Monday, May 30, 2011

Kungfu & Selamat Hari Gawai..


Hujung minggu lepas aku pegi la dengan bini & anak kue pegi tengok Kungfu Panda 2. Anak aku memang tertunggu2 citer ni nak main kat wayang. Apa yang aku dapat cakap, memang lawak giler citer Kungfu Panda2 nie. Dari mula sampai akhir, memang ada klas. Anak aku memang terbahak2 ketawa. Aku pun joint sama ketawa besar dalam panggung tu. Memang berbaloi la aku bayar tiket untuk tengok citer nie. Kalau aku ada 10 ibu jari memang aku akan beri semua thumbs up untuk citer nie. Karekter memang hidup, kena la pulak penghayatan watak Po oleh Jack Black memang best. Hidup giler wa cakap lu.
Bila dah tengok citer nie, aku masih lagi terlepas 2 lagi citer, iaitu Pirates of The Carribean dan Kongsi. Entah bila la ada kesempatan nak tegok,harap2 masa cuti Gawai nie aku sempat tengok 2 citer nie. Itupun kalau ada kesempatan, sebab banyak jugak jemputan majlis kahwin masa cuti Gawai nie, mula dari 1st June sampai la 5 haribulan, penuh wa cakap lu. Then my big boss buat rumah terbuka Gawai on the 1st day of Gawai nanti. Mesti pegi punya nie.
BTW, aku nak ucapkan selamat Hari Gawai untuk yang menyambut Hari Gawai. To Big Momma aka Tia, and Coffee Girl ..tak buat open house ka????...

Thursday, May 26, 2011

i love them so much hahahahaha

video

The hunt of Mi Kari Continues...

Pemburuan aku untuk mi kari terbaik punya di Bandar Kuching tak pernah berhenti. Selepas sekian lama aku tak jumpa tempat2 baru yang jual mi kari, so beberapa hari lepas aku pergi ke tempat makan ini, WAS Catering. Aku tak tau pun tempat ini ada jual mi kari walaupun aku memang tiap2 hari lalu kat kedai makan nie, selalu jugak aku tengok sesak. So ari tu entah macam mana teringin la pulak nak makan kat sana so just drop by. Bila aku masuk, aku tengok ada satu stall yang jual mi kari. Berbunga2 rasa dalam ati aku, without second thought aku terus order ini mi kari. RM5.5o satu pinggan. Kandungan makanan nie ada daging, ayam, cucor ( betol2 rangup ), ada tauhu, ada tulur ( telur ) 1 biji. Bila sampai kat depan aku, aroma bau kari cepat2 membuka selera aku, dari bau jer aku dah tau yang aku akan tangkap layan dengan mi ini. Suapan pertama ke mulut membuktikan hidung aku betol hahahahaha…memang layan wa cakap lu…pastu aku toksah citer lahh…licin pinggan aku …
Yang pastinya, akan ada kunjungan susulan selepas nie hahahahaha



Inilah rupanya mi kari yang telah menawan kalbu aku..

Friday, May 20, 2011

Ntah apa2 lah...



aku nak cakap aper pun tak boleh. Takkan ler pempuan kat opis aku di cawangan simpang tiga nie ilek2 ajer buang tuala dier kat toilet sampai kena buat notis camni. Nasib toilet pempuan nie tingkat 2, jarang2 orang luar tengok..

Wednesday, May 18, 2011

Go Blad II.


Minit2 terakhir aku bersama dengan rambut gua


This is me, selepas aku botakkan kepala untuk acara . All for the good cause.
Banyak jugak orang yang ikut acara nie, perempuan pun tak terkecuali. Kutipan derma tertinggi di buat oleh seorang wanita, berjumlah RM45k. Aku tabik spring kat mem nie, dari mana dier carik semua sumbangan tu. Walaupun sumbangan dari pejabat aku tak lah seberapa, setengah ribu jer, aku kira bangga jugak la dapat menyumbangkan rambut aku untuk tolong kanak2 yang sakit kanser ini. Just a few photo yang i nak share..


Dalam proses ...

