Tuesday, November 30, 2010

Goodbye & Welcome...

Mula2 nya, Al-Fatihah untuk arwah ayah mertuaku yang baru jer meninggal dunia pada Khamis Lepas. Salam takziah untuk bini ku, sabar2 je lah ok..coz Tuhan lebih sayang kan dier sebab tu Dia ambik untuk di jaga. Alhamdulillah kerana semuanya urusan pengkebumian berjalan lancar. Sebab dier meninggal di hospital, pihak hospital telah mengatur urus dengan pihak Lembaga Amanah Masjid untuk meletakkan wakil mereka di hospital bagi memudahkan urusan pengkebumian. Pokok pangkalnya, semua nya senang, kita pilih jer pakej pengkebumian yang kitak nak, dari sekadar memandi & menyembahyangkan jenazah sehinggalah pakej lengkap yang menguruskan segala-galanya. Kalau tak silap aku, masa dulu2 takder kemudahan seperti ini.
Ayah mertua aku meninggal tepat jam 9.35 pagi, akibat sakit kanser yang agak lewat dikesan, which is a day before Haria Raya Aidilfitri dulu. Syukur jugak sebab masa dier meninggal , semua anak2 dier ada kat sisi dier termasuk lah aku ngan anak ku. Kesian baby aku tu, hari pertama & kedua asyik tanya, mana pegi pak tok nek. Kesian anak aku. Tapi one good news, hilangnya seorang umat Muhammad diganti pula dengan yang lain, which is kazen gua kahwin last Sunday. For sure nanti bertambah lah pulak kan. And for the 3rd time lepas kahwin, aku naik pelamin lagi. Jadi kalo sapa2 cakap kalau nak naik pelamin lepas kawen kena mintak permission bini. Aku dah dua kali dapat green light, tapi takat tahap bestman jer lah. Tak lebih dari itu.
Bak kata pepatah , patah tumbuh hilang berganti. Tiap yang hidup itu pasti akan mati kerana sesungguhnya mati itu benar, syurga neraka itu benar. Aku dah hilang 3 orang yang aku sayang iaitu mak bapak aku, and now pak mertua aku. Aku hanya mampu doakan untuk kesejahteraan mereka jer kat sana. Being anak yang baik untuk mereka supaya doa aku sampai kepada mereka semua. For my kazen, selamat melayari alam rumahtangga Bro, there will be pro & cons nanti but that’s marriage, banyak masam manis nya.

Al Fatihah untuk ayah mertuaku and untuk kedua arwah orang tua ku….

Wednesday, November 24, 2010

Bercakap pasal ketiak......

Lately, aku perasan ada satu iklan kat dalam TV, pasal deodorant yang boleh buat ketiak si pemakai tu jadi putih. Nak di jadikan cerita lak, jalan cerita iklan tu gunakan dua amoi cantik la. Ye la tengah driving2 ke mana entah aper2, tiba2 lak tayar diaorang pancit. So, kawan dier yang sorang nie, yang pakai sleeveless , cuba la nak tahan kereta2 yang lalu , dengan hajat nak mintak tolong tukar kan tayar la tu, tapi hampeh sorang pun tak nak berhenti. So kawan dier yang sorang pun naik bengang, siap koyak kan lengan baju dier, berdiri tepi jalan sambil melambai dengan menunjukkan ketiak dier yang putih melepak. Alih2 berduyun2 keta hero2 berenti offer nak tukar tayar dier urang. ( aku tak pernah pulak sangka benda cam nie boleh jadi ye ). Power jugak ketiak putih nie yee…ada power menghentikan kenderaan. Aku pasti , memang aka nada pempuan2, lepas tengok iklan tu, pegi depan cermin periksa ketiak sendiri, putih ke itam.

Kesimpulan yang aku dapat la dari iklan nie, mana2 perempuan la kan, saper2 je yang baca entry aku nie, kalau korang mintak tolong aper2 la kan kat tepi jalan, kalau x der jantan@hero yang berenti nak tolong, paham2 je lah sebab musabab hero2 nie tak nak berenti , pasti ketiak korang tu hitam hahahahhaha…( eeeeeee geli geleman aku membayangkan pompuan ader ketiak itam dalam dekad serba maju nie ….). Entah2 jadi kemalangan besar la pulak bila korang angkat tangan tayang ketiak itam korang..
Tapi wahai pempuan2 semua, jangan risau la…kat Malaysia, Sarawak am nya, hero2 dier sumer baik2 belaka. Ketiak2 tak main laa…tapi jangan la pulak korang biar kan ketiak korang itam la pulak. Tu mencerminkan kebersihan diri tu beb..
Tapi yang pastinya ketiak aku tak hitam, ketiak korang macam mana …?????

