Thursday, October 28, 2010

Aku nak lepas geram niiieee....

Masa kue turun keja pagi tadi, dengar radio la cam biasa. Then aku terdengar satu berita nie, pasal SUHAKAM yang memperjuangkan hak asasi tuhhhh…diaorang nie tegor lah pasal kes penahanan pegawai2 imegresen yang dok terima rasuah bagi orang luar masok tu. SUHAKAM cakap, penahanan diaorang melanggar hak asasi manusia…WTF with this SUHAKAM..????? Come on lah bro SUHAKAM, diaorang tu jual Negara kita tau tak, jual kedaulatan Negara untuk kesenangan diri sendiri, ko masih lagi nak bela….Memang SUHAKAM nie dah takder keja lagi dah woooo….bengang kue nie tau. Kalau diaorang memperjuangkan kes orang kena tahan ISA tu , kue x kisah sangat lah …
Satu lagi yang aku bengang nie, pasal aduan aku dengan JPJ nie, kisah orang yang potong line kat Jalan Matang, yang dah sampai tahap membahayakan orang nie, no aduan kue ialah 147977. Sampai sekarang nie, aku tak nampak pun tindakan dari JPJ lagi. Case aku diaorang dah letak solved sedangkan x pernah ada tindakan di ambil. Jgn lah sampai ader ilang nyawa baru nak bertindak. Ari tu dah jadi xciden, teruk jugak head on collision, nasib baik x mati. Aduan kue nie dah dekat 2 bulan x der tindakan. Binawe betol…harapkan wakil rakyat kawasan aku nak solve kesesakan nie, dier punyer nasihat..turun keja awal..bagi aku nasihat tue x masok akal bagi aku. Tak kan kue kerja masok kol 8, aku turun keja kol 6 pagi semata2 nak elak traffic jam…aku dah cuba turun awal..ke lambat ke…tetap jugak jumpa traffic jam nihhh…dioarang kan tahu kat area Matang nun banyak betol kawasan perumahan, sediakan lah kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, buat lah alternative route nak bagi orang kuar dari kawasan Matang nihhh…
Dah puas dah ati aku lepas geram ari nie..munkin lepas nie aku nak lepas geram pulak ngan double cheese burger kat McD nun..lama jugak dah x lepas gian nie…betol2 geram jugak kat Double Cheese burger Mc D tuhh….nanti haaa kue datang dalam ½ jam lagi…

Tuesday, October 26, 2010

One tune( sejiwa senada ) mula balik tapi badanku out of tune ...

Minggu yang penuh dengan aktiviti. Banyak program tengah berlangsung. Hari ini berlangsungnya ICT Media Award kat Pullman, dari pagi sampai lah ke acara kemuncaknya malam nanti. This weekend for 2 days, Karnival Broadband kat Padang Merdeka. Penat jugak oooo….lepas ya, State Civil Service day laaa pulak, this one kue rasa kue akan terlepas dari kena duty. Then untuk Sejiwa Senada Kapit yang di tunda sebelum nie, tarikh baru dah kuar , akan di buat on 26 to 28 November. Banyak travelling tok, for sure banyak jugek laa masyuk…tak banyak tapi ader laaaaaaaaaaa….Kira berbaloi la dengan penat lelah.
Time nih kue rasa kue punya blood reading (BP ) dah macam banyak benar stabil. Kalo sebelum nie, reading sekitar 149/93 , lately dah stabil sikit around 129/79. Kira ok nihh…lepas check up , kalo doktor cakap tak payah ambik ubat lagik, kue rasa nikmat dunia kue dah dikembalikan , Alhamdulillah…betol wa cakap lu, tiada yang lebih berharga dari cincin emas kalau dibandingkan dengan kesihatan yang sempurna. Mintak2 lah kue lepas…
Lepas nie, kue nak menten kue punya health. Badan kue dah tua dah, walaupun ati kue masih muder remaja, badan dah nak expired dah. Kalau dulu injured main bola kejap pulih, sekarang nih..toksah cakap. Injury sikit jak, berminggu2 nak pulih. Tak tua panama tuhhhh…kan kan.??
Apa2 pun kue nak layan mp3 nih..lagu Skid Row, I Remember you, tangkap lentok wooo dengar lagu nih, kalo x caya, pegi donlod nun…meleleh air liur wa cakap lu…adios..

Monday, October 18, 2010

Cerita hospital &ejen pencen.,..