Presiden Persatuan Kanser ( kalau tak silap aku la..)


Perempuan nie la yang kutip the highest donation untuk Bahagian Kuching around RM45k



Aku nie sebelum, semasa dan selepas, wife & anak aku give full support...

Walaupun upacara ini dah berakhir, tapi mereka akan buat satu lagi program di atas permintaan khas yang akan diadakan di bandar Kapit.





Thursday, May 12, 2011

Mat Salleh ...

Kebiasaannya aku tengok orang pakai baju2 jersi team2 EPL, team England, Brazil , Mexico , Belanda, Holland and aper2 jer team football yang femes la. Tapi that day masa aku bawak anak aku pegi lepak2 ambik angin petang kat waterfront sambil tengok polis buat roadblock, aku terjumpa la mat salleh. Yang buat aku tertarik, sebab dier pakai jersi bola pasukan kebangsaan. Ia merupakan satu pemandangan yang aku jarang tengok, which cant stop me dari tegur mat salleh and tanya boleh tak aku ambik gambar. Biasalah si mat salleh nie cukup sporting, dier bagi aku gaya selamba.

Sebetulnya, kira bangga jugak la ada mat salleh sudi pakai baju team bola kebangsaan kita. Ye lah walaupun kita punyer ranking tak lah sehebat mana dalam ranking dunia, tapi at least ada jugak foreigner yang pakai baju team bola kita. May be untuk mat salleh tu , it just a shirt tapi untuk aku, it’s an honor.

Wednesday, May 11, 2011

Header Blog aku buat sementara waktu

macam nie lah rupanya header blog aku buat sementara waktu, sampai siap header aku yang terbaru mayb in 3-4 weeks time nanti, jeng2...maka akan bergaya la blog aku ngan jeader baru ..

Tuesday, May 10, 2011

GoBald campaign

Aku akan botak kembali, tapi kali ini atas sebab yang baik punyer, bukan nye saja nak suka2. Kali nie wa botak pasal ikut kempen Go Bald , satu acara untuk mengumpul derma in support of Sarawak Children’s cancer society yang nak kumpul duit untuk buat Bangunan Baru Sarawak Children’s Cancer Society. Kalau ikut rekod peribadi dah lama jugak dah aku tak botak kan kepala. Tapi bini kue selalu marah kalau gua nak gondolkan kepala tapi kali ini dia takder komen sebab untuk sebab yang baik kali nie. Boleh dikatakan ini adalah mingu terakhir gua dengan rambut atas kepala, maka hilanglah fesyen rambut aku yang ala2 Tommy Page nie ( hahahahaha…bini aku bengang tahap gaban kalau aku sebut Tommy Page ). Ye lah kalau ikut2 kan, memang lama dah aku tak ada rambut yang boleh aku anggap kan panjang, sebab sebelum nie jarang jugak rambut aku mencecah 3 cm, sudah pasti kena buang kalau panjang sikit.
Harapan aku dengan kempen yang aku ikut nie..? Aku betul2 berharap dapat kumpul banyak sumbangan untuk SCCS nie. Paling kurang yang aku dapat lakukan , rambut boleh tumbuh kan. Tapi kenapa namakan kempen GoBald? Sebabnya stigma / efek palin kerap dihadapi oleh pesakit kanser terutamanya kanak2 ialah keguguran rambut sehingga botak. Tujuan nya juga adalah untuk menyampaikan mesej, takper botak kalau nak sembuh. Lagipun botak kan seksi…betul tak hahahahaha…
So if any kawan2 gua nak beri sumbangan, yang kenal gua, tahu tempat gua kerja, seumbanglah k. Semoga sumbangan anda dapat mengurangkan bebanan mereka untuk menyediakan tempat yang lebih untuk perubatan dan pemulihan.
Go Bald everybody….

Sunday, May 8, 2011

My weekend...


