Monday, December 27, 2010

Fashion comeback je tuuu....

Lately nie, aku perasan satu benda, in trend sekarang nie banyak orang cakap ( bebudak zaman sekrang lah ) , latest fesyen dalam baju, kasut , rambut, seluar dan mcm2 lagi lah. Tapi dari segi pandangan aku, semua tu hanya lah fashion come back jer bagi aku. Semuanya aku dah cuba, sekurang-kurang nya. Falsafah aku dengan kawan2 keras aku ada satu, kami akan cuba semua benda, n kita orang boleh cakap balik kat orang “aku dah buat dah benda tu”. Kira macam motto aku n kekawan zaman remaja muda belia dulu lah. Sebab kan falsafah geng aku macam tu, banyak jugak pengembaraan yang kami orang buat.
Berbalik kepada fashion come back yang aku cakap tadi, sekarang nie tengah hot di pasaran kan yang diaorang gelar kasut supra ( betul ke tak namanya, aku pun tak tau ), boleh di katakana trendy jugak la. Ramai la remaja yang dah akil baligh beli n pakai lepas tu melaram kat The Spring nun. Macam nie lah rupa kasut supra tu.





Tapi aku tak heran sangat la, aku ada cakap kat anak buah aku, sebab zaman aku dulu dah ada kasut macam nie, cuma zaman tu dia orang tak la buat high fashion sangat cam sekarang nie. Bila anak buah aku tanya kasut apa, aku bagi contoh la kan, kasut aliph, kasut new balance. Betol taka pa yang aku cakap? Coba korang buat perbandingan gambar kasut2 tu yang kat bawah nie dengan kasut baru supra yang kat atas tu. Kan lebih kurang jer kan…






Bagi aku, apa yang orang industry fashion sekarang nie tengah buat kan, di sebabkan kesuntukan idea, pasal tu dia orang buat macam nie…apa korang rasa…betol tak aku cakap..
The best is the 90’s. Dari fesyen, muzik n aper2 je time tu la yang paling best. Lepas masuk je tahun 2000 nie, aku tengok muzik tak berapa sangat, fashion yang macam aku cakap tadi..tak der la yang best sangat kan. Mungkin puncak dier masa tahun 90’s dulu. Jadi sekarang nie semua dah tengah slow down..
What will be next, aku pun tak tahu..samada aku akan sempat tengok esok hari pun belum pasti kan…kalau masih tu, syukur kerana masih di beri peluang ….

Thursday, December 23, 2010

Kapit Journey part 2...

Aku percaya sepenuhnya, masa aku key in entry aku kali nie, banyak geng sepejabat aku yang tengah sibuk buat staff performance review for 2010. Aku pun sama jugak le, baru je lepas key in aku punya aktiviti kerja sepanjang tahun 2010. Nasib sistem online kita orang, WAIS, tak hang macam hujung2 tahun sebelumnya. Walaupun kekadang tengah key in boleh hang jugak sekejap. Next week, aku ada appointment dengan head section aku, interview personally for this year performance. Which aku rasa tahun nie, boleh jugak la aku punya performance, semua keja aku buat, tak pernah tolak. Harap2 ada hasil nya nanti. InsyaAllah…rezeki kat tangan tuhan kan.
Aku lepas balik dari Kapit, kena demam la pulak. Tapi tak per ler, aku pun jarang kena demam. Aku rasa tahun nie baru kali kedua aku kena demam. Masa pegi Kapit nie, aku kerugian dua benda. Satu, kasut adidas aku rosak teruk, pasal lama dah tak pakai kan, bila baru pakai n kena air, gam dier tak boleh tahan, and span dier pecah2..jadi arwah dah kasut tu, ingat kan nak tinggal kan jerk at bilik otel tapi sayang la pulak, so aku bawa balik ke Kuching n buang kat umah jer.


Gaya terakhir ku dengan kasut kesayangan kue...

