Thursday, August 26, 2010

National day blunders...


Kue jalan2 semalam dan terjumpa sesuatu yang amat menyakit kan kalbu kue. Di saat kerajaan mempromosi hari kebangsaan, menanam semangat cintakan kemerdekaan, ada jugak pihak yang masih kurang sensitiviti. Ada ka patut ulang tahun kemerdekaan boleh salah tulis, dah lah billboard tu besar bangat. Orang semua sibok ngan kemerdekaan yang ke 53, alih2 diaorang promo kemerdekaan yang ke 52, apa nie ...bengap ke aper yek...
Bagi aku, ini adalah salah DBKU, tidak memantau apa yang di pasang di kawasan mereka. Salah pembuat poster billboard tu yang tau untung jer, tanpa perlu memeriksa apa yang mereka buat itu betul atau tidak...
gua bengang nie tau tak.....

Tuesday, August 24, 2010

Terkenang semasa dulu








Masih kah korang ingat ngan benda2 nie sumer ? Kasut sekolah aku zaman dulu nie, masa aku sekolah menengah and rendah.
Buku kesihatan, antara subjek masa aku sekolah rendah dulu. Asal ada test jak , aku mesti score 100% hehehehe..
Then siri cerita seram yang femes time aku dolok ...

Nostalgia beb...

Sunday, August 22, 2010

Kisah sedih kawan aku..

Semalam kue pegi lepak kat The Springs..biasalah , menghabiskan masa sambil nemani org2 rumah nya membeli perkakasan membuat kuih. Raya kan dah dekat. Apa yang menyentuh hati kue semalam, terjumpa seorang kawan lama, my junior in school dulu.
Seperti biasa kue akan tegur, and bertanyakan khabar. For once, aku rasa bertanyakan khabar pada kawan aku nie, satu tindakan yang salah. Bukan apa, dier terus pegi cerita kat aku yang husband dier dah pass away, and yesterday betul2 baru sebulan. Tergamam gua. Aku cakap sorry lah pasal tak dengar cerita. Sedih juga dengar cerita dier nie, yelah laki dier tak sakit, tiba2 jer passaway. Sebab..bacterial infection kat lungs…aduhhhhhh. Mula2 tu dier cakap husband dier sakit tengkuk, so dier pegi jumpa doctor kat klinik kea per ker kat Miri nun ( coz dier baru jer transfer ke Miri ). Alih2 doktor tu bagi 2 suntikan kat tengkuk dier. Then laki dier ok jap. But few days later, laki dier punya health dah depleting. So dier balik Kuching, doctor kat Kuching ( well known hospital lah )cakap laki dier ok lak. And laki dier pun Nampak cam ok balik jer. Lepas tu, laki dier sakit balik, dier punya BP turun, kidney dier fail and sekelip mata jer dier dah meninggal. Kawan aku nie cakap, dier betul2 tak sangka yang laki dier akan pergi dulu. Sampai dier cakap, dier dah tak mampu nak menangis lagi dah. Masa dier cerita nie kat aku, kakak dier yang temankan dier beli barang raya untuk anak2 dier dah bercucuran air mata. Sedih tengok nasib adik dier kot. Anak2 dier sampai takat semalam semua masih pikir bapa diaorang masih kat Miri. Aduhhhhh …tersentuhnya hati kue kat situ. Kesian tengok anak dier, coz yang bongsu baru jer 10 bulan. Asyik2 sebut papa..papa jer depan dier.
Aku betul2 tergamam dengar kisah dier, aku cuma mampu cakap kan takziah & bersabar je lah. Tuhan sayang husband dier. Aku dapat bayangkan yang betapa sedih nyer kawan aku nie nanti di pagi raya..
Aku? Aku rasa aku amat beruntung , ye lah bila terkenang kisah sendiri, kena admit ICU, lepas lak attack BP yang gila2 tinggi punya reading ( doktor cakap aku sungguh2 bertuah ), sempat sambut bulan puasa, sempat lagi raya ngan family ku. Tak dapat lebih aku ucap kan selain dari Alhamdulillah atas kesempatan yang ada nie…
Satu lagi kesimpulan yang aku dapat, bahaya jugak kena bacterial infection nie yer, lebih2 kalau jumpa jenis bakteria dorman, bila dier dah matang baru dier keluar and attack perumah dier…
Aku Cuma mampu doakan untuk kawan aku nie supaya bersabar je atas ujian Tuhan nie..and kalau orang rumah kue baca nie, sesungguh nya kue betol2 sayang you all…