Korang dah tengok Fast & Furious 5..kalau belum…korang memang rugi. Dari 5 movie pasal fast & furious nie, the latest one is the most with adrenalin rush. Dari mula lagi, aku dah berdebar2 tengok aksi stunt yang best banget. Semua karekter memang best, from the past movie, semua kuar balik, yang paling lucu si Roman from 2 Fast 2 Furious. Lawak giler siot. Lepas tu, the best scene dalam movie edisi ke 5 nie, sudah pastinya scene Toretto lawan dengan Hobb ( Van Diesel lawan The Rock ). Memang best. Dahla dua2 watak tu botak, badan siap gagah perkasa la pulak. Korang pergi la tengok n tunggu part dua nie bergaduh. Itu pasal movie.



Bila dah time balik tu, aku kena jam kat bawah Spring carpark tu, yang basement punya. Satu jam aku n others driver stuck kat bawah tu, ingatkan ada pemandu yang kepala batu tak nak bagi way. Sebab aku bengang, aku pun kuar la pegi tebgok sebab musabab jam bodoh kat basement nie, rupa2 nya ada keta eksiden, 4 buah keta, patut lah jam sampai satu jam. Yang aku bengang sangat pulak, pegawai keselamatan kat Spring tu, langsung tak tunjuk muka nak jaga trafik. Yang tuan punya 4 keta nie pulak siap lak pegi discuss. Kalau ye pun nak discuss, alih la keta tu ketepi sikit. Ambik jer gambar, sebagai bukti kalau nak claim insuran.
Balik2 rumah, aku dah penat tahap gaban dah, yelah before tengok wayang aku main bola dengan geng opis, lawan team Celcom. Aku tak main sampai abis tapi aku dapat tau result , seri 3-3, walaupun first half ketinggalan 2-1. Kira ok la kan. Tahniah untuk team aku..
So , kalau korang takder keja nak buat ari nie, pegi tengok citer Fast & Furious 5 ..berbaloi2 duit korang tu..Selamat berhujung minggu…

Wednesday, May 4, 2011

Ulangtahun ke 8..

Semalam 3.5.2011, maka genaplah 8 tahun umur perkahwinan kue. Tak sangka la pulak, pejam celik pejam celik, dah 8 tahun dah aku kahwin. Tak sangka betol. Alhamdulillah , semoga jodoh aku sampai ke akhir hayat. Semalam tu consider aku baca akad nikah lah, then hari nie aku sanding , tu le back 8 years ago. Satu perkara yang aku tak kan lupa sampai bila2 pun, kejadian lepas baca akad nikah. Ye la, memang teruk aku kena lecture oleh my late mother. Nostalgia beb. Nak tau apa aku buat? Kalau biasanya orang lepas baca nikah nie kan, ilek2 jer dok kat rumah. Aku pulak lain. Sampai je rumah , aku salin baju melayu aku, pakai baju sukan, pasang kasut. Aku siap pecut pegi court basketball nak main. MAsa tu aku ketagih tahap dewa ngan game basketball nie. Sampai tepi court semua member terkejut, siap tanya aku balik “ Dy, bukan kau nikah ari tok tek kah?”, selamba je aku jawab “yes”. Diaorang tanya balik kat aku, “eh boleh kah pengantin yang nak sanding main?”. Aku jawab takder pantang kan..so the game pun begin. Tengah aku syok2 kejar bola sana sini, siap buat aksi Micheal Jordan & Scottie Pipen, tiba2 aku sayup2 dengar orang jerit nama aku. Bila aku toleh, alamak kakak aku lah. Siap jerit kat aku, “ Woi sapa suruh ko main basketball sedang besok nak sanding? Kalau kau jatuh muka calar tak ke naya..balik cepat oooo..mak marah kat rumah nunnnnnnnn..”. Selamba jer geng2 aku ketawakan aku, “kan dah cakap” diaorang jerit kat aku. Cehhhhhhh..apa la kakak aku bikin muka aku tebal , tak boley ke dier panggil aku slow2. Apa2 , bila balik umah siap kena lecture terok beb.
Still lepas 8 tahun, bila aku kenang2 balik kes itu, terbahak2 la pulak ketawa seorang diri. The memory remains..and selamat ulang tahun ke 8 to my wife..Love u…