Thursday, April 28, 2011

Sejenak ...

Dah abis dah satu taklimat semalam untuk belanjawan untuk Tahun 2012 Kelengkapan IT. Alhamdulillah semua nya beres. Hari ini pun ada juga taklimat, tapi gua off duty. Sungguh2 cantek.
Semalam genaplah 2 bulan dah anak kue masuk sekolah tadika. Dier masuk lambat sikit dari budak2 lain, dia masuk awal Mac. Tapi aku sunggguh bangga kay dier ni sedap cepat sungguh tangkap apa yang teacher ( anakku tak nak panggil cikgu ) dier ajar. So bila aku suruh dier bulan latihan mewarna, aku print coloring item dari internet and pass kat dier, and bini aku siap binding lak buku kaler dier, dier betol2 seronok. So , bila dier dah siap kaler satu lukisan, aku sungguh2 bangga sebab dier dah terrer buat simple task. Syok jugak tengok lukisan yang dier kaler nie, maybe aku ingat nak frame kot.
( aleeya n her coloring paper )

Untuk sambutan Gawai Festival lak, opis aku akan jadi main committee untuk sambutan nie, waseh memang kompom sibuk lagi nie. Tengah mencanak2 dalam kepala aku nie, aper lak tugas aku nanti, menda2 lain aku boleh buat except ngajat jer tak boleh. Aku punya plan, sebelum sampai waktu aku kena siapkan tugas dulu.
Semalam lak, aku tengok Buletin Utama main citer blue live kat TV. Come on TV3. Sebelum kesalahan dibuktikan, itu ibarat memberi bukti palsu ke atas orang berzina. Agama kita telah menetapkan hukm menuduh orang berzina, mesti lah ada empat saksi yang meilhat dier buat benda nie. Kesian aku kat saudara2 aku tak pasal2 kena dosa kering. Tak syok la layan TV3 camnie. Aku malas la nak tengok benda2 camtu.
Selepas keja banyak2 nie, badan aku pun dah lain macam jer. Macam nak demam ada la pulak. Nie tak best nie..mintak2 lah aku dijauhkan dari demam teruk. Amin…

Monday, April 18, 2011

Lega dah...


Abis dah election, abis dah caci maki antara parti, tapi sampai ke mana nya? Tak kemana2 pun. Kawasan aku pun dah bersih dah, takder lagi poster2, bendera2 parti. Dah aman dah sikit. Cuma aku harap sapa2 yang menang itu, buatlah tugas betol2. Jangan lah nok aniaya orang yang beri kepercayaan dengan semua calon2 nie.
Aku juga terkena penangan kesibukan election nie. Kalau dulu2 tak pernah pun aku nak tau jumlah undi, janji tau sapa menang pun cukup. Tapi bila aku di suruh bertugas kat bilik operasi, for the first time nya aku terpaksa tauk jumlah tu semua, peratusan mengundi, kita orang jugak antara orang yang terawal yang dapat semua result. Best jugak.
Now, life dah back to normal. Takder lagi Sejiwa Senada, takder lagi kena bertugas kat bilik operasi sampai tengah malam. Semua balik to normal. Sekarang dah boley beri tumpuan penuh kat kerja opis.
Yang akan mendatang dalam jadual aku sekarang nie, majlis makan malam sempena dah 10 tahun ICTU di wujudkan, makan malam untuk perhargaan kepada semua yang involve di Sejiwa Senada untuk ICTU , my ulang tahun kawen hehehehe…masuk yang ke 8 tahun early Mei. Wasehhhhhh…steady aku. Persediaan untuk taklimat hujung bulan nie, taklimat ICT Security Officer dan ACIO/CIO untuk semua pejabat kerajaan dan berkanun. Kalau korang perasan, semua aktiviti nie melibatkan aktiviti pemakanan yang sedap2 yang amat bahaya untuk kesihatan dan boleh mengenyangkan aku serta meningkat jisim isipadu lemak badan. Uihhh bahaya jugak nie. Yang pastinya aku kena la berpuasa dulu sebelum semua aktiviti nie start. Control beb heheheheheh…