Friday, August 20, 2010

Wahhh..maka dengan rasminya..ini lah rupa blog aku untuk kali ini..puas ati jugak …tocey Big Momma for few good tips. Dari 2 kolum, aku dah menaik taraf kan blog aku jadi 3 kolum..okey apa, dan juga apa yang pasti, akan bertambah lah gadget kat penampilan blog aku kali ini.
Puasa kali ini, syukur gila cuaca kat Kuching taklah panas bangat, hujan jerr…syukran. Cuma ada satu masalah jer, tahap sejuk beku di opis aku amat2 malampaui batas. Rasa macam bekerja dalam freezer jak. Mungkin salah satu faktor, perut kosong=tiada berlaku pembakaran dalam badan. Memang x pernah kue pakai jaket dalam opis. Kali nie kue tewas jugak dengan kesejukan ini. Brrrrrrrrrrr…..
Sedar x sedar, dah masuk 10 hari kita puasa yer, bila agak nya aku plan nak buka kat luar ? Ms Tikot dah plan 28.8.2010 nie , jadi tengah pikir nak join ke tak nie? Cuma takut lepas makan lak, kue dengan cemas nya nak balik ngan cepat, for terawih. Bukan apa, kue dah tanam semangat nak tamat terawih tawun nie, and so far betul kea rah melengkapkan kehadiran untuk terawih nie. Mudahan2 aku akan tamat terawih tawun nie..Amin. Kecuali, buat kan spring ke, sedap sikit coz sebelah masjid jer…boleh la lepak2 sikit lepas makan. So, gua tengah pikiaq giler lah nie …to makan or not to makan...???

Thursday, August 19, 2010

Blog ku bertukar wajah...

Selepas setahun, baru sekarang aku tukar aku punya blog appearrence, tak sebaik yang aku pikirkan tapi at least dah tukar. Dah boring asyik tengok kasut jer bila bukak kue punya blog. Features tambahan yang aku letak kan kat blog kue , ada sekumpulan ikan. Korang boleh lah bagi ikan2 tu makan dengan mengklik ke atas nya, kalau mouse pointer korang lalu kat situ, ikan2 tu akan follow..kira macam dier orang kejar suruh korang feed barang makan…layan jugak aplikasi nie…
Mungkin dalam sehari dua, penampilan blog aku akan bertukar lagi. Seperti biasa kalau ada link2 aku yang ilang, Big Momma lah yang akan menjadi pusat rujukan. Kira khutub khanah jugak dier nie…

Monday, August 16, 2010

Makin rasa kreatif lah pulak di bulan posa tok...and it's all because perut ku kosong peringkat ke 8

Diam2 dah mok seminggu dah kita berposa, biasanya ada beberapa menu dalam list aku yang aku mesti makan dalam bulan posa tok. Apa kata urang putih tek… a must have …
So, yang pertamanya adalah dari fast food restaurant kegemaran aku, McDonald. Apa lagi mun sik Double Cheese Burger Large punya. Gila wooo layan nya pun burger tok…cakap pun sik guna…dengan cheese nya ya dah mencair sikit, plus gik ngan French fries yang tgh panas…fuhhhhhh….
( Double cheese burger kegemaran kue )


Sigek agik makanan yang mesti ada , ikan terubok panggang. Part ikan terubok tok sebenar sama jak stail memanggang nya, Cuma yang mesti “kaw” gila is nya pun cecah. Apa2 pun stail manggang ikan ya, mun cecah nya sik cun nang sik layan.


Makanan sigek tok, memang sik boleh miss bila bulan puasa tok, bubor pedas, the best ever bubur pedas yang aku makan, for sure masakan arwah mak aku, kinek dah di warisi skill molah nya oleh kakak2 aku..syahdunya bila melayan bubor pedas tok..kenak gik ngan nasik panas.
( Bubor pedas yang syahdu bila dimakan panas2 )


Lain2 yang mesti ada is bubur kacang hijau, the best pun arwah mak kue yang buat..sapa lagi ndak. Apa2 pun masakan paling nyaman di dunia, tukang masak paling best is mak kita pun..kinek tok aku dah sikda opportunity mok merasa masakan emak…tapi apa yang aku buat bila aku akan pergi lah ke rumah kakak2 ku untuk ngilang rindu ngan masakan emak…

So , macam ney ngan kitak urang, dah dapat makan makanan kegemaran di bulan posa tok...

Sunday, August 15, 2010

Wayang season..

Masa aku surf you tube malam tadik, terjumpa lah aku ngan trailer movie Gundam OO, aduh eh, kemain gik best nya. Ada nak kah nya akan main seluruh dunia? Jangan lah nya main for Japan ajak. Mun cam ya nang kedekut lah Jepun tok. Bercerita pasal cerita, aku dah pun melayan cerita The Last AirBender. Boleh tahan juak citer nya, sebijik macam cerita kartun nya.

( Watak utama dalam Airbender )


Tapi another citer yang aku dah tengok, Tekken, bagi aku sungguh mengecewakan, watak2 dalam cerita ya memang exactly mengekot gamenya, Cuma yang aku sik cuka , jalan cerita nya di ubah alu. Bengang ada jak. Hero yang megang watak Jin ya pun kecik gilak, cobalah macho sikit…aku sik mok citer panjang gilak , kerana kadang2 tok view seseorang yang berlainan.

( Tok lah yang pegang watak Jin Kayama, sik best alu...)


Tapi mun kitak orang perasan, gaya yang di polah oleh duak orang hero ya..sama sekali jak...entah2 coreographer duak movie tok sama kali...