Thursday, November 18, 2010

Aku dan prinsip aku ...( wasehhhhhhhh......)

Tengah ilek nie, so nak di jadikan cerita, aku merondalah di alam maya dunia internet. Pegi baca blog orang, surf itu, surf ini. So aku terjumpa satu web nie lah. Macam laman sembang lah, u boleh uplod aper2 jer..orang Sarawak buat nie. Aku kira tabik springlah dengan si empunya laman nie, tapi yang x bestnyer, setengah2 ahli dier tu tangkap uplod citer yang tak terbukti lagi kebenarannya. Ada lak yang uplod citer yang memang tak betul langsung. Aku malaslah nak sebut aper. Tapi la kan, bukan ke tak baik kita uplod citer2 yang belum pasti kebenaran nya dan citer yang kita memang sendiri tau tak betol untuk tatapan orang lain. X best la kan.
Kalau benda tu suatu fitnah, bukan kah kita telah memanjangkan lagi citer fitnah tu..ish2 tak baik la kan. And kalau kita sebarkan pulak yang sememang nya cerita yang di sebar itu adalah rekaan semata2, yang mengapi-api kan sesama saudara seagama, kan ke lagi naya. Aku tau lah, itu hak peribadi, tapi bagi aku, kita as blogger kenak ada etika, kita kena jujur dalam membuat posting. Janganlah sekadar buat posting nak glamer sedangkan yang di post tu totally hampeh. Aku tak la baik sangat tapi aku berpegang pada prinsip aku sendiri, iaitu kalau nak buat story, samada dari pengalaman sendiri, mengomen apa yang berlaku di sekeliling itu dari kacamata aku sendiri dengan syarat aku tak meyinggung sapa2 le kan.
Bukan nya apa. Every time aku baca bloggers buat macam tu, aku rasa diaorang nie, saja jer nak carik nahas & glamer murahan.
Bagi aku, bloggers kena ada prinsip Rukun Negara yang nomor lima tu…Kesopanan & Kesusilaan. Sebab aku dapat tengok, Rukun Negara yang nomor lima tuh dah kurang di amalkan oleh kiter nie sumer kan..

Love, Peace & Harmony…

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha to all muslim bloggers & frenz..masa aku buat entry nie, takbir tengah main kat Astro nie. Memang menyentuh kalbu betul bila dengar takbir nie. And esok holiday and harap2 u all enjoy the holiday esok. Aku punya baju melayu lagi belum kena iron nie. Tengah piker mana satu nak pakai pagi besok. Surau belakang umah aku, akan korbankan lembu besok. Mungkin aku nak pegi tengok time diaorang sembelih lembu tu nanti.
Apa program aku nak buat lepas semayang raya esok, belum lagi aku fikirkan. Mungkin layan tengok citer movie yang aku dah donlod antara yang dah ada dalam list. Yang pastinya, petang esok aku dah ada jemputan untuk makan2 kat umah bapa saudara aku, apa function pun aku belom tau lagi nie…kepala pun tengah kosong nie, mungkin pasal perut aku kosong jugak time nie…nak makan apa pun belom lagi tau nie…arghhhhhhhhh…
Pasal ler kepala aku serabut sangat ari nie..apa2 Selamat Hari Raya Aidil Adha lagi sekali…salam…

Monday, November 8, 2010

Bah ...gi tengok laser juh.....