Friday, April 15, 2011

Aku bukan lah penyokong kuat mana2 parti politik, tapi bila aku turun kerja pagi tadi, aku terjumpa lah poster besar nie kat simpang jalan. Memang besar dan kandungannya amat mengejutkan.
Mungkin ini yang dikatakan politik melampau yang diaorang cakap tu. Tapi bagi aku, tak kira la jahat mana orang tu, sakit hati macam mana pun dengan seseorang tu, untuk menyamakan satu manusia ( human being ) dengan haiwan adalah satu perbuatan yang melampau. Betol2 provokasi. What if mereka sendiri disamakan dengan binatang, mahukah mereka ? sudah pasti aku jugak akan menulis blog yang sama seperti nie mengutuk mereka yang melakukan perbuatan yang sama. Inikah yang dimaksudkan mereka dengan berubah, berubah menjadi masyarakat yang kurang ajar, tidak berbudi bahasa. Adakah ini yang dikatakan dengan perubahan yang mereka war2 kan itu.
Kalau last entry aku gelihati dengan slogan kempen BN di kawasan Satok, aku jugak naik gelihati bila tengok point2 utama kempen PKR. Antara yang di list down oleh mereka dan dilekat kan satu poster besar, 1. Menghentikan konsesi tol ( macam la kat Sarawak nie banyak sangat tol ), beri balik tanah NCR kepada empunya ( ada duit ka nak bagi balik modal2 pelabur and btw, NCR diaorang bkn nya di ambik but they were asked to joint the program la beb ..outdated betol ), naikkan gaji guru sebanyak RM 500 ( takkan gaji guru jer, gaji orang lain yang keja untuk diaorang takder peluang nak naik ke?, Macam la guru jer yang buat kerja di Malaysia nie ), batalkan ISA. Itulah dia antara point2 yang diaorang perjuangkan.
Kalau kat kawasan aku dia perjuangkan masalah kesesakan lalu lintas, takkan itu jer. Seriously aku memang bengang la ari2 jam. Bukan saja pembangkang, calon2 parti BN pun sama, kalau korang tengok di Samariang, jalan depan sekolah Encik Buyong tu dah 3-4 tahun dulu tak betol, bila nak election baru nak tar. Come on lah YB Semariang, takkan keja masih stail orang lama. Kawasan Tupong lak, baru seminggu dua lalu bagi rasmi jalan pintas menghubungkan Samariang & Matang. Sepatutnya sebelum pilihanraya, semua wakil raya tak kira pembangkang ke, BN ke..diaorang sepatutnya ada satu macam report card, untuk tunjukkan apa yang diaorang dah buat sepenjang satu penggal. Dapat tak diaorang capai KPI( key performance index ). Then let people decide. And to those pucuk pimpinan tertinggi parti pembangkang or pemerintah, buat lah post mortem to all your wakil, diaorang buat keja ke tak before suruh diaorang bertanding for next term kat kawasan diaorang. Baru lah adil..
Apa2 pun besok aku akan mengundi, kat kampong aku, Kampong Lintang. Selamat mengundi uols…

Sunday, April 10, 2011

huduh betul bunyi slogan kempen tuuu...

Aku pasti mana2 korang jalan kat bandar or kat kampong sekarang nie, Korang pasti terjumpa poster2 parti yang akan bertanding nanti. Sememangnya tu dah jadi kebiasaan la kan masa pilihanraya kan. Tapi apa yang aku nak coret kan ini pasal moto kempen untuk kawasan Satok. Punyer la lawak siot. Bagi aku think tank untuk Abang Johari nie samada dier lembab atau pun orang2 zaman dahulu, zaman jurasic park. Apa taknya, antara slogan yang aku nampak adalah Satok Maju, Anda Maju, satu lagi All for Satok, Satok for All..apa ke bengap nya macam citer three musketeer la pulak. Moto2 langsung tak menarik perhatian golongan muda. Bodoh sesangat bunyinya. Come on lah…cari lah slogan yang lebih menarik sikit kan..apa laaa…kalau aku la, memang aku dah tak piluh calon dengan moto kempen macam tu…old school abis hahahahaha…jangan ambik ati k, tegurang yang ikhlas..

Wednesday, April 6, 2011

restoren tempayan ..lemah asa nyawa..


Ingat last blog update aku last time, aku cakap aku nak pegi makan ke restoren nie, Tempayan namanya. Ha ni aku nak update la kisah aku makan kat Tempayan nie. Nak dijadikan cerita,masa makan ari tu, aku order la chicken chop. Tekak nie teringin lak nak makan western food la katakan. Punya la bengap aku tunggu order kat tempayan nie, nok tunggu makanan, aku kena tunggu 1 jam 20 minit. Betul..aku tak bohong punya. Then bila makanan aku sampai, boleh pulak dia orang buat partial delivery. Diaorang pegi antar ayam je dulu ngan aku, aku punya French fries kena tunggu lagi. Aiseh aku cakap, tak kan makan pun ada partial delivery boss. Memandangkan perut aku dah lapar tahap Gaban peringkat 9, aku pun bantai je lah. Malas la nak songeh2 servis lambat nak mampus. Itupun aku dah bagi slow2 makan tahap kura2 peringkat 1. Memang slow abis. Pun tak sampai jugak aku punya French fries nie. Last2 abis jugak ayam aku baru la sampai French fries aku tuh. Then nak dijadikan cerita, bila si waiter tu letak jer aku punya kentang tu atas meja depan aku, keluar la pulak seekor lipas dari celah2 french fries tu. Binawe punya lipas. Aku cakap kat waiter tu aku tak nak yang itu. Pada peringkat nie, aku punya keinginan untuk makan tu dah nak terpadam. Then waiter tu datang balik, siap cakap kat aku dier dah tukar bekas. Aikkkkkkkkk….? Tukar bekas je aku cakap. Kentang dier tukar tak aku tanya. Selamber jer dier cakap dier tukar bekas je N French fries tu masih gi yang tadi tu. Arghhhhhhhhhhhhhh kembang liur aku beb. Aku terus cakap tak payah. Aku dah takder selera nak makan. Betol2 potong stim. Waiter tu tau aku memang tengah bengap kat dier. So nak ambik ati aku balik, dier bagi kami semua aiskrim konetto. Kawan2 aku yang lain memang layan la tapi aku terus terang cakap aku dah takder selera nak makan dah.
Mana dier letak dier punya pemikiran, boleh dier tukar bekas jer and then bagi balik kat aku kentang yang dah kena lalu oleh lipas tuu. Aisehman ….
Memang sah itu la yang first and the last aku pegi kat tempat yang di panggil Tempayan nie. Memang nasib aku selalu tak baik bila cuba tempat2 makan yang baru nie…kureng hasem betol la lipas tuu..

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...