Ada gik movie yang boleh di layan juak, antaranya The Growns Up ( Adam Sandler ), The Killers ( Aston Kutcher ), The expandables ( Stallone, Bruce Willis, Rourke and few gik action hero termasuk Jet Li ), Harry Potter..pehhhhhhhh..berbaris jak movie k layan tawun tok...but so far aku puas ati ngan movie2 tok semua..worth money orang madah...

Friday, August 13, 2010

Makanan yang aku jumpa masa travelling n in town Part 1

Dalam aku molah kerja di perantuaun, I mean travelling…aku dah jumpa few favourite foods. So aku nak share lah ngan korang sikit2…



First sekali, masa kat Betong ari ya, the best teh tarik peng that I ever taste. Di jual kat kedai JD nama nya, rasa the tarik tok sungguh lemak berkrim. I even suggest it to my team, semua nya suka taste nya juak. Rega nya RM1.60,( murah bah ) bagi aku sungguh2 cun rega nya kenak ngan rasa.



Makanan kedua yang aku rasa paling sedap kat time travelling so far seperti yang tertera di atas ( rasa ayat molah presentation jak ), Nasi Goreng Kampung yang di jual di Sarikei ari ya, kat Open Air near Centra Market nun. Layan wa cakap you, original punya nasik aruk. Ada telor dadar size besar punya, ada sambal yang sesungguh2 nya secukup rasa plus air sup yang memikat kalbu, perfect rasa air sup ya, bukan cam setengah keday makan, air sup betol2 air putih engkah serbuk lada, ajinomoto and bawang goreng ( cokia menar keday cam tok ). Rega Nasik Goreng Kampung tok, cuma RM3.00.



And the next is, makanan kegemaran kue semenjak azali gik, Mi Kari, this one aku jumpa back in Kuching. The hunt for the best Mi Kari in town masih lagik sik abis2. This time aku jumpa Mi kari yang sedap kat Kopitiam di the latest new attraction di Kuching , The Hills di Old Town Kopitiam. Layan gila aku makan makanan kegemaran aku tok. Perfect jak bagi aku…


And seperti yang dimaklum, sapa2 ada maklumat mengenai Mi Kari paling layan di Kuching or tempat2 lain, sound jak...

Wednesday, August 11, 2010

Maka dengan ini puasa bagi tahun 1431 hijrah...telah pun bermula...


Alhamdulillah…selesai dah aku bersahur untuk hari pertaman Ramadan tahun ini. Maka bermula lah ujian bagi kita semua. Semoga puasa kita akan dirahmati Allah dan mendapat berkat. Bagi kue, semenjak peristiwa itu, kue bersyukur dapat bertemu Ramadan kembali. Perasaan menghargai bulan mulia ini semakin mendalam. Sebetulnya, kita takkan tau adakah umur kita akan cukup panjang untuk menemui Ramadan tahun depan.
Sebelum tok, aku tok memang jenis yang malas bersahur. Tapi rugi tak sahur coz ada keberkatan nya. So simple to get Allah blessing in Islam. Sedangkan perkara paling mudah pun yang kita buat, dengan niat hanya untuk Dia, kita akan di rahmati.
Paling best, lepas sahur, terus bukak channel astro, Asian Food Channel. Tengok2 apa menu yang boleh di guna pakai masa mauk berbuka kelak. Sik best panama ya, sahur start baruk few minutes, dah sibok mok carik menu k sungkei.
Apa2 pun, to all Muslim, Selamat Berpuasa, semoga tamat hendak nya…especially to my little girl kat rumah nun…

Tuesday, August 3, 2010

Posa is around the corner...and kisah penyengat aka tebuan...

Petang minggu lepas kue pegi jalan2, rasa mok kuar kan peloh, so around 6 ya I pun turun pegi belakang rumah, mau kasi potong itu rumput. Semengat beb. Dalam I best2 melayan menebas rumput, tiba2 jak palak terasa 3 kali sengatan penyengat. Fuhhh …berbenin rasa palak kue. So I pun berenti lah nebas, apa tek dah kenak sengat, palak pun rasa tebal rasanya. Aku ingat kan okey jak. Mok dijadikan cerita, ari senin marek , aku rasa lain macam jak. Ingat kan ya mood Monday blues, so turun juak keja. Tapi semakin menjelang tengah ari, rasa nyawa dah semacam jak. Wahhhh….teruk ada jak rasa nyawanya. Sik sangka juak kue, yang effect nya jadi macam ya. Mauk muntah ada juak, rasa badan semua sik betol. Semua system sik cun. Pandangan mata pun rasa gulap gulita.
Yalah kenak kerepak bini. Suka ambik mudah benda2 simple camya. Well, another lesson well taught. Padan muka sik nengar kata bini. No wonder lah kadang2 terbaca berita, urang mati kenak sengat tebuan/penyengat. Aku baruk jak 3 ekor, lom gik banyak2 macam kes budak kecik ya dolok2.
Tomorrow aku akan pegi ke Sarikei agik. Sama la juak program Sejiwa Senada, one last place before break for Ramadan. Speaking of Ramadan, sik berasa pejam celik pejam celik, dah nak posa. Meaning sik lamak gik raya hahahahahaha…..well aku pun dah start naip entah apa2 tok, until the next posting …adios

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...