Monday, January 31, 2011

Olaa...i'm getting older ( Young at heart )..

Well..it's my birthday today. Best ..why??? Banyak kekawan aku wish aku hepi bufdey kat facebook. Betul2 buat ari yang memenatkan badan aku macam x der aper2 jer. That's the beauty of facebook. Aku tak dapat lah nak balas semua ucapan2 tu, but i'm glad that my friends wrote the wishes for me. Really appreciate it guys. My circle of friends. Bak kata pepatah Melayu, berkawan biar seribu, kasih biar seorang kan. Now offically aku dah berumur 37 tahun. Boleh tahan berusia jugak aku nie. Kebetulan jugak makan arwah emak aku jatuh pada hari ini. Cantik ke tak tu...? Dalam aku celebrate aku lahir ke dunia, aku bersedekah al-fatihah untuk arwah emak aku.
Azam aku untuk kali ini, semoga aku jadi manusia yang lebey baik punya dari setahun dulu. Sekarang nie aku enjoy life aku, more than 10 years ago. With my family around me, my wife and my little daughter yang selalu buat aku cool, apa lagi aku nak mintak kan? Hanya syukur kepada Tuhan for this wonderful life.
Untuk kerja aku, semoga tahun nie aku dapat ler yang aku tunggu2. Ader la tuu..mana boley cakap kan.
Seriously aku tengah kering idea nie, badan aku penat bangat..kebetulan lak malam nie ujan, memang layn giler tidor nie..
Good night ...

Tuesday, January 25, 2011

dah gaji ka belom nie...

Pejam celik dah nak abis dah Januari, meaning bila dah masuk February nie bermakna dah 11 tahun dah aku kerja dengan majikan aku sekarang. Dan untuk pertama kalinya, aku tak attend dinner company aku. Aku ada sebab sendiri kenapa tak pergi. Tapi okay jugak lah. Dan sekarang nie, jabatan aku kat gomen nie pun dah bertambah ramai dah kakitangan nya, masuk lagi 4 orang budak CBG( pemerkasaan siswazah ). So memang meriah benar dah opis nie. Tempat duduk pun dah bersesak-sesak.
The next program masuk dalam jadual aku sekarang nie, sambutan Tahun Baru Cina bagi CMD kat DUN lama this coming February, Sejiwa Senada Lawas ( may be )- aku standby jer. Then besok lak aku kena pegi Toastmaster lak kat tingkat 12 atas nun. Bunyi macam roti kawen pun ada jugak program nie. Geng cakap program nie boring sebab banyak cakap, tapi aku no hal punya. Nak tengok sendiri camner kan. Kalau tak pegi rugi lak, mana tau ada ilmu best2 pasal public speaking yang aku boleh ambik.
Bila aku tengok alamanac aku untuk tahun nie, Januari dah penuh dengan macam2 event aku kena attend. Aku dah anggap almanac aku nie macam aku punya personal setiausaha pulak. Asal aku tengok jer almanac,mesti ada program dah tulis kat sana. Kira macam dier remind aku ler…
Apa yang pasti, aku punya holiday pegi Sabah end of March dah terbengkalai, malas aku nak cakap pasal aper..sedih la jugak tapi apa boleh buat. Maybe next time kot….
Aku tengok jam sekarang dah pukol 10 pagi….rrrrr…hari gaji ari nie..dah masyuk ka belom…????

Saturday, January 22, 2011

Love this song..such a beautiful lyric..

The words get trapped in my mind
I'm sorry I don't take the time to feel the way I do
'Cause from the first day you came into my life
My time ticks around you
But then I need your voice
As a key to unlock all the love thats trapped in of me

So tell me when it's time to say I love you

All I want is you to understand
That when I take your hand its 'cause I want to
We're all born in a world of doubt
But there's no doubt
I love you

And I feel lonely for
All the losers that will never take the time to say
What is really on their mind instead they just hide away
And yet they'll never have
Someone like you to guide them and help along the way

So tell me when its time to say I love you video

Friday, January 21, 2011

Duit terbang vs duit bertaburan...