Second nya pulak, aku punya wallet entah macam mana pulak boleh koyak dengan dasyatnya. Nasib bait barang2 dalam wallet ku tak berterabur. Tu lah wallet timberland yang aku beli kat Sogo dulu dengan harga RM10, siap ada tulis genuine leather lak tu. Kalau genuine, takkkan la wallet tu terkoyak ancus macam tu. Tapi takper lah kan , harganya cuma RM10, what more I can expect from that. Betol tak? Sekarang nie aku pakai balik wallet aku yang lama but still in good condition.
Now aku dah kena suruh involve buat multimedia show untuk perhimpunan kakitangan JKM nanti kat DUN lama, sekali dengan Clarence, Kenneth & Nur Arina. Nasib baik la aku n Claren akan bagi advice n yang akan buat nyer pulak budak CBG dua orang tu, which aku rasa memang bagus sebab memang bidang yang diaorang ambik kat U. Kalau takat aku, semuanya pandai sendiri jer…apa2 jer lah..

Lepas nie, aku nak makan ubat jap coz kepala kue naik pening n layan tidor jap kat sofa opis...

Tuesday, December 21, 2010

Kapit Journey

Hmmm….first time pegi ke Kapit. Apa yang boleh aku katakan, sungguh mencabar jugak ya. Pengalaman di sana, ada yang best n ada yang tak best. The people over there, what I can say ..mesra la jugak. Cuma yang membataskan perhubungan serba sedikit adalah bahasa. Aku cuma boleh bercakap Iban sedikit2 saja, dan bahasa Iban Kapit agak dalam bagi aku. But at least aku boleh berhubung lebih2 lagi tugas aku kat sana melibatkan banyak berhubung dengan penduduk tempatan. Belajar jugak bahasa2 baru.
Makanan di Kapit…harga nya berapi jugak. Paling aku tak dapat lupa, makan malam pertama aku di Kapit. Aku order nasik goreng kampong, ya mana takder rasa langsung. Takder rasa masin, as if dier Cuma goreng nasik putting dan letak few ingredient , masin , pedas memang langsung takder rasa, dah lah letak timun dua keping harga nya sampai RM5.50. Ada geng lain pulak , dier pegi makan kat tepi tasik, ambik lah nasik campur, bila time bayar dier kena charge sampai RM 20. Ternganga kawan gua tok. Sebab dah makan dier bayar je lah, lepas bayar tu tiba2 jer pembantu kedai tu cakap dier salah kira, so dier bagi balik RM7. Korang bayangkan, makan untuk seorang nasik campur sampai RM13 seorang. Ada la lagi kes harga makanan yang terlebih kira yang aku dengar tapi malas la nak cerita abis.
Satu lagi yang kami semua perasan, semua perempuan di Kapit memang cantik2 belaka. Cakap tak guna lah but kami semua dah kena warning by somebody jgn main2 dengan pempuan Kapit, so semua jaga line masing2. Tapi sesungguhnya mereka memang lawa2. Kawan aku cakap pempuan Kapit memang 3G.
Satu makanan yang jadi fevered aku masa kat sana adalah roti canai telur goreng. Layan wa cakap lu. Hampir setiap pagi itulah menu breakfast aku. Ini lah rupa nya roti canai telur goreng tu.

Bagi aku personally, pengalaman pegi Kapit memang best. Seronok jugak dengan cabaran2 nya, dengan pemandangan nya. The mix culture. Truly 1 Malaysia.



Boat Express aku bertolak pukol 1.00..


Ni lah boat express tuuu


Signboard yang mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Kapit

Terminal Express Kapit



Sekilas pandangan terminal express Song



Aku N Mr Rahim...chief event & coordinator

Wednesday, December 8, 2010

Gabra ku menjelma...

