minggu aku..hmmmmmmm

Friday, June 10, 2011

The news..

Ada tengok berita TV3 semalam? and dah baca akhbar hari nie? satu dari topik pasal CM Sarawak sedang disiasat SPRM. Dan kerajaan Switzerland dah pun beku kan aset CM di sana.
Boleh dikatakan berita ini antara yang ditunggu oleh pihak2 yang ingin menjatuhkan beliau. Tapi bagi parti perintah sekarang , memang berita buruk menjelang PRU 13. Really bad news for PM kita sekarang. Pendapat peribadi aku, Tuhan maha kaya, Dia akan beri kuasa kepada siapa yang Dia kehendaki, sekiranya menjalankan tugas dengan amanah dengan kuasa yang ada, mungkin kerberkatan diberi dengan kuasa yang berkekalan tapi bila sudah melencong, maka Allah akan menarik dan memberinya kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Bukanlah aku atau orang lain yang akan kena jawab dengan Allah bila tiba hari perhitungan kerana setiap pemimpin akan ditanya bagaimana mereka menggunakan kuasa yang di beri kepada mereka.
Tapi yang penting bagi aku, semoga negeriku Sarawak akan kekal aman dan makmur dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Amin...

Tuesday, June 7, 2011

Holiday n Double parking laaaaa....

Akhirnya sampai jugak hajat aku nak cuti ngan family. Tiket dah beli, otel dah booking. Thanks la untuk bini aku, Pn Emi sebab sudi ator semuanya. Yang paling happy semestinya my little girl, Aleeya yang asyik2 cakap dier nak naik kapal terbang. Ye laa kesian jugak tengok dier asyik2 antar aku or bini aku kat airport bila kita orang pegi travelling outstation. This time turn dier la pulak..
Mana aku nak bawak dier pegi kat KL tu pun dok tengah pikir lagi nie. Petronas KLCC pusat sains dalam senarai dah, Sunway Lagoon tengah dok KIV. I-City, dalam perancangan jugak sebab masalah utama nak balik KL nanti lak takut xder transport kea pa ka sebab dier bukak dari pukol 7 mlm ke atas. Tu la tengah2 dok surf internet nak carik tempat best untuk bawak budak2 nie..
Korang dengar Hitz.fm tak? Kalau korang dengar mesti ada dengar iklan pasal double parking tu kan..aku kena admit yang kes double parking kat Bandar Kuching nie memang malampau. Ye lah kalau dah Hitz Fm perasan, apatah lagi orang2 yang dok dating melawat Kuching kan, aku selalu jumpa kes2 double parking nie kat shopping kompleks, kat pasar minggu, just nak mention satu dua tempat la…
Aku memang hairan tahap gaban, tak pandai masuk parking ka diaorang nie, ingat dier sorang je ka nak guna parking nie. Bodoh sombong betul la manusia macam nie, ingat kepentingan sendir jer. Kalau aku aku pihak PBT, sapa2 yang parking double petak cam nie, kunci je tayar diaorang n biar diaorang bayar kompaun. Padan muka…

Friday, June 3, 2011

Pa kaitan Gay & POTC..?


So, aku dah tengok Pirates of The Carribean part 4, pendapat aku la kan..mengecewakan. Tak dapat na lawan part 3 & 2 yang memang best giler wa cakap lu. Kalau aku tengok the 2 siri terakhir POTC nie, dari mula sampai akhir aku kena adrenalin rush. Kalau bagi markah penuh dari 10, aku bagi 5 jer. Penantian aku agak mengecewakan. So the next in line will be Green Lantern on 16th June & X men yang baru jer main semalam.
Abis jer citer nie pulak, aku memang ler kena buang hajat, so masa kat toilet MBO nie, aku terjumpa la tulisan pedajal yangtak boleh tengok dinding toilet bersih, so dier siap buat iklan la pulak, yang pasti nya yang buat iklan nie gay.


Siap bagi no tepon dier pasal nak jual lubang buntut , ntah apa2 jer manusia zaman sekarang nie. And speaking of gay, aku tengok lesbian pun dah makin berani buat iklan diri kat laman social, especially yang aku tengok kat Tagged. Siap dengan moto, for girls only..orang laki tak layan..pehhhhhhhh. Dunia akhir zaman dah nie..

Jadi, apa kaitan nya Gay & POTC? dua2nya sucks..( POTC kali ie je lah )..

Cuti pun dah abis, hari nie pun dah masok kerja, opis memang lengang giler sunyi sepi sampai aku nak buang kentut angin pun tak boley sebab orang boleh dengar hahahahaha ( korang bayangkan lah betapa sunyi nyer opis aku hahahahaha )..
Holday tengah under planning, hopefully kali takder aral yang melintang..Amin..

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...