Terbaca kisah duit syiling bertaburan kat highway di TV membuatkan aku teringat kisah aku di masa tingkatan 2 dulu. Aku dengan 2 kawan, tengah jalan pegi sekolah, time tu lak sekolah tengah ari. Nak di jadikan cerita, sebuah motosikal ( RXZ kalau x silap ), memecut la, tiba2 kita orang tengok duit note RM1, RM10 & RM50 melayang2. Biasalah time tuu, budak tingkatan 2 tengok mender camtu jadi depan mata tergamam la kejap. Bukan selalu tengok duit melayang depan mata beb. Macam tak cayer je..so tengah kita orang tergamam tu, lalu pulak seorang pakai motosikal, dier berenti dan mula kutipa ambik duit2note yang besar, time tuu aku n the geng masih lagi berdiri , bila tengok kita orang masih lagi berdiri, so lelaki tuu pun sound lah” Aih…apa tunggu agik..putit gik”. Selepas dier cakapmacam tuu…baru la aku n the geng bergerak nak kutip duit..kalau tak silap aku dapat dalam RM20, kawan aku yang sorang tu..the late Allahyarham Hamka dapat dalam RM50 kalau x silap aku. Korang tau je lah..time tu tahun 1989, student dengan duit sebanyak tuu dah di kira OKB segera tuu..
Aku masih ingat time rehat, sempat offer nak belanja kawan2 makan. Balik kepada cerita lepas kutip duit tu tadi, so kitaorang sambung la perjalanan ke sekolah. Then kita oarng perasan yang si empunya wang tuu bawak RXZ dier slow2 sepanjang jalan nak carik wang dier balik, so kita orang pun senyap2 control hepy takut dier perasan yang kutip duit dier…
Nak di jadikan cerita, seminggu2 tuu lah bila time rehat makan macam orang kaya jer…tu kisah yang pertama…nanti kalau ader masa aku cerita lak kes aku jumpa wang RM500 segumpal kat tepi highway di Batu Tiga Shah Alam nun…

Tuesday, January 18, 2011

Kes bunuh lagi....

Tengah aku driving dengar berita radio pasal kes bunuh budak umur 15 tahun, alih2 kes tu berlaku kat Kuching rupanya. Kesian budak tu, pasal nak jadi good citizen, dier hilang nyawa kena bunuh. Budak2 tu pun pendek akal sesangat. Aduh..pa nak jadi dengan orang Sarawak sekarang nie. Semakin ganas..akal pun dah semakin pendek. Maybe diaorang ingat bila dah bunuh budak tu, dier orang akan lepas dan masalah selesai kot. Tabik spring jugak aku dengan anggota RELA yang teramat peka bila dier orang mengesan suspek menunggang motosikal mangsa, terus diaraong tangkap n serah pada pihak polis.
Aku masih ingat zaman2 aku muda dulu, kalau takat baya belasan tahun tu, kalau nak buat kerja nakal tak berani buat open2 kat public( level nakal jer ..takder lebih2 punyer ). Tapi yang aku dapat perati budak remaja zaman sekarang nie, kalau dia orang minum arak kah, selamba jer buat kat simpang kampung, kat tanah kubur.Pernah aku jalan2 kat PArkson, sekumpulan budak remaja , mungkin dalam 13 or 14 thn, ilek2 jer berbangga telan pil , sempat lak tanya geng dier dah "onn" ke tak. Langsung takder kemaluan budak remaja zaman sekarang nie ( tak semua ler k ...cuma yang sewaktu dengan nya sajer tau.)

Al-Fatihah aku sedekahkan pada budak tu. R.I.P

Wednesday, January 12, 2011

Notebook aku "kong"...