Aduhhhh…..betol2 kesuntukan masa. Banyak sangat benda nak buat nie…dah lah aku belom abis lagi buat video untuk dinner jabatan malam lusa, training untuk persembahan pun tak sempat nak buat latihan lagi nie. Esok pulak dah kena attend Bengkel KIK sehari suntuk kat DUN lama. Hari Jumaat siang tu pulak dah kena pegi ke Riverside nak buat decoration stage and persediaan semuanya. Banget wa cakap lu. Nak curi masa pegi Klinik lagi lom sempat. Next week dah nak gi travelling ke Kapit lak seminggu. Tak tau lagi dah cukup fit ke tak nak pegi travelling. Aku pun hairan tang tetiba jer sibuk semacam nie. Dah lah utang dua report dengan bos & 2 surat jawapan ke Majlis daerah ku belom buat lagi. Tapi apa yang pastinya, kerja2 sampingan sekarang nie, mengganggu gugat la pulak tugas2 hakiki kue. Dah lah banyak department buat urgent request untuk LAN time2 kontraktor nak habiskan kerja2 terbengkalai. Semuanya nak urgent.
Tapi la kan dalam aku membebel tak cukup masa untuk buat itu ini kan, masih gak sempat update blog kue. Hairan wa cakap lu hehehehehe….
Aku rasa takat nie jer lah aku bebel kat sini…keja banyak nak kena buat oooo…

Friday, December 3, 2010

Bulan Disember...bulan yang banyak aktiviti makan & selamat Maal Hijrah..



Sekarang dah bulan Disember, bulan terakhir untuk tahun 2010. Jadi untuk lebih kurang 4 minggu lagi, kita akan menyambut tahun baru 2011. Dah tercapai ke semua perancangn untuk tahun nie or kena bawak lak next year. The Hijrah calendar , will be celebrating new Hijrah year by next week on the 7 of December. Sesungguhnya masa makin cepat berlalu. Umur pun bukan nya semakin panjang tapi semakin pendek. Kalau dulu2 kan kita sering cakap masa panjang lagi, kan masih muda. Tapi kalau kita piker balik betol2 kan, mana ada masa kita nie masih panjang, semakin pendek ada la kan. Aku sendiri admit, aku terlepas beberapa perkara yang aku rasa aku mesti buat masa remaja kue, tapi apa boleh buat. Nak menyesal pun tak guna kan, kena proceed with life je lah. Semoga Tuhan ampunkan semua kesalahan aku dulu2 tu..Amin
Setakat nie, syukur gak yang kesihatan aku masih lagik memuaskan walaupun ada sedikit hick –up here & there. Tu lah tandanya Tuhan sayang kat kita, sebab tu dier bagi kita sakit. Kalau kita hadapi sakit tu dengan sabar maka terangkat lah darjat manusia itu. Insya Allah. Apa yang aku dapat rasa, tahun 2011 akan lebih mencabar bagi aku. Anak aku dah mula sekolah tahun depan, dah masuk empat tahun dah umur dier.
Bukan setakat keja jer yang akan mencabar, macam mana lak ngan harga minyak kenderaan kan, adakah akan naik lagi? Satu lagi cabaran kalau rega minyak naik lagi, ye lah kena adjust betol2 budget. Sekarang nie aku dengar PM kita sibok nak bawak talent2 rakyat Malaysia yang keja kat luar negara balik. Pun tindakan yang akan membuat kan aku berpikir, apa akan jadi dengan local talent yang tengah carik pekerjaan kalau semua pekerjaan yang diaorang bukak semua di beri dengan orang yang keja luar negara tu bila dia orang balik ke sini? Dah cukup ke pekerjaan yang tersedia kat luar sana? Memang masalah negara betol2 rancangan nie…silap2 boleh jadi kes naya nie.


Tapi yang pastinya, mulai hujung minggu, aku akan mula makan sedap2. 10 Desimber nanti dinner department aku kat Riverside, 12 haribulan lak pegi attend dinner orang kawen kat Sarawak Club. Tercabar betol tahap metabolisma aku nanti nak proses makanan sedap2 tu nanti.