Petang semalam channel HBO Astro, diaorang main citer The Naked Gun…layan wa cakap lu. Lama betol aku tak tengok citer tu, lawak tahap gaban, tambah lagi muka selamba Leslie Nielson tuhhh..memang penat otot perut aku ketawa. Citer tu buat aku terkenang kembali zaman dulu, masa Laser Disc Room tengah glamer kat Kuching. Aku siap pakat ngan member pi Laser Disc, sewa bilik and tengok citer2 latest, sequel cerita Naked Gun nie pun antara geng2 dan aku tengok dulu, Naked 2 ½, Naked 33 1/3..memang lucu.
Everytime kalau nak tengok citer kat Laser centre, geng akan inform bila date so senang lah kumpul duit. Biasanya satu bilik tu RM20 ke RM25, kadang2 aku punyer group nie sampai 15 orang, so kira murah lah bayar sebab harga bagik sama rata. Then kalau ada geng yang bawak GF, for sure diaorang duduk kat row belakang, mana2 yang datang solo, sumer dok depan. Yang bestnya pulak, ada geng yang bawak GF nie dier pegi buat projek kat belakang, maka timbul lah bunyi yang lain selain dari bunyi sound effect citer tuu…saper2 yang takder GF tu memang telan air liur je lah dengar bunyi sound effect tu…nostalgia2…betol buat aku tersenyum jer nie…
Tapi sekarang nie, tempat2 laser nie banyak yang dah gulong tikar. Yelah …tempat orang dok buat projek, dah lah kotor, jarang tauke dier cuci tempat tu. Aku masih ingat aku & the gang kadang2 jumpa kondom kat lantai bilik tu, paling dasat kawan aku terduduk atas hasil “muntahan” orang laki nie kat atas tempat dudok…fuhhhhh geli woooo. Pernah jugak terjadi , kes salah bilik, aku & the geng ilek2 je bukak pintu bilik, alih2 depan mata tengok orang bogel tengah bertindih atas kerusi sofa tuuu…adeh2 tak pasal2 kita orang tengok citer biru free. Tu baru sedikit kenangan tuu…banyak lagi…sekarang nie, tempat nie banyak yang dah golong tikar. Bagus jugak lah. Ya lah dulu, player CD nie kan mahal, saiz dier bagak( besar ) pulak tu, time tu mana ada CD, LD jer yang ada. Saiz pun besar pizza deluxe. Sekarang nie kan player tuu dah turun harga, CD dah wujud, DVD dan sekarang era Blu ray la pulak.
Bila aku piker balik la kan, aper la budak2 sekolah buat sekarang yer time masa lapang diaorang? Hmmmm…adios…

.

Friday, November 5, 2010


<
Hari ini adalah Hari Deepavali. Sarawak tak cuti tapi Semenanjung adalah public holiday. Aku tak banyak kawan bangsa India cuma ada sorang dua jer. So aku nak wish diaorang a very Deepavali. Lepas ni lak Hari Raya Qurban, kalau orang gomen, for sure awal punyer pay day. Kompeni aku tak ikut , biasalah, ader lain sikit dari yang lain.
Sekarang nie kat AXN channel, Amazing Race Asia tengah dok main. Aku punyer team feveret , Khairie & Ethan. So far diaorang punyer performance ok, cuma ada la sekali tu, diaorang buat mistake, hampir2 nak terkeluar. Team yang aku paling bengang sekali, for those 2 guys from India, Sahil & Manas. Aku perati diaorang , rupa bukan main macho tapi alahai, buat serba serbi macam bapok. Mengalahkan team pempuan pulak diaorang berdua tuuu…satu lagi team dari Filipina tu, memang best, aku rasa munkin pasangan Malaysia & Filipina nie antara yang masuk the last three. Unless ada kejutan berlaku.


[ tengok betapa hepy nyer Kobe, Garnett & McGrady bila liga NBA nie dah start ]

Basketball pun dah mula jugak sekarang nie, NBA. Miami Heat aku rasa antara team yang akan orang dok perati sebab ader 3 player bagus dalam team tu, Lebron, Wade & Bosh..power beb. Tapi diaorang kalah by Boston ( team aku nie ) dalam opening game..go Boston. EPL lak, aku punyer team, Liverpool baru jer ada sikit improvement. Dapat menang 2 games in a row. Go Liverpool. Diaorang next game will be lawan Chelsea. Kalau boleh menang nie, memang moral boost giler nie.
Dah ujung minggu nie, ingat kan nak ilek, tapi dah jugak ada keja menunggu. Alahai…to my cousin, Oden, semoga u selamat bersanding kat sana, sori Bro, kue tak dapat pegi u punya wedding kat saner, ada keja …semoga kekal ke akhir hayat …

Monday, November 1, 2010

Si Cilik kue..


Dah menjadi rutin kue, sebelom balik umah aku akan pegi ronda2 rah town bawa kue punya princess lah. Seperti biasa dier nie mencarut entah apa2, kali nie dier menyanyi lah..dia asyik cakap waa..waa.waaa. Bila kue tegor dier marah , cakap “jangan kaco kamek lagu”. Kue cakap la kat dier balik, lagu apa yang banyak sangat waa waa tu. Lepas tu dier terus nanyi, waaa..waaa..then kat ujung waawaa yang banyak2 tu, dier sebut want ur bad romance ( but not a perfect English, just sound like ). Aku terus cakap,la rupa nya lagu Lady Gaga…aku dengan bini kue terus ketawa pasal lucu betol part dier sebut ayat omputih tu. Walaupun tune lagu tu dah betol tapi memang lucu. Aku betol2 tak sangka yang princess kue yang umur 3 tahun nie dah boleh nyanyi lagu Lady Gaga. Budak2 zaman sekarang. Lepas tu dier bawak lagu Akem, Hafiz..hehehehe.Ada bakat menyanyi rupanya anak kue nie.

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...