Sunday, December 6, 2009

The trip...episode seven...

Perjalanan aku untuk Anugerah Desa Cemerlang masih lagi berterusan. Sudah pun mauk sampei ke penghujung. Masa aku mengupdatekan blog tok, aku di Loxing Hotel, Betong. Bandar Betong tok ok, tapi yang mengecewakan aku adalah capaain internet nya, sik kira lah broadband or wifi. Duak2 nya hampeh. Semalam aku di Sarikei, internet nya pun sama juak. Patutlah kenak orang di tempat2 tok selalu mengadu pasal capaian internet sidaknya kurang memuaskan.
Mengadili Kampong Jemoreng, dekat Daro. It’s a good experience. Kampong yang cantik, bersih & teratur. Aku pun sempat nopeng & main gendang juak ari marek. Lamak juak dah aku ngidam mauk main gendang . Sempat juak lah aku singgah kat rumah arwah bapak aku di daro nun. Aku dah pun ke rumah Jonathan Juna, rumah panjang Iban. Sambutan sidaknya nang best. Kali pertama aku terlibat ngan acara miring, selalu tengok jak dalam TV. Di kampong Selalang, agak mengecewakan kerana kurang nya persediaan. Sidaknya dibiar terkapai2 oleh sidak pejabat residen Sarikei. Orang yang sepatutnya menjawab bahagian teknologi maklumat , pandei pulang indah bila para hakim lambat sampei. Kurang nar jak kerjasama sidak kampongya. Dah lah sorang pun wakil dari pejabat residen sik muncul. Di rumah panjang Michael Lanyau, bahagian Bintului, sambutan agak kurang kerana mereka masih berkabung sebab berlaku kematian di tempat mereka. Mengagumkan betapa mereka mendahulukan adat mereka, walaupun mereka tahu kedatangan para hakim. Sesuatu yang mungkin agak kurang pada masa tok.
Setakat tok, aku dah pun berada di permukiman orang Kadayan, Kayan, Melanau, Iban dan Melayu. Pengalaman yang amat mahal bagi aku. Melihat sekeliling mereka , di mana sesetengah masih dalam serba kekurangan, aku rasa bersyukur dengan apa yang aku ada pada masa tok. Pengalaman, sik boh cerita lah...
Makan memang sik perlu susah ati. Memang terjaga dan kemungkinan terover makan lah aku rasa. KEMAS as urusetia being excellences . Terima kasih to En Syuaib, wakil KEMAS yang mengembara bersama kami. Again, until my next update…

2 comments:

Anonymous said...

ne gambar pok? susah mun nak imajin ajak hehe esp part sidak induk dara di kpg kayan ya hehe. peace*

Uncle Seven said...

Agik mok compile gambar lok...kelak i uplod..

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...