Apa lah nak jadi, dahlah team bola aku asyik kalah, semalam, aku punya laptop kena attack virus Brontox masa aku tengah buat blog surfing. Sungguh kurang sopan betol virus tuuu...abis semua exe file kat notebook aku dier sapu, last2 dier attack window punyer exe file langsung notebook aku padam. So, aku pi antar kat technician komputer buat reinstallation pasal aku takder recovery CD, alih2, tengah2 dier buat recovery tu, aku punyer notebook screen pulak kong. Aik..berganda2 la problem dier. Aku bukan nak buat kantoi la, tapi yang aku ingat aku klik dua blog before virus tu attack, iaitu blog redmummy & blog saytunt. So yang mana satu yang release virus tu aku pun tak tahu, maybe sapa2 yang tau owner dua blog nie, maybe boleh inform suruh owner tu buat checking kat blog diaorang. Jadi untuk seminggu yang akan datang nie, aku pakai notebook standby kat opis aku. Semua record email aku, semua nya ilang pasal Brontox nie..
Pagi tadi masa aku tengok berita Buletin Pagi TV3, ada lagi kes buang bayi kat semenanjung nun. Alahai..kejam nya manusia tu..tahun 2011 baru jer masuk hari ke 12, tapi jumlah bayi yang dah di buang berjumlah 9 orang. Apa nak jadi dengan manusia sekarang nie..buat mahu tapi tak berani nak bertanggungjawab. Bagi aku orang lelaki yang buat tu memang bachul n perempuan tu pulak, tak pikir ke pasal harga diri. Sungguh2 aku terasa sedih pasal kanak2 kena buang nie..Jangan la sampai bala di turnkan kat sana nanti baru nak insaf...

Monday, January 10, 2011

Dunia tanpa Facebook

Hari ini aku tak keja, sakit perut. Entah kenapa aku pun tak tahu. Tapi korang ada terbaca online news tak, owner Facebook buat announcement yang dier akan tutup laman facebook. Sebabnya nyer dia nak kita semua keluar and jumpa n carik kawan2 secara semulajadi. Bila reporter tanya sebab lain, dier cakap mengurus FB nie buat dier stress banget, dan dier nak hidup dier kembali normal macam bulu. Persoalannya sekarang, bagi mana2 kaki FB nie, apa kan jadi dengan diaorang yang memang taik FB nie. Bagi aku, tak jadi masalah, kan takder benda yang kekal kat dunia nie. Apatah lagi menda2 macam nie kan. Ada komen2 yang aku baca kat online, contoh nya seorang remaja nie cakap hidup dier memang evolve sekitar facebook nie, sampai dier marah kat owner FB nie, apa yang dier akan buat tanpa FB. Bahkan orang bisnes pun marah kat Mark nie. Pasal la diaorang nie sumer? Macam la dunia nak kiamat kalau FB takder. So Mark nie cakap dier dah pilih tarikh 15 Mac nie nak shutdown server FB ni, jadi kalau sapa2 yang nak save balik gambar2 peribadi kat FB tu, sekarang nie lah masanya. Tak dapat aku bayangkan jugak la kalau surf nanti takder FB. Yang pastinya Tweeter,Myspace, Friendster kalau kembali mengambil takhta sebagai raja social networking balik.
Cuma yang aku kesian nanti, anak kue tak dapat la main game lagi kat FB tu..
bangun tidor gik dah main FB hehehehe..

Satu lagi aku nak komen pasal team bola feveret aku nie, Liverpool. Aduhai kenapa lah malang sangat musim nie, semalam tewas pulak dengan Manchester United, Gerard kena buang padang. Bila la sumer nie nak berakhir, sakit jiwa aku time nie tau tak..

Friday, January 7, 2011

Ajinomoto..

