Tuesday, November 30, 2010

Goodbye & Welcome...

Mula2 nya, Al-Fatihah untuk arwah ayah mertuaku yang baru jer meninggal dunia pada Khamis Lepas. Salam takziah untuk bini ku, sabar2 je lah ok..coz Tuhan lebih sayang kan dier sebab tu Dia ambik untuk di jaga. Alhamdulillah kerana semuanya urusan pengkebumian berjalan lancar. Sebab dier meninggal di hospital, pihak hospital telah mengatur urus dengan pihak Lembaga Amanah Masjid untuk meletakkan wakil mereka di hospital bagi memudahkan urusan pengkebumian. Pokok pangkalnya, semua nya senang, kita pilih jer pakej pengkebumian yang kitak nak, dari sekadar memandi & menyembahyangkan jenazah sehinggalah pakej lengkap yang menguruskan segala-galanya. Kalau tak silap aku, masa dulu2 takder kemudahan seperti ini.
Ayah mertua aku meninggal tepat jam 9.35 pagi, akibat sakit kanser yang agak lewat dikesan, which is a day before Haria Raya Aidilfitri dulu. Syukur jugak sebab masa dier meninggal , semua anak2 dier ada kat sisi dier termasuk lah aku ngan anak ku. Kesian baby aku tu, hari pertama & kedua asyik tanya, mana pegi pak tok nek. Kesian anak aku. Tapi one good news, hilangnya seorang umat Muhammad diganti pula dengan yang lain, which is kazen gua kahwin last Sunday. For sure nanti bertambah lah pulak kan. And for the 3rd time lepas kahwin, aku naik pelamin lagi. Jadi kalo sapa2 cakap kalau nak naik pelamin lepas kawen kena mintak permission bini. Aku dah dua kali dapat green light, tapi takat tahap bestman jer lah. Tak lebih dari itu.
Bak kata pepatah , patah tumbuh hilang berganti. Tiap yang hidup itu pasti akan mati kerana sesungguhnya mati itu benar, syurga neraka itu benar. Aku dah hilang 3 orang yang aku sayang iaitu mak bapak aku, and now pak mertua aku. Aku hanya mampu doakan untuk kesejahteraan mereka jer kat sana. Being anak yang baik untuk mereka supaya doa aku sampai kepada mereka semua. For my kazen, selamat melayari alam rumahtangga Bro, there will be pro & cons nanti but that’s marriage, banyak masam manis nya.

Al Fatihah untuk ayah mertuaku and untuk kedua arwah orang tua ku….

1 comment:

Anonymous said...

takziah. al-fahtihah

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...