Biasanya aku kureng sikit minat dalam budget2 nie, tapi seperkara yang menarik perhatian kue. A new hospital will be built in Petra Jaya. Wahhhh…ini sudah kira bagus. Dah tiba masanya Petra Jaya ada hospital umum untuk penduduk sebelah kawasan Petra Jaya yang dah semakin meningkat. General Hospital Kuching yang sedia ada pun dah overcrowded. Cuma yang akan jadi persoalan sekarang nie, kat mana hospital nie akan di diri nanti. Banyak jugak lah peluang pekerjaan jadi nurse nanti. Aku pun dengar PTK pun dah di mansuhkan, kesian jugak tengok yang sebelum nie, berhempas pulas study pasal PTK nie, alih2 kena mansuh la pulak. Back to square one balik dah semua nya. Apa2 pun aku harap yang apa yang PM dah buat nie akan menghasilkan yang terbaik untuk semua kakitangan awam.


R.E.D aka Retired & Extremely Dangerous lakonan Bruce Willis ( fevered action hero kue nih ), tangkap layan wa cakap lu. Aku memang minat ngan lakonan Bruce Willis dari dulu2 gi. Movie dier nie tak lah ganas tahap kapak or tengkorak but sememangnya secukup rasa. Dari tajuk lagi kita sumer dah tau yang dieorang nie semua retired agent. Kalo nak buat aksi bahaya sangat nanti jadi orang tua tak sedar diri la jugak, tapi apa yang dia orang buat dalam movie tu base on pengalaman dia orang time keje dulu lah. Aksi ala kadar jer tapi best. Syok jugak citer nie, aku tak nak citer lebih2. Kalau nak tahu pi tengok sendiri k.
Lepas nie, tengok lah apa movie yang aku boleh tengok gi…

Thursday, October 14, 2010

Bahaya ke tak nie...cakap la betol2...

Aduh malas banget nya rasa kue ari nie. Nak kata perut kenyang sangat, kue makan sikit jer. Mungkin lah kerana kesejukan tahap freezer aircond kat opis kau yang buat mata kue mengantok. Mood nak buat keja ari nie pun tak der, malas. Inilah yang kue boring sangat. Kalau kat rumah boleh lah kue buat aksi ‘bertekong’ atas tilam.


Dah lah tengok news malam semalam, mee Indomie ada bahan penyebab kanser. Aduhhhh lagi sekali. Aku masih ingat , time aku belajar dulu, mee indomie nie lah penyambung nyawa, macam2 stail masak aku n the geng buat kat hostel. Alih2 rupa2 nya mi indomie ni dier punya bahan pengawet terlebih. Kalau di ambil secara berterusan boleh menyebabkan muntah2 dan kesan jangka panjang adalah penyebab kanser. Pendek citer punya dalam badan kue nie dah ada pemangkin untuk kanser, tensen nie woooo….semoga aku akan sentiasa sihat walafiat hendaknya.
Then aku terbaca la pulak statement dari kementerian kesihatan yang mi indomie nie selamat lak di makan. Aduhhhhh kali ketiga. Mana satu yang betol nie. Betol2 memeningkan, kalau mender nie selamat, why in the first place TV3 buat laporan macam tu, sapa yang betol, sapa yang salah pulak nie…
Aku punya kesimpulan senang jer, aku tak akan makan lagi mi indomie nie, potong dari list penyambung nyawa kue. Aku pun berharap yang pihak kementerian nie dapat lah buat kat dier punya laman web list2 mender yang selamat dan diperakui oleh mereka memang selamat di makan.
Nampak gayanya Mii Sedap lah jadi pujaan ati kue buat masa nie..

Monday, October 11, 2010

Sukan Komanwel...penonton yang over acting...

Aduh…selepas sekian lama tak menyepak bola, semalam aku dapat peluang main. Keputusan nya, team aku kalah 5-1. First half aku main depan, memang dah out dah. Stamina takder, control takder, berkarat semuanya. Second half aku main jadi keeper lak, ok lah, tembus sekali, save sekali, yang lain defender memang cekap punya tangkap offside. Sekarang nie, team aku dah tak macam dulu, kalau sebut jer ada main, kompom akan ramai yang turun, siap2 boleh satu team main each half. Sekarang nie, nak carik reserve pun takder. Abis2 main bergegar kepala lutut kue.
Sekarang nie kan , tengah berlangsung sukan Komanwel kat India nun. Aku ada peristiwa yang aku anggap lucu, aku tengok masa hari Sabtu lepas belah pagi kalau tak silap. Acara lompat bergalah. Masa aku tukar channel tu, aku cuma nampak seorang atlet dari India lah, tengah buat lompat bergalah nie, dier mula dari ketinggian 3.5m and carry on lah. Aku hairan kenapa dier sorang jer, sedangkan atlet lain suma dok dudok kat tepi jer. Aku peratikan every time atlet dari India nie dapat buat lompatan tu, penonton tuan rumah sorak bagai nak rak, so aku ingatkan yang atlet India nie tengah top la kan, aku ingatkan yang lain dah terkeluar, sorakan penonton India nie pun satu, macam atlet diaorang nie dah menang pingat & buat game record. Check2 rupanya, dier sorang jer yang mula dulu. Atlet2 lain Cuma mula takat 4m. Bila aku dah sedar , aku memang tergelak sakan sorang2. Apalah punya penonton, betol2 over acting. Yang makin aku tergelak , bila atlet lainnak mula, atlet India nie dah tersingkir pulak. Memang over acting lah penonton diaorang…lucu wa cakap lu kalau korang tengok pagi tu…

Wednesday, October 6, 2010

Pengalaman ku di hospital...

Untuk kesekian kalinya aku ke Hospital Besar Kuching. Terima kasih lah gomen kerna sediakan kemudahan perubatan yang amat baik keadaan nya, katil2 yang telah naik taraf, tempat yang lebih selesa. Gua respek dengan gomen kita. Tapi, ha ada tapi nya…lif hospital di Kuching GH, masih lagi pada tahap kelembapan yang sama seperti puluhan tahun dulu. Aku pun tak paham. Dah lah slow pergerakan lif untuk para pelawat, tapi kalau lif untuk diaorang angkat waste, bawak katil pesakit semua nya cepat. Tak best lah macam nie kan…
Hari ni lak perut kue meragam masa kat GH tadi, aku dapat bayangkan yang public toilet kat sini akan berada dalam keadaan bersih, may be bukan lah 100% sempurna, paling kurang pun bersih lah kan. So bila aku masuk dalam toilet, semua nawaitu aku nak buang ‘waste’ aku semua nya terbantut. Manakan tidak, aku bukak toilet, aku jumpa segumpal emas kat dalam lubang, penuh lak tuu…loya beb. Sapa lah manusia yang buang taik banyak sangat camtu and then lepas buang , selamba jer dier tak flush. Aku tak boleh bayangkan, tisu jamban takder , air paip ada. Takkan lepas berak manusia tu tak basuh…ish2 musykil2 aku. Paling2 kurang pun dier basuh berak lepas buang, mesti la gumpalan emas dier akan clear, nie menten jer dalam longgokan. Puhhhhhhhhhhhhh …..kembang air liur aku.

Friday, October 1, 2010

Kisah Hantu dan makan2...

Secara rasminya , aku menarik diri dari kumpulan Sejiwa Senada Mukah. Semuanya atas sebab peribadi, sesuatu yang kue tak boleh elak. Jadi, cuma tinggal 2 tempat lagi kue akan bertugas, Kapit & Sri Aman. Lepas tu, kue punya turn abis. Kalau kue joint ke Mukah, surely less time kue with my family. Ya lah, lepas Mukah, rest one week pastu terus ke Kapit. Endurance beb…
But , what really interest me this morning..kisah tempat ladang jutawan kosmetik tu kena bunuh, polis2 yang jaga kat situ sekarang nie, cakap selalu dengar suara orang mintak tolong. Seram wa cakap lu. Alih2 polis yang di suruh jaga kawasan tu, dari 2 orang sekarang nie dah jadi 6 orang. Rupa2 nya pak polisi kita nie semua takut hantu hahahahahaha….Satu lagi laporan dalam akhbar cakap, salah seorang suspek tu di datangi oleh satu lembaga…Ha kan dah naya, kena kacau antu orang kena bunuh.
Lepas nie, aku nak pegi ke Raya Open House, kat Samariang, then pagi Ahad pulak, Majlis Ramah Tamah Aidilfitri kawasan kejiranan aku, last function pasal raya lak yang akan aku attend, next week kat DUN lama, anjuran Jabatan Ketua Menteri. Aku rasa kat DUN tu akan jadi penutup sambutan raya tahun nie. Masa tu lah time aku tengok semua muka staf yang ada kat Wisma Bapa Malaysia.
Then, proses makan2 pun akan berterusan untuk 2-3 hari nie, semuanya makan yang sedap2 punyer, rezeki katakan..Alhamdulillah…

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...