Sukses …video yang aku buat untuk hari perhimpunan kakitangan JKM kat DUN lama. Well, aku tak boleh la ambik credit sorang2, thanks to the CBG team jugak yang tolong carik gambar yang bagus. Itulah video yang aku buat khas untuk special function. For me, satu lagi achievement. Sekarang nie, aku tengah dok study pasal mixing software, ingatkan nak buat dance music sendiri, tengok lah dalam sebulan dua nie, hopefully aku dapat master software tu cepat2.
Semalam semasa dalam perjalanan nak ambik buah ati kue, ader satu kereta depan aku yang betul2 tarik perhatian aku. Mana taknya, biasa kita tengok sticker kereta semua nya lawa2, nama yang di buat sticker pun memang canggih la nama nya. Tapi this car, a white proton saga, dengan sempoinya dier letak sticker ajinomoto..memang sempoi. Totally berlainan dari kereta2 lain , maybe the owner terfikir dier tak nak sama dengan sticker kereta yang lain yang mungkin dah melambak kat jalan tu. Mungkin itu sebabnya dier letak sticker ajinomoto nie kat kereta dier.


tapi aku kira respek la dengan owner kereta nie, sebabnya he dare to be different walaupun ada sedikit pelik. Maybe, satu hari nanti aku jumpa lak kereta pakai sticker Secukup Rasa, mana la tau kan hehehehe...adios.

Monday, January 3, 2011

Semangat tahun baru dan aku terbabas .....

Hari pertama turun kerja untuk tahun 2011, aku terbabas tidor. Bukak2 mata, tgk jam dinding dah pukul 8.40. Alamak…pasal layan cerita semalam sampai pukol 3.30 pagi,aku terbabas sampai lepas lak Subuh. Sampai opis dalam pukol 9.15 . Lepas bukak notebook, bukak email, kekawan ajak pegi minum pagi. Lepak lak kat kantin sampai pukol 10. Opis hari nie pun sunyi jer, banyak yang pegi ke sekolah coz anak2 diaorang masuk darjah satu. So takder lah banyak sangat kerja, last year punya request aku dah kasi settle before cuti Jumaat lepas.
Azam aku tahun baru nie? Semestinya kita ingin nak jadi manusia yang lebih baik dari tahun sebelum nya ? jadi adakah aku jahat tahun lepas ? takder lah jugak cuma nakal sahaja. Lagi pun aku tak pernah buat azam tiap2 kali tukar tahun. Aku buat azam baru tiap2 kali tiba tarikh hari jadi aku. Macam biasa jugak, aku tak pernah nak share aku pun azam dengan sesiapa walaupun orang yang paling dekat dengan aku. Itu cuma antara aku dengan Tuhan aku jer yang tahu. Nobody else should know…so tiap kali bufdey aku, aku tengok lah apa yang aku azam nak ubah berjaya ke tak? Bagi aku, aku dah banyak berubah in a certain way. Aku dapat rasa yang aku tak la macam dulu lagi, internally la, bukan externally. Itu apa yang aku rasa lah…Insya Allah.
Btw, kepada semua orang Sarawak yang ada baca entry aku kali nie, aku nak buat satu pengumuman. Kat dalam facebook sekarang nie, aku satu akaun yang guna nama Sarawak Government. Masalahnya sekarang , admin akaun nie dah buat satu status update yang berbaur perkauman yang langsung tidak mencerminkan pendirian Kerajaan Negeri Sarawak. Kekadang status yang dier update pun punyer la bodoh bunyi nya. Masalah nya sekarang, dah ada pengguna facebook kat luar sana percaya yang si empunya akaun nie mewakili kerajaan negeri Sarawak. So, aku mintak la tolong war2 kan kepada sesiapa jer yang berkenaan .

Semangat 1 Malaysia beb…

Saturday, January 1, 2011

Great end to start a great new beginning...

Malaysia menang piala AFF , memang best benar ending untuk tahun 2010. Then PM umum 31 lak cuti umum, memang layan abis. Sambutan tahun baru aku..aku ilek kat umah jer. Layan DVD, The Shield season 5 & 6. Tapi tepat jam 12 malam, kawasan sekeliling umah meriah dengan bunyi orang main mercun. Macam tahun baru cina la pulak.
Well, this is my first posting for the year 2011. Wish all bloggers a